Wednesday, June 15, 2011

Dongmen Street & Holiday Inn Express

Adoiyaiii! Disebabkan terlalu kusyuk baca belog Kak Senduk. Belog aku lupe nak update. Tapi memang aku gelak tak hengat baca belog itu. Ayat agak kurang hajau, sempoi tapii best weyh. Boleh mengurangkan stress aku untuk hari ini. Terus ai follow belog kak senduk. Konpius nak panggil abang ke kakak??! hihihi.. :)

Ok sambung entry makan makan. Dah kenyang. Kita keluar shopping di Dongmen pulak.Nama pun perempuan. Kalau ajak shopping bernyawa je koo kan. Tapi takleh boros sangat ye, kata duit bawa dua tiga rat aje kata kooo. Jadi kena la belanja secara berhemah. :)
Antara bangunan yg aku rasa kagum di DOngmen nih. Yela nampak bangunan pelik sikit amek la gamboo baru nampak pelancong ckit.. Iye dok?! :P
Masa ni belom berpisah lagi. Lepas je amek gambo ni masing masing amek haluan sendiri. Tak kose la akak nak jalan berkumpulan sebab kang ngekorrr orang, barang sendiri tak beli kan.

Perkara pertama yang aku pikir adalah nak beli barang untuk keluarga jeeeee. Keluarga aku ni besar kalau nak beli souviner untuk semua kena bawa 5k gitu kann. Akak ni kerani je dik, bukan pegawai. Heh heh heh!
Kat Dongmen ni banyak baju-baju perempuan ok, boleh pitam taktau pilih yang mana satu. Adik perempuan kesayangan aku tuh kan dah order dress, jenuh cari baju dia je. Ciss!! Barang perhiasan rumah banyakk. Baju budak budak yang comey comey geram hakuu, rasa nak belikan baju anak jiran pun ada. hehehe! Henpon, ipad, extenal dll banyak tapi toksah beli la gajet sini 1bulan je buleh pakai kang hehehhe..

Tapi kat sini agak sukar nak tawar menawar. Harga?? Mahaiiiii! Lagi tau pelancong lagi dorang ketuk kooo harga tak hengat. Kemain susah nak mintak kurang..
Lepas shopping, dinner dan check in di Hotel Holiday Inn Express !

Walaupon agak sempit tapi katil dia adalah TERBAIK ! Empuk nya la haiii katil dia hokeh. Kalau baring rasa takmo bangun bangun dah. Bilik air plak macam rumah kaca, risau plak aii nak mandi. kekekkekekke!

Haaa satu lagi nak cerita keistimewaan hotel ni, kemana saja kooo naik lif kena bawak access card bilik ye. Kalau tak lif koo takkan kemana kalau tak swap koo nya access card itu. Mula-mula tu cam huiiyoooo hebad nyaaa.. hahhahha!
Pose ayu atas katil empuk Holiday Inn Express. Muehehhee! Meh lesing ramai ramai mehh.. Heeee! ;)

Beg tinggal je kat pintu tak sempat tarik dalam dah posing. Koo hadoo? Lallalala..

HOkeh nak sambung baca belog Kak Senduk.. hik hik!



1 comment:

lily lotus said...

akak boleh bayangkan camne empuknya katil tu. weee! memang berbaloi rasanya bila penat balik bilikkan. kebabommm terus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998