Monday, September 19, 2011

(review filem) Raya Tak Jadi

Kopipes dari Media Malaya. :)


Kalau diikutkan review kami yang kasar, pasti ramai yang akan merase kurang selesa dengan pendapat kami. Maka paling sesuai title untuk review filem ini ialah filem ini tidak perlu keluar wayang tetapi keluar saje di kaca tv. Tindakan FINAS memang terbaek, usah kayakan Professor Madya lagi dengan filem sampah seperti ini jika ia ditayangkan serentak dengan Hantu Bonceng.
Kami benci di tipu dengan gazette yang seolah-olah menunjukkan filem ini kelakar ya amat kerana sesungguhnya filem ini tidak kelakar langsung. Kami adalah orang yang serius, hatta kami memerlukan lawak yang spontan dan bukan lawak yang dah basi yang hanya sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Malah jika uols putus cinta dan menonton filem ini untuk menghiburkan hati, filem ini bukan cadangannya kerana kami risaukan uols akan terus membunuh diri.
Kami ke panggung juga kerana ingin melihat Johan, true blood Zizan untuk menghasilkan lawak spontan yang manikam kalbuku. Namun amat mengecewakan. Hanya babak Johan bertutur stail Ah Chai mampu buat kami tergelak dan certain-certain babak yang lain, selebihnya kami panas bontot ingin keluar panggung. Apakan daya, kerusi kami spot yang terbaik iaitu di tengah-tengah panggung menghalang kami untuk keluar dari panggung tersebut.
Kami enggan review banyak missing plot dalam filem ini. Apa pun, siapalah kami ingin menghalang uols dari menonton filem ini. Bintang untuk filem ini 1.5 / 5 bintang.


Lawak bodoh meluat:

Watak dua ekor beruk hensem memperbodohkan diri masing-masing main rimau mainan dan sepak kepala antara satu sama lain. 
(SETUJU sangat sangat naik menyampah aku dengan mamat dua ekor ni.. huh!!)



Muncul muka pengarah, adik, abang, RATU tak laku, sedare-mare, atok & nenek kalau boleh masuklah semua warga krewlah! M. Razak Shyamalan ke ape wei! 
(Ni NO KOMEN lantak la nak panggil sedara mara pong.. hihi)



Lawak basi Saiful Apek. Anda patut berhenti berlakon, kerana ia mampu membuatkan anda legend! Berhenti sebelum terlambat! 
(OKAY je kut dengan lawak apek.. heeeeee!!)



Kami sangat diperbodohkan dengan lawak bodoh mayat hidup yang dari awal sudah tahu dia bukan mayat dan tidak sedar-sedar walaupun di bawa kesana – sini. 
(Rasanya MAYAT HIDUP tu la dijadikan bahan lawak. Bila mayat dah takde mula dari situ cerita semakin membosankan. BOSANNNNNNN!!)




Watak Leo gengster yang paling bodoh di dunia. 
( YA betul!! Setuju yang nihh! ) 






Noren Noor berpakaian catwoman, buat kami muntah dalam panggung. 
(Tu ler pasal. Takde scene ni pun takpe kut. Malu pulak aku nak tengok. hahahhah!)




Lakonan dua polis yang sentap mak enon dengan Noren Noor, kami macam blur la pasal ape wei. 
(Yup!)




Yang lain-lain, uolss tambah sendiri selepas tengok filem ini.




Komen aku sendiri. Nak kata tak lawak, lawak la juga. Part Johan dengan Apek tu memang kelakar tapi bila si watak mayat dah takde mula dari situ BOSAN giler. Rasa tak sabar nak keluar panggung. Lagi penjahat yang dua ekor tu aku rasa macam nak tempeleng je. Nak buat lawak tapi sayangnya tidak menjadi. Kecewa. Tertipu dengan gazette . Wahhh! mencik betul.


3 comments:

cik marikh said...

erkkk! iklan cam klakor jek..tp tang langsir tu je la ponnn..

Wawa_Nadwa said...

cik marikh :

ada la part2 yang kelakoo.
takde la semuanya bosan.
heee!

Lelaki Ini said...

tak tgk lagi la..
adeyh2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998