Wednesday, June 29, 2011

Hari terakhir sebelum pulang ke Mesia.. ewahh!

Ok ok sambung cerita. Seawal pagi lagi kami sudah berkumpul untuk program seterusnya yeah. Kira waktu itu adalah hari berjalan dan bershopping sakan sebab esoknya dah nak balik. Jadi haruslah menghabiskan belen duit yang adooo!
Lokasi pertama kami adalah Yuexiu Park. Arahan yang harus dipatuhi dan diikuti kalau tak, tinggal la ko sorang kat situ. hihihi! :)
Best nya kat sana ramaiiiiiiiiiiii pasangan akan menari di halaman yang disediakan. Siap ada radio besar kooo pasang lagu cha-cha oke. Best je tengokkk!Pasangan orang tua paling romantik. Pastu kalau kita amek gambo siap lambaiii dan senyumm lagikkk!Warga tua kat sana kira sangat aktif dan kuat bersukan.
Paling penting warga tua disana boleh naik tangga yang sangat tinggi ini ok. Aku pun somputtttt! hahahhaha.. Maluuu je!
Pikir pat ploh pat kali nak sambung naik tangga ke tak? hihihi!Naik gak ok. Gegeh panjat. Malu yang mereka yang lebih berusia mampu naik setinggi ini. hiks!Hoyeh hoyeh sampaii jugakkkk!Yuexiu Park ciri selama 14 peninggalan kebangsaan, wilayah dan tempatan yang terkenal budaya termasuk patung lima jantan, Menara Zhenhai dan dinding kota kuno Dinasti Ming (1368-1644) kini telah diiktiraf sebagai taman negara - iaitu satu-satunya di Guangzhou.
Patung Lima Pelantak, mercu tanda simbolik Guangzhou, berdiri di Taman Yuexiu, Guangzhou.
Pilih jangan tak pilih.

Tapi kan sourviner kat sini tak senonoh. Hahhahah! Ade ke kat keychain buh gambo bogel. Terkezuttt hakuu. hehehhehe!
Cakk!
Sempat main menatang nehh!Ada buah berangan yang sedap! Puan Aminah belanja. Kalau orang belanja selalu nya memang sedap. hehe!
Kita shopping lagii! Kali ni ada tanggungjawab yerr. Kena plak beli kain ela untuk budak budak opis. Bukan sikit mau beli, banyakkkkkkk! Bermeter-meter. Bayangkan la aku dengan Baie ni nak kena angkut.

Satu lagi aku sebenarnya tak berapa berkenan nak belikan untuk orang ni. Takut orang tak suka. Yela pilihan kita tak sama dengan pilihan orang kann.. :)Tengokkk! Beg besar tu penuh dengan kain ela ye tambah Baie bawak lagi. 64 meterrrrrrr kesemuanya.

Tapi bila pulang ke mesia orang banyak komplen. Aduiii kecewa betul hati ini. Penat bawak berat ni tak hilang, masuk opis orang komplen. Rasa nak hempuk pala sekor-sekor. hehehehhe!
Solat disini.. :) Makan malam di restorant baru. Makanan ok je macam biasa. Tekak aku slumber je masuk kira sedap la tuh. Hehehhehe!Sampai hotel baru perasan duit tak abes lagi. Apa lagi siap siap terus turun hotel kita sambung shopping. Hahahhahah! Nasib baik bawah hotel ada sederettt kedai bajuuu jadi koo boleh senang hati shopping sampai malam.. ;P


Huii semput rasanya buat entry laju-laju.. hehhehehe!

2 comments:

Puan Capa said...

beli tak keychain tu?

Wawa_Nadwa said...

Puan Capa :

mmg takkk lah!
mau berebut mamat2 kt opis ni kang.
hahahhah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998