Monday, August 1, 2011

Menikmati Tutti Frutti Bersama Adik Kesayangan

Gelii hokey nak buh adik kesayangan tuh. Hahaha! Disebabkan dia yang belanja jadi buh la tanda terima kasih dan nak amek hati mana tau lenkali dia nak belanja lagi kann. Hehehehehhe!

Sebenarnya dah lama nak pi rasa tapi disebabkan kekeringan fulus yang tahap kronik jadi terpaksa ditunda. Bila si adik kesayangan ni dah dapat gaji pertama beliau, harussss belanja kakak makan Tutti Frutti. Walaupon kooo sesedapp makan TGI Friday kann.. :P

Akhirnya.. Akhirnyaaa dapat juga rasa Frozen Yogurt kat tutti frutti di Wangsa Maju. Lebih kurang aiskrim je sebenarnya. Dimana lokasi? Alaa kat luar Wangsa Walk je tak susah nak cari pon.
Ambil cup yang palinggg kecik disitu. Kata nak rasa je jadi kita amek sikit-sikit dulu mana tau cannot gooo.. :)
Taraaaa! Serabut dengan topping sesajorr padahal aiskrim bawah tu sikit je. Hahaha! Perisa vanilla dan red velvet menjadi pilihan. Ohh sangat sedapppppppp!!

Harga ini RM 12.++ hokey! Ni kira timbang berat ye. Banyak aiskrim dan topping berat la dia jadi harga nya juga bertambah-tambahh. Sebab tu amek sikit je.. hihi!
Perisa yang ni pula Banana Strawberry dan Chocolate Oreo dengan topping ntah pape. Haha. Yang dia punya bagi aku tak bape sedap sebab rasa masham masham sikit. Rasa banana tu lebihh..

Harga yang ni RM 13.++ sajorkkk!
Tempat yang disediakan untuk makan aiskrim sangat sangat selesa siap bersofa bagai. Jadi kita makan disini sahaja sambil menonton tv. Buat macam kat rumah sendiri yerr.. :)
Fesyen Hana Tajima kunun. Shawl freshh dari ladanggg.. Hehehhe! :)
Seyes!! Memang sedap walaupon agak mahal tapii berbaloi baloiii. Menyesal pulak tak amek cup paling besar tadi. Tak cukuppppp. kekekekke!!
^_^
Licinnnn! Tak tinggal sedikit pon. :)
Muka puas!! aku pasti mahu cuba lagikkk.. lalallalal~ :)


Selamat Berpuasa Semua!


4 comments:

Kasawari said...

firt time makan benda ni kat Solaris KL... amik sikit punya melimpah.. letak plak buah2an tu.. bila timbang kena bayar.. haha.. sib baik kawan belanjer..

Wawa_Nadwa said...

Kasawari :

hahaha nasib org yg belanje kannn..
heheh!

lily lotus said...

ooo lagi sedap dari baskin robbin ekk?

Wawa_Nadwa said...

lily lotus :

baskin robbin sedap gak.
tp yg tutti fruti ni lain ckit.
taktau nak ckp camne.
hehehhe.
g try k..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998