Tuesday, September 6, 2011

DuaPuluhTujuhOgos 2011 !

Kita skip cerita raya kejap eyhh! :)


DuaPuluhTujuhOgosTahun2011 genaplah umur kita = 25 Tahun!

Pejam celik pejam celik dah 25 tahun dah budak ni ye. Kejap je dah besar. hahahaha! Eyh cakap diri sendiri ke? Terasa diri ini seperti baru 19 tahun. Bowleyy? :P
Baru nak buat entry birthday sendiri ok. POst sendiri je la. Nak suruh orang buatkan memang TAAakkkk laaa. Koo ingat bujet artis ke? hehe. Siapa yang tak ingat tu memang aii sentap la. Sentap banyak!! hehehe.

Buat special entry untuk diri sendiri. Setiap tahun kan wish diri sendiri dalam belog, tahun ni lupa pula nak buat sebab sibuk nak raya. heeee!!

Kita tak raikan pun dah besar kan. Tapi kalau dapat teddybeargiant comey pun okay gak. lalalallalalla. Untuk semua yang wish terima kasih diatas ucapan dan doa kalian untuk ku. :)

27hb Ogos hari tu pon kita berjalan sakan bersama adik perempuan dan anak angkat pergi beli baju raya dia. Jalan kat KL ya rabbbiii memang sesak. Times Square pun ramai orang. Migrain akak tau!!
Sehari sebelum birthday, kita keluar berbuka puasa dengan BFF dan juga incik tunang. Berbuka di Restoran Nelayan Titiwangsa. Lepas berbuka kita ke KLCC nonton Final Destination 5. Konon bff nak buat surprise, memang taklah. Aku dah boleh agak dah. Yela kan kooooooooo nak bincang pun depan aku. SAH! tau dah laaa. hahahha! Tanjat gegirl.. tanjattt sangatt!! :P


Hadiah dari Incik Tunang? Takyah nak berahsia sangat la. CincinEmas. Biar penuh semua jari kannn. hihihihiihihihi! Tapi bukan dalam gambar ni cincin tunang. Kenapa pakai jari tengah? Sebab besar la. Saja pilih besar-besar mana tau sok sok jari makin mengembang soo masih muat laa. nasib tak beli sebesar ibu jari tau. ahah over! hik hik!!
Merenung masa depan. Asyik merenung je watpe, kita kena merancang dan berusaha. Tanpa usaha, mimpi takkan jadi kenyataan. Ecehwahh!

"Ya Allah Ya Tuhanku. Kau permudahkan segala urusanku, hanya kepada Engkau lah aku berharap dan memohon pertolongan. Ku mohon kekuatan, ketabahan dan kesabaran dari-Mu agar permudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku. Sesungguhnya kepada Engkau la ku berharap dan memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal 'Alaminn" :)

Tahun ini tahun bujang. Tahun depan dah ehem ehem
Perasaan??? Biasa-biasa je. Haha !
Memang takde perasaan tau.
;D




2 comments:

Chekgu Azrine said...

happy beday wawa.. 25 tahun erk?/ akak dah ada anak 2 dah time ni.. wajib kawin nih!!hehehe

Wawa_Nadwa said...

chekgu azrine :

2 org anak??!!
oh yeke.
nampak nya tak bleh ditunggu lagi.
hehehehhe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998