Ingat tak entry yang aku tujukan kepada seorang sahabat yang tidak berapa sihat tempoh hari. Entry Semoga Sahabat ku Cepat Sembuh itu yang menyatakan beliau masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa salah satu kaki nya akan dipotong disebabkan penyakit diabetis.
Jangan ingat kita ni muda lagi tak ada penyakit diabetis ok. Budak kecik pun sekarang dah ramai dapat penyakit itu. Jadi tak kira muda atau tua kesihatan perlu jaga, kurangkan gula. Nasihat itu untuk aku juga sebab aku ni kuat manis.. heee!!
Jangan ingat kita ni muda lagi tak ada penyakit diabetis ok. Budak kecik pun sekarang dah ramai dapat penyakit itu. Jadi tak kira muda atau tua kesihatan perlu jaga, kurangkan gula. Nasihat itu untuk aku juga sebab aku ni kuat manis.. heee!!
Dikala sahabat ku itu berada dalam keadaan yang masih lemah, perkara yang paling penting adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan. Aku rasa Azuan sangat bertuah kerana memiliki ramai kawan yang sayang kan nya.Masa kat ICU haritu, nak masuk kemain ramai tunggu giliran ok. Takleh lama nanti kena halau sebab ramai lagi nak melawat. Hahhah! kena halau tu yang tak tahan.. =P
Khabar nya beliau dah sihat, dah keluar hospital dah pun dan cuba menerima situasi sekarang. Yela sebelum ni ada kaki, bila satu kaki takde mesti susah utk bergerak.Bila baca luahan hati dia kat fesbuk, hati ni sebak. Bila tau pagi tadi jatuh dalam bilik air, aku buleh bayangkan keadaan itu. Adohaii.. semoga sahabat ku itu kuat! Kalau baca mesti aku meleleh punya lah.. sok sek sok sekk sorang2 kat meja ni. Bila orang tanya, cakap je la selsema. hahahha! ishhh..
Kalau la dia tahu aku kopipes dia punya ni mesti dia marah. Wan, sorry.. higihiihih! =P

"Setiap anggota badan itu adalah pinjaman dari Allah."
Kekayaan, kejayaan, Ilmu, rupa paras, anggota badan, udara, malah segala-galanya adalah kurniaan dan pinjaman dari Allah untuk kita semua. Kadang-kadang sukar untuk kita menerima hakikat kehilangan sesuatu yang amat berharga bagi kita, sedangkan hakikatnya tiada yang akan kekal menjadi milik kita kerana segala yang kita ada hari ini adalah milikNya jua.
Selamat Hari Jumaat!!
…Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. [Az-Zumar:10]
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah:153]
3 200 mengkritik !:
moga Wan cepat sembuh
link tu x leh masuk la wawa
mg cpt sembuh wan!
Post a Comment