KUALA LUMPUR - Selepas menyasarkan hanya pejalan kaki wanita sebagai sasaran disimbah sejenis cecair, lelaki misteri itu kini dilihat mengubah sasaran apabila dia menjadikan seorang pemandu kereta wanita pula sebagai mangsa terbarunya.
Pada 9 Mei lalu, polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima sebanyak 20 laporan kes lelaki mistero menunggang motosikal yang sengaja menyimbah cecair dipercayai 'thinner' dan 'alkali' terhadap mangsa yang terdiri dalam kalangan wanita.
Sehubungan kes-kes simbah asid itu, polis berjaya membuat gambar lakaran (gambar kecil) salah seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Lelaki berusia 30an itu dikesn menunggang motosikal Honda EX5.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Rakan Cop melalui nombor telefon 03-21159999 bagi membantu siasatan.
Artikal yang dipetik serta diringkaskan daripada Kosmo.
*************************************************
Sangat bahaya sekarang diluar sana bagi semua wanita. Taktau nak cakap apa pada suspek yang menyimbah asid itu. Mental kut! Lagi cepat dapat tangkap lagi bagus. Sekarang nak pergi jogging ke, nak jalan keluar pun dah rasa tak selamat.
Pesanan untuk semua wanita diluar sana dan juga diri aku sendiri.
Berhati-hati lah!
Disini nak kongsikan bersama Doa Pelindung dari Malapetaka
BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
Atau pun..
Doa Keluar Rumah.

BISMILLAH HITAWAL KALTU ALLAH, LA HAULAWALA KUWA TA ILLA BILAH.
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah".

2 200 mengkritik !:
Hi wawa. Lama tak singgah sini. huhu.. ;p
EpoLį¦siKunang2 :
haiiii~~
singgah la selalu,,
cehh!
Post a Comment