Friday, August 12, 2011

Jangan Caci Hina

Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:-

Maksudnya: "Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya), hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".

Justeru itu, Islam sebagai agama kemulian, agama perdamaian dan agama perpaduan melarang keras umatnya daripada perbuatan menyakiti kaum muslimin yang lain dengan sebarang perilaku buruk dan cabul, atau dengan kata bicara yang lojik dan menghina, lebih-lebih lagi Islam melarang umatnya mengutuk, maki hamun, mencerca dan mengeluarkan kata-kata mencarut terhadap orang lain.

Semua perilaku tersebut adalah termasuk di dalam kategori dosa-dosa besar yang dibenci oleh agama Islam maha suci. Kerana ianya tidak menawarkan apa-apa pulangan baik dan keuntungan yang memberangsangkan, melainkan ia akan menarik kepada perselisihan dan permusuhan di antara umat Islam.


Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab: ayat 58:-

Maksudnya: "Mereka yg menyakiti orang-orang mu'min lelaki dan perempuan, terhadap suatu perkara yg tidak mereka lakukan, sesungguhnya mereka memikul fitnah dan dosa yang nyata".


Benarlah apa yg difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 - 12 yang melarang kita daripada enam perkara yg boleh menjejaskan perpaduan dan keutuhan kita umat Islam.


1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.
2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.
3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.
4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.
5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat Islam.

Petikan artikel : TAZKIRAH

_____________________________________


Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya dan nak kongsi juga dengan semua. Bulan-bulan puasa ni nak latih diri daripada tidak menumpat, mencemuh dan lain-lain seperti di atas tu. Kadang tak nak cakap yang bukan-bukan, nak jadi lebih baik tapi bila bersama orang yang suka mengumpat, mengata macam mana nak buat?? Kita ni iman tak berapa nak kuat, kadang terjebak juga, tersokong plak tuh. Aduyaii menyesal pulak bersuara.

Astagfirullah alazimm.. Camne nak jadi baik ni?






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998