Tuesday, March 29, 2011

Jatuh Cinta dengan Laksamana Sunan

Penah tak korang baca novel, korang jatuh cinta dengan hero dalam novel tersebut?? Ish aku ni kan buleh jatuh hati pada Laksamana Sunan atau nama sebenar Saifudin. :)

Novel ni bersiri ok.
Ada 4 novel kesemuanya.
1. Bagaikan Puteri, 2. Cinta Sang Ratu, 3. Hijab Sang Pencinta, 4. Cinta Sufi
Pasa suatu hari yang indah, tenang lagi mendamaikan di ofis, Baie(ofismate) menyerahkan sebuah novel epik thriller untuk aku baca "kak.. saya kasi akak pinjam novel ni. Bestt. Akak cuba baca dulu. Kalau best saya bagi sambungan novel ke 2. Kalau tak best, takpe. Pulangkan balik je.." Lebih kurang gitu la ayat dia. Hiks!


Mula-mula baca tu macam "ape la baie ni kasi novel epik mcam cerita dulu-dulu plak ni". Bila dah baca terus cam takleh pisah dengan novel tersebut. Balik je keje terus ngadap novel. Walaupon mata ni kemain ngantok sampai takleh buka, sanggup baca takmo benti. Sampai la sambungan yang novel ke 2, ke 3 dan ke 4. Seyes! tak bosan. huhuhu!


Bila tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa, tengok si hero tu berlawan dengan musuh terbayang-bayang watak Laksamana Sunan ok. Seee seee pengaruh novel yang sangat kuat. hik hik hik!


Datang opis, punya la eksited cerita dengan Baie. Cerita kemain semangat lagi. Sampai dak opis tegur "Korang tengok cerita apa ni??" Padahal baca novel je kut. Penghayatan tu macam tengok tv je. Keh keh keh!


Bila baca dengan kusyuk dan penuh penghayatan, orang yang tengok tu mesti kata koo gila. percaya lah. Yela kejap senyum, pastuu ketawa, tertiba kuor aiyak mata nangis sebab sedih, kadang tertiba eksited sampai terlonjak-lonjak kegembiraan. Padahal koooo tengah baca novel je kutt.. Hebat nya novel sebenarnya. heee!


Sifat peribadi Laksamana Sunan yang membuatkan aku jatuh hati tu, dia sentiasa positif, dekat dengan Tuhan, sentiasa bersangka baik, cekal hadapi musuh dan juga pemalu.


Ayat-ayat yang sentiasa aku ingat.

"Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah"

"Sebagai manusia, aku sayang padamu.."




Sekarang!!! gi library gi pinjam novel Ramlee Awang Murshid ni yer. Bleh kite cerita sama-sama. Heeeeeee!!





9 comments:

Baie said...

btoi3....novel yg btul2 best...x dinafikn..ni tgh tggu novel smbungan dia nih...!!!x sbo plak rasa nk taw ape plak yg terjdi dlm novel sterusnya 2...khawen ke laksamana sunan 2 dengan catalina erk....cmner keris 2 boleh berada kt muzium portugis...isk!!!musykil2!!

Wawa_Nadwa said...

baie :

soh si ramlee awang tu sambung cepat novel seterusnya.
hehehe!

Baie said...

kite tggu dn lihat k....law g kdai buku msti duk belek2 novel kot2 ada smbngan dia...heee!!!t pape sy msti inform kt akak k!!!!

Anonymous said...

hehe
akk pun tgh tunggu sambungan crita ni
dah berbulan tk keluar2
dh keluar nanti mesti tk senang duduk
hopefully students tgh cuti time tu

Anonymous said...

ops lupa
komen td dr k catt

Wawa_Nadwa said...

baie :

ok.
baie gi beli nnti akk pinjam tau. hehehhe!

Wawa_Nadwa said...

kak catt :

owh baca juga ke??
best kan kan kan.
ok kita tunggu je sambungan nyer..
hee!

Puan Capa said...

xpenah beli.nak jgk la baca

Wawa_Nadwa said...

Puan Capa :

amaran! pastikan baby anda sudah tido ketika anda membaca. haha. kang uwais wat ape pun tak sedor.. hehhe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998