Tuesday, September 27, 2011

Majlis Hari Raya Peringkat Universiti 2011 .

Seperti tahun-tahun lepas, sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat universiti akan disambut oleh seluruh warga kampus. Biasanya kita buat di khemah mengikut unit dan jabatan masing-masing. Dan tahun ini kita menyambutnya di dalam dewan sahaja. 

Tiada lagi pertandingan khemah tercantik, tak payah penat-penat nak buat kerja memasak dan menghias khemah seperti tahun lepas. Tahun ni kita duduk sahaja dalam dewan ber'ekon' dengar ceramah dan makann.. ;)

Pakai sedondon seperti tahun lepas,kain yang beli kat China. Jujur aku katakan bahawa aku sangat serabut tengok baju ni. Hahhahhaa. Walaupon sendiri yang beli tapi aku tak berapa nak suka sebab main beli je, masa dah suntuk dan pening nak pilih. Lantokkk.. hik hik !



Staf wanita PHB yang comey lotey. hahaha!
Kat opis tak ramai staf wanita yang ni aje la yang adooo... :)
Bersama Adik Baie.

Kak Mek dan Cik Norzie .

Cik Nurul dan Kak Mek .

Cik Norzie, Kak Awin dan Aida.

Cik Odah dan Kak Tet .


Ceramah telah di sampaikan oleh YBhg. Ustaz Zulkarnain Hamzah, Pengacara Imam Muda Musim ke-2. Beliau telah menyampaikan ceramah khas Aidilfitri bertajuk ‘Nilai Istiqamah Dalam Menjana Kualiti Ummah’. 

Sepanjang beliau bagi ceramah kita tak rasa bosan langsung. Gelak sesajorr sampai mengalir air mata. Bila beliau mengaji atau menyanyi alahaiiii meremang bulu id0ng. Haha! Ada juga sesetengah ustaz kalau bagi ceramah kita nak terlelap pon ado, tunggu bila laa nak habis. Kejap kejap tengok jam. Tapi Ustaz Zulkarnain ni terbaekk. Tau-tau nak habis dah. Besttt ! :)





Maaf! Kualiti gambar agak teruk. Maklumlah amek pakai telipon bimbit sony ericson yang murah je. hik hik ! 

Lepas selesai dengar ceramah, kita makannnnnnnnnnnn. Tapi tu la bab makan sedih nak cerita. Tak sampai berapa saat satay habis, cepat betul. haha. Rasanya perlu diperbaiki tentang itu, ruang dan penyediaan/susunan makanan. Ok itu sahaja. Sekian. ;)


:)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998