Thursday, September 8, 2011

Karaoke Raya & Budak Botak

Assalamualaikum.


Malam raya ke dua adik-adik ajak si kakak keluar karok kat Parit Buntar. Bosan katanya duduk di rumah. Rasanya kat kampung yang terdekat pun pusat karaoke keluarga kat Parit Buntar tu je. Ok terus mintak dorang ajak sepupu dan adik lelaki bujang yang lain sebagai peneman. Takkan gadis-gadis comel seperti kami ni nak pergi sendirian. Memang taklah! Bahaya.


Disebabkan adik-adik sudah bekerja jadi kita ambil kesempatan ini untuk minta belanja. "Kakak tolong bawakan je, siapa nak belanja ni..??" ohh, ada volunteer nak belanja. Sangguppppp tuh sebab nak karokk punya pasal. isk isk iskk! hikss.


Sesudah sampai nak masuk sekali penuh. Kecewa masing-masing. Hehehe! Kalau nak kena tunggu 1 setengah jam, balik tidur lagi best. Sementara nak tunggu dorang decide nak balik atau tunggu, kita bergambar dulu. :)





Adik-adik dan kakak.



Ingatkan bila dah penuh tu terus balik, Angah sanggup call orang tanya tempat karok yang lain. Adaaa la satu dekat Sg. Bakap ingatkan dekatt ikut je la. Sekaliiiiiiiii asal tak sampai-sampai ni, jauuuuuuhhh koo. Kalau tahu la jauh gitu memang tak kose nak pergi. Call angah tanya "Dah dekat dah kakk, depan tu je.." Tapi tak sampai-sampai gak. Ciss!!


Nah tengok gambar dulu. Pasni nak cerita budak botak pulak.


Thanks Angah belanja kami semua karok.
Ni 1st time kut Angah belanja. haha!
:)


Muka serius pilih lagu .


Tak banyak lagu baru. Jadi kita pilih lagu Ziana Zain - Terlerai kasih. Budjet suara ziana zain okay. ko mampuu?? Haha! Dorang ada amek video. Pengsan dengar suara sendiri, kelauttt~ ahaks!

Teringin nyanyi lagu alyah yang baru tuh. mesti kelautt juga tapi ada mak kesah. Nyanyi untuk diri sendiri sudehh.. :)


Ni sorang lagi. Budjet comey !


Apa nih?


Mengambil gambar artis-artis.


Sekarang macam takde nafsu untuk berkarok. Mungkin dah tua kut. Ke dah ngantokk?? Sepatutnya ni masa tidur tauuuuuu. Nak balikkk!!


Kalau disorongkan bantal ketika ini, lena gak kut. Hiks!


Bawa air mineral dari rumah. Raya-raya ni masing-masing sakit tekak dan batuk akibat minum air sejuk sahaja. Masa ini la rasa air mineral paling sedap sekali. :)



Balikk lambatt kooo. Dah lerrr lalu hutan-hutan, semak samun, pokok besar-besar kepala hotak pikir lain dah. hahaha! Sepanjang drive tuh tak pandang kiri kanan pun, follow je angah kat depan. Yang hanginn si Angah lalu jalan kerass plak, terngiang-ngiang cerita seram yang mama cerita kat jalan tuh. Uwaaaaaaaaaaa! Terus pasang lagu kuat-kuat. heee!!


Bila dah selamat sampai kann uooollss sebelum nak masuk rumah, ikan puyu yang dorang tangkap petang tadi dah keluar dari bekasnya. Ikan puyu kan melompat. Ok takde la pelik sangat. Ada bauuu hanyir semacam, mungkin sebab ada sekor tu dah mati. Ok tak pelik lagi. Boleh bising-bising depan rumah pepagi buta macam orang tak bersalah balik lambat. Tertibaaaaaaaaaaaa adik lelaki aku "masuk masuk rumah sekarang.." dengan muka cuak.


Haa yang itu aku mula pelik. Tapi malas nak tanya lebih-lebih biasa la kampung kannn.


Rupanya dia nampak 'something' masa balik. hohohoh! terus berdebar Dia tak cerita kat kiteorang, masuk rumah terus cerita kat abah. Abah masuk bilik konon nak cerita, aku terus bagi signal jangan cerita sebab rasa lain dah, suruh cerita esok je. Yang si mama tak cover langsung, masuk bilik terus bagitau. Hahhahah! Ape la mama niiiiiii, dari tak rasa pape terus rasa takut. :P


Malam tu tidur berbantalkan handbag masing masing. Hahhahah! Duit raya kan banyakk soo risauu la gak. Heeeeeeeeee!! Raya-raya la budak botak aktif bekerja. haii ~


1 comment:

Anonymous said...

cute adik :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998