Tuesday, October 11, 2011

Hantaran Perempuan Sekarang Mahal?


Nah! bacaaa. Copy paste dari satu forum. Ada kebenaran disitu. Ni mesti lelaki yang reka ni takkan perempuan pulak kannn. Bila baca komen-komen kebanyakan yang lelaki tak setujuu, yang perempuan setuju sesajorrr. .hehehehehhehe!!

Sebab :-
1. Anak perempuan sorang
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak perempuan paling jambu dalam family
4. Anak perempuan kerja high post
5. Anak perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak perempuan yang tastenya…berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak perempuan yang rasa dirinya…lengkap segala-galanya
9. Bapak perempuan tokey kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknye yg high-maintainence
.
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat :-
(ni diaorang berbual antara family lelaki je)
1.”Eh! Nak meniaga anak ke pe? Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Aishwarya Rai tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”
.
Kata2 dari sebelah perempuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1.”Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.”
2.”Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”
4.”Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin.”
.
Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit jer! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3.”Ni hantaran kira Rupiah ke Singapore dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash yer. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita 
ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nye? 
7. “kita org bagi cek kosong yer, korang isi jer berapa nak.”


dan aku terbaca komen ini.. Seronok baca komen-komen orang nisebenarnya. 


Komen dari lelaki.. heee!! :)

"hantaran tu untuk kenduri belah perempuan ke?habis tu lelaki tak payah buat kenduri ke?walimah tu nak bagitau semua orang yang anak perempuan dah kahwin?habis tu kalau anak laki kdah kahwin,tak payah bagitau ke?
rasanya dalam islam tak ada istilah kahwin free,mesti ada mas kahwin.
kalau nak buat kenduri belah perempuan,mintala perempuan tu yang keluar duit kalau makbapak dia tak mampu atau perempuan tu anak yatim piatu,Kenapa nak bebankan pihak laki pula?dahlah lepas kahwin kena pakai duit lagi,itu baru tanggung jawab lelaki sebab dah kahwin!"

Balas dari perempuan. hik !
 "untuk pengetahuan,duit hantaran dr pihak lelaki tu bukan bertujuan untuk buat kenduri belah perempuan..tapi bila hantaran tu dah jadi hak perempuan maka hak pompuanlah nak buat apa dengan duit tu samaada perempuan tu nak simpan untuk diri sendiri atau nak bagi kat parents buat belanja kenduri..so janganlah dipertikaikan apa dia buat dengan duit tu sebab dah jadi hak dia..yang si lelaki pulak kalau rasa jumlah tu keterlaluan bawaklah berbincang dengan belah perempuan..perkara ni kan boleh dirunding.jangan pula bila dah setuju dengan jumlah tu lepas tu kat belakang duduk mengata lepas itu terkial2 nak cari duit...ada setengah pasangan pula mereka yang tetapkan sendiri..kalau macam tu lagi senang sebab keputusan sama-sama buat.
Kalau nak tengok zaman sekarang ni pun ramai perempuan yang sama-sama bantu pasangan masing-masing untuk lengkapkan jumlah hantaran(ini kes parents letak hantaran tingi)..kira beruntunglah si lelaki tadi sebab dibantu...
Sebab tulah lelaki janganlah berkira pasal duit hantaran dengan perempuan sebab perempuan yang nak dia kahwini tu bakal orang yang sehidup semati dengan dia..kalau ditakdirkan tak ada jodoh, lelaki kan boleh minta balik hantaran yang dah dibagi kat perempuan.so tak pyhla nak risau apa-apa..
Lagi satu perkara...isteri sekarang ni ramai yang berkerjaya..malah merekalah yang banyak bantu suami terutamanya pasal kewangan..kalau isteri tak kerja, larat ke suami nak tanggung semua seorang-seorang? ...fikirkanlah...jangan berkira sangat pasal hantaran ini..kalau ikut 'market price' sekarang ni sekitar rm7000..kira oklah tu."


Seronok baca komen dorang, siap bertekak bagai. hahhaa! apa laa.. Rasanya sebelum letak harga bincang antara pasangan kann. Kang mintak tinggi buat loan bagai, dah jenuh nak membayar lepas kawin. heee! :)


4 comments:

mEiZ SHA said...

mahal atau murah tu terpulang pada dua2 pihak kan..:)

yang penting nak idup lepas kawen tu..bg beriban2 pon..function sehari je..pas kawen gigit jari ye..hahahhaa

Wawa_Nadwa said...

mEiZ SHA :

yeah btol.
kena bincang dgn pasangan.
sok sok lepas kawin hutang tak habis nak byr..

:P

Chekgu Azrine said...

yg penting sis.. ukur baju dibadan sendiri.. kalau mampu apa salahnya hantaran tu mahal sikit.. yg pntg isteri pakai.. dan as usual.. barangan perempuan mmg selalunya mahal than lelaki.. normal la tuh.. hehehe

Liquid said...

tulah elakkan berhutang, kang anak dah 2-3 hutang x hbs2 bayar lg uhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998