Sunday, September 4, 2011

(review filem) Hantu Bonceng

Apa-apa pon nah baca sinopsis nya dulu baru aku nak komen. :)

Sinopsis Filem Hantu Bonceng

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Official Trailer Hantu Bonceng

Komen :

Haaa pastinya jika anda anda dan anda tengok trailer ni pastinya anda semua kata best gilerrr.. Hok alohh! best la sangat kann. Aku dah pergi tengok semalam dan bagi akuuu cerita ni biasa-biasa sahaja. Takde best sangat pon. Tipah tertipuu bangg. Ciss!!

Yer yer yer. Memang ada scene yang kelakar tapi sikit jew. Banyak juga scene yang aku rasa tak perlu ada macamm menyanyii tuh. Cam haremm.. Hahhaha! Panggil pula ucuk ucuk, takde kelakar pun geli je dengar. Aii tak jeles hokey. Seyes geli telinga ni dengar.

Adik kepada ustaz pulak bajuuu koo. Tak agak-agak. Terkeluar k0pek kooo. Tak sesuai rasanya adik kepada ustaz berpakaian sebegitu rupa. huh!

Tajuk filem pulak macam takde kena mengena dengan jalan cerita. Baru baca komen difacebook katanya filem ini mempersendakan agama seperti azan dan juga zizan pakai baju death note.

Aku memang tak berapa puas hati dengan lakonan Zizan kali ini. Sangat mengecewakan. Macam tak cukup lawak. Tak puas. Nak lebih dari itu. Rasanya kalau digandingkan dengan Johan pasti lagi bestt kutt.. Heee!

Ok dah tu je. Selamat Menonton. hehehehehe~












1 comment:

Chekgu Azrine said...

indah kabar dr rupala kiranya ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998