Thursday, March 10, 2011

Terjah Hospital Seremban

Minggu lepas selepas mendapat berita abang sepupu accident masa tuh aku macam berdebar-debar kat office ni haaa. Bila kata teruk, satu kerja buat tak menjadi. Call mama terus ajak gi melawat kat hospital seremban. Sempat google tu takut sesat. Maklum tak penah sampai sana.. =P

Aku ni tak buleh dengar ahli keluarga accident ke masuk hospital ke mesti susah hati. Kalau dekat memang terus terjah. Selagi tak tengok depan mata, selagi tu la kepala ni dok pikir je.

Call adik-adik yang sedang bekerja. Mahu ikut ke tak? Akhirnya masing-masing nak ikut. Drive laju-laju ke Maju Junction amek dorang ni haa. Nasib office dengan maju junction sekentut je. maksudnya dekatttttt.. huhu!
Nak kata hebat takde la hebat sangat tapi takde la sesat teruk untuk mencari hospital seremban tuh. Tapi yang hangin je elokkk ikut signboard pehtu signboard takde dah. Aduyaiii!~~ sila pasang signboard dengan banyak bagi memudahkan pelancong macam kami ni dapat mencari jalan dengan mudah. hik hik hik!

Sampai tengahari. Dapat melawat jam 4.30 petang. Sebab?? waktu melawat adalah jam 4.30 petang yer. Hehe! Lama ok melangguk kat hospital tuh. Waduh waduhhh! p0nekk.Lepas pembedahan dapat tengok kat wad biasa. Mungkin keadaan dah stabil. Semua ok, cuma kepala dan leher sahaja yang cedera.

Bila dah tengok depan mata keadaan OK jadi hati agak lega sikit. Cuma masa nurse cucuk jarun apa ntah kat tangan tu, darah merecik-recik kemain banyak keluor. Mesti sakit, nasib baik la masa tu abang long aku tuh tak sedar. hiks!
Bila kooooo dah TERtengok darah. Otomatik pala pening. Rasa nak pitam, nak muntah semua adoo.. hahahha! Cepat-cepat keluar sebelum aku tumbang dalam wad tu karangggggg!!

Lepas tu di ikuti dengan adik-adik yang lain. Keluar gak. Tak tahan kut duk lama-lama dalam tuh..Kami bergambo ni pun kena sound oleh mak guard ok. Pelik sejak bila ek kat hospital takleh amek gambo. Ke memang aku yang tak tau??

Walaupon dah kena sound. Degil!! Ini pun amek curi-curi. hihihi!
Mula la si nyanyah mengeluarkan kenyataan yang mintak pelempang. "Koo tau tak sebab apa dorang tak kasi amek gambo?? Sebab kt tenet kan banyak gambo kat spital ada gambo hantu. So sebab tu la takleh amek gambo.." hahahhaha. Rasa nak tampo je laju-laju.. Hek!
Oh! kebetulan hari tuh kami bertiga pakai kemeja & suor slack. Jadi lagak kami dah macam staf hospital. Kooooooooooo masuk la lorong-lorong dan jalan mana pun takde orang nak marah.

Padahal masa tu sesat carik toilet. Nasib tak sesat bilik mayat. hek hek hek!
Banyak menda nak kena buat. Penat nyaaaaaa!!






5 comments:

Puan Capa said...

mg dia cpt sembuh....

::FAIZ FARISH:: said...

smoga dia sembuh ngan segera

EpoLįƒ¦Kunang2 said...

Ni sesi melawat orang sakit atau bergambar ni? hehe ^^

luthfimy said...

kesian kawan tu tau...gambar dia tersebar disini

viruspadu said...

saya pun penah kena sound tau

siap nak pakai pakgad lagi... haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998