Tuesday, August 9, 2011

Kuih buah melaka

Assalamualaikum.


Hari ini aii nak ajar cara-cara membuat kuih buah melaka atau lebih dikenali ondeh-ondeh ye puan-puan. hihihi! Hari minggu lepas tertiba rajin pula nak buah kuih ni sebab apa kuih ini menjadi pilihan?? Sebab mudah dan cepat laaaaaaa. Hehh! :D

Anda hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Tak caya?? Meh sini nak tunjuk.

.
.
.

Tepung Pulut dan pewarna .
Ikut suka la nak buat warna apa. Merah ke, biru ke, kuning ke, ungu ke, jingga ke, coklat pun bowleyy, ikut citarasa masing-masing. hehehe. Selalu aku tengok orang buat warna hijau jadi hijau la menjadi pilihan. :)
Gula melaka.
Dah nama pun kuih buah melaka jadi bahan ini adalah PENTING. Sepatutnya guna gula melaka yang ketul tu senang nak potong kecik tapi kat umah dah ada yang hancur ni guna saja laaa. Janji hadooo.. :)
Step 1
Ulikan tepung dengan air campur sedikit pewarna. Jadi la macam dibawah. Gentel bulat-bulat dan buh gula melaka ditengah-tengah
(maaf! gambo tak amek pulak, maklum la sibuk mengentel) hihihi!
Step 2
Rebus sampai timbul. Kalau tak timbul-timbul tu makna nya salah tepung la tuh. hehh!
Step 3
Lepas dah timbul angkat dan gelek-gelek kan dalam kelapa parut ni. Gelek ke?? Lantokkk la..! hahahha. Jangan lupa buh sedikit garam dalam kelapa bagi menambahkan kelazatan kuih kita yerr.. ;)

Taaraa!

Dah jadii.. Bapak punya senang ye buatkuih ini. Sepatutnya beli kelapa parut putih utk buat kuih tapi salah beli. Ok la buleh je makan. hehehe!

Yang kelakar nyer masa aku sibuk gentel tuh terlupa la buh gula melaka kat tengah-tengah. Rasanya sebijik je kut. Mangsanya adalah ABAH. "Apasal takde rasa gula melaka niii.. Tawar je??" heeeeeee! i'm sorryyy.. ;P

Nampak tak sebab apa kuih aiii ni tak berapa nak cantik?? Bocor sana, bocor sini. Mungkin sebab guna gula melaka hancur tu kutt. Kalau guna yang ketul, insyaAllah gula melaka tu takkan terkeluar cam gituu. heee!!
Kalau malas nak buat beli je kat bazar. Habis cerita!
;)



6 comments:

Fariza said...

sedapnya :)
smlm fariza kepingin kuih itu dan suruh ayah beli.
pasni nk buat sendirilah.
senangnya.
thanks.

Edura Hanum said...

kbetulan.sy pun wat kuih gula melaka last weekend.tapii yang kelakarnya gula melaka sy warna putih.sebab osmate tersilap beli.ingatkan pewarna ijau rupanya perisa ijau.udahnya xyah letak pewarna apa2.potih saje.tapiii sedap.hehehehehe

Wawa_Nadwa said...

Fariza :

lagi puas hati klu buat sendiri. dan buleh buat banyak. hehh!

Wawa_Nadwa said...

Edura Hanum :

hehehhehehe takpe la warna ape pun janji rasanya sameeee.. hehehe!

ChiLaBaey's Spot said...

Bagi saya RM2.00 kak... RM2.00 dapat berapa yer...??? :)

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's Spot :

oh nak RM2 ye. Sy kasi 2 bijik je ye. Kira sebijik sehengget. hahahha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998