Monday, June 6, 2011

Punca kemalangan hari ini..

Kemalangan yang hampir-hampir berlaku semasa kami dalam perjalanan ke Cameron Highland tempoh hari membuatkan aku agak trauma tika didalam bas. Alhamdulilah, perjalanan pergi dan pulang berjalan lancar dan selamat.

Korang tau je la jalan nak ke Cameron Highland tu camne ghupenya kan. Sangat menyeramkan dan jalan yang sangat kecik. Jadi tahap kesabaran anda harus la tinggi. Nak memotong adalah tidak digalakkan.

Aku ni pulak duduk dalam bas agak depan juga la. Memang sepanjang perjalanan tu memang tengok je driver tu dan tengok je jalan kt depan tu. Tak buleh tido pun. Sekaliii ada sebijik kereta nak potong kereta lain agaknya, memang dah dekat sangat dengan bas ktorang ni. Rasanya sapa jerit paling kuat?? Dah tentu aku la. Dah depan mata, takkan diam je. Huii sangat mendebarkan ok. Nasib sempat elak, kalau tak?? aiseymann!

Punca kemalangan hari ini adalah disebabkan ketidaksabaran pemandu itu sendiri. Pandu kemain lajuu dan pentingkan diri sendiri. Jangan disebabkan kecuaian koo, orang lain jadi mangsa. Sekian!


Gambo sebelum gerak. haha! Belum pape dah telan ubat tahan muntah. hek!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998