Tuesday, July 5, 2011

Hi Tea WANGI @ Hotel Plaza KL

W A N G I ialah nama singkatan bagi Wanita Teknologi, sebuah pertubuhan wanita Universiti Teknologi Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1991 yang ahlinya terdiri daripada staf wanita dan isteri-isteri staf.

Haaa.. itu adalah serba sedikit mengenai WANGI yer. Sebenarnya sepanjang 5 tahun lebih aku kerja ni baru je daftar sebagai ahli WANGI. Bukan apa masa mula mula duluuu rasa macam ahli WANGI ni semua kelab untuk orang-orang veteran jadi malas aar nak join. Tapi semua salah tafsir, ramai juga yang muda belia macam aii ni u'ollsss.. :)
Warna tema adalah PURPLE. Aii ni simple je sebenarnya. Pakai cardigan je kutt bersama inner, skirt labuh hitam dan shawl. Mix n match gitu! Pinjam adik perempuan aii punya. hekk!Sebelum majlis bermula mehh posing kat tangga mehh! Aii kena berdiri dibelakang yer bagi mengelakkan nampak lemak di perutt yang semakin menebal.. hihihihihii~
Posing wajib iaitu tangan di pinggang ye. Nampak ler sikit aii slimm! Silajangantertipuudengangambardibawah. :)
Wahh! Posing terbaik dari model tangga.. hik hik! :)
Perut tak berapa nampak. Fuhh! Nasib baikk.. muehehehhehe!
Sebelum keluar office make up bagai nak rak. Lepas solat kat sana, malehh betul nak make up balik. Hehehe.

Makanan yang dihidangkan biasa-biasa je. Tapi laksaaa dia sedappp. Maklum la aii ni peminat setia laksa, jadi bagi aku kuah dia besttt!! :)Tetamu jemputan adalah Sarah Hatta. Beliau juga adalah perunding imej dan memberi servis makeup bagi bakal pengantin, bertunang, makan malam dan juga model .Selain itu beliau mengadakan seminar motivasi dan ceramah mengenai ilmu Colour Vibration Theraphy (CVT).

Majlis paling berjaya setakat ini yang membawa nama beliau dikenali Di Metro Ahad, Mingguan Malaysia,Majalah Wanita ,Saffiya TV9 adalah kerana penganjuran Pertandingan Fotografi Muslimah yang berjaya mengumpulkan bakat-bakat baru iaitu model, jurugambar dan jurumekap.

Muda lagi kut baru 24 tahun.. Hebat sungguh anak muda ini. :)Masa ini panggil tetamu lain nak bagi contoh bentuk badan. Aii ni plak jenis kerangka kut dia cakap. Tak gemuk tak kurus. Sesedap rasa sahaja yer. Pakai apa semua boleh, takde masalah. ehem ehem.. ;)
Pastu ada aktiviti lain. Memandai je dorang pilih aku untuk catwalk. Dah la aii ni pemalu orangnya. Paham tak?? pe ma luuuu.. heeeee!!
Atas stage tu dah ketaq lutut. Walaupon hanya wanita sahaja dalam tu, tetap rasa berdebar. huhuhu!Kan dah kata aii ni pemalu. Jadi jalan pandang bawah aje lah.. hekk! ;)
Ok fine! aii menang. Rasanya kalau AJK lain masuk tentu aku kalah sebab pakaian dorang lain hebat. Dress ber lip lap lip lapp. Menang kesian je ni kuttttt! Catwalk saja-saja dapat la hadiah ini. Okkkkkkkkkk laa!
Lucky draw dak kecik Baie ni beshhh dapat handbaggg!! Semua mengharapkan dapat yang ini je.

Aku punya tak besttt. Jam dinding yang sangat besar. Hahaha. Lepas bukak je terus letak tepi. Hahhahah! Dapat la juga dari tak dapat langsung kannnnn.. :P
Orang lain semua pakai baju kurung, aii je over lebihhh.. Hehe. Tapi mama dan adik adik aku soh pakai macam ni sebab katanya kalau pakai baju kurung macam nak gi kenduri kawin je. Kuwang hasam kann. hiks!

Kalau nak pergi apa-apa event adik lelaki aku adalah pengkritik yang paling jujur ok. Kadang tu terasa giler haku. Jujur sangat. Kalau burukkk siap la kena makii.. Hahha! :P
Dress Kak Shima sangatttttttt cantekkk! Nasib dia AJK kalau tak mesti menang. Sarah Hatta yang comel dan nampak hijauuuu.. :)
Kak Maiii semangat suh kita make up kan. Pas solat abes semua hilang. hihihi!!
Antara ahli WANGI yang hadirr.. :)Aii balik dengan happy sebab dapat banyak hadiahhh. Thanks WANGI.. :)
Ok nak gi bank bayar insurans n roadtax.
Duit oh duittt!!
Heee~
:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998