Thursday, September 22, 2011

Beraya di Putrajaya .

Kita ni kalau pergi putrajaya, insyaAllah tak sesat sebab senang nak cari presint berapa nak pergi tapiiiiii bila nak balik KL ya rabbiiiiiii kalau tak sesat memang tak SAH. Puas cari jalan keluar memang tak jumpa sesat sampai ke Puchong sana. Aduhaii apa la malang nasib hakuu ni. ehehehehhe!

Tak rancang pun nak pergi beraya rumah Acik Mohni (my colleagues) sebenarnya. Jemputan pun disaat-saat akhir, disebabkan takde program pada hari tersebut jadi kita terjah Putrajaya bersama adik perempuan. Sekarang ni nak keluar dah ada geng  si adik dah habis belajar.. :)

Cik Adik manis ni sampai dulu. Kita sampai je terus makan, tengok ciken chop mengoda betul. Tak tahan!  
cilok kat fb macik neh! hehe.


Budak ni kemain suka Acik Mohni panggil adik. "kak, aku suka la orang panggil aku adik. Mulai sekarang ko panggil aku adik lah.." eeii geliiss la nak beradik adik bagai.. hahahha! Dekat rumah nama panggilan dia adalah Nyanyah. Uolls can call Nyah or MakNyah or Anyah. Heeeeeeeeeeeeeeee!!



Tahun lepas pun Acik Mohni buat ciken chop. Memang terbaik! Tu sanggup turun putrajaya juga demi ciken chop. Boleh gitu? hihi.


Jemput makan semua. Nyum nyumm!!


Kita ni memang tak reti nak bangun-bangun walaupon dah selesai makan. Saja teman yang lain sambil mencecehh, kang bosan pulak! hiks.



Minum minum dan terus minum. Air asam boii yang sedap juga. Kira semua sedap la. Bertambah-tambah air, pastu acik keluarkan pulak ais krim perisa vanilla kesukaan kuuuuuuuu. Walaweyhhh memang makan sakan. Buat macam rumah sendiri sebab tak ramai orang kan..heee!



Cik Aznur yang comel kuat gelak macam kita juga. hik hik! :)



Eei tak suka gambar ni sebab kita nampak gemss. Dani yang sebelah yang peknen tu pun lagi nampak kurus, Kita pula nampak macam peknen. Adeh! Sedihhh.



Haa yang ni nampak kurus sikit. haha! Alang-alang dah tempek gambar ni nak ngadu sikit. kamera kita rosak laaaaaaaaa. Kualiti gambar amat menyedihkan, jadi seperti gambar dibawah ni. Wuwuwuw! Sebab tu sekarang gambar amek semua blur, yela pakai kamera henpon jew.

Bila duit nuffnang nak dapat. Nak beli kamera baruuu. Baru semangat nak update belog. Hehhhh!!


Tak banyak signboard la kat purtajaya tu. Kompiuss! 
ke kita yang tak nampak jalan keluar. 
Hehhehehe!


1 comment:

Chekgu Azrine said...

kalau kamera jd camtuh..selalunya lens rosak.. so better beli baru sbb mahal kalau nak repair pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998