AMARAN untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung, bapak-bapak yang menghidap penyakit jantung tahap kronik dan anak-anak yang lemah semangat tidak digalakkan menonton filem KHURAFAT ini kerana banyak aksi mengejutkan, mendebarkan dan menakutkan.

Takut?? Takde la takut sangat kut cuma banyak terkejut terkejut. Sila percaya yg aku tak takutt.. hahaha!! Adoiyaiiii! Hantu hantu dalam filem ini memang suka sergah orang ok, cuba la sergah orang secara sopan. Kekkekek! Banyak scene yang mendebarkan, dan hantu juga sgt menyeramkan.

Tahniah dan tabik springg toingg toinggg, buat Syamsul anak kepada Yusuf Haslam kerana buat aku terkejut sehingga habis cerita. Mata ni memang kejap kejap tutup sebab memang tau dah hantu tu memang akan muncul bila-bila masa je lah. hiks!

Sinopsis KHURAFAT :
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini..Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?
Anda tengok la sendiri erkk, pastu komen kat belog masing-masing. Dan yang pasti jantung anda akan berdenyut kencang.. Perghh! Ayat.. hahahah! Ok tata!!
Oh tak lupa nak ucapkan terima kasih kepada saya sendiri kerana belanja diri sendiri menonton filem ini. =P
Anda tengok la sendiri erkk, pastu komen kat belog masing-masing. Dan yang pasti jantung anda akan berdenyut kencang.. Perghh! Ayat.. hahahah! Ok tata!!
Oh tak lupa nak ucapkan terima kasih kepada saya sendiri kerana belanja diri sendiri menonton filem ini. =P
10 200 mengkritik !:
wajib tengok ni. :)
oh!akak WAJIB tak tengok!haha
blum tgk! x sabar mau nonton gak nih!
terkejut-terkejut ker citer nie yunk,
ala,
akk teringin nak pi tgk,
hurm...
mcm mana nie?
huk huk huk
BILE LAA KITE NAK G TGK PLAK NI YANG..:)
Rara Nasiha :
gi terjah sekarang. hehe!
Puan Capa :
adeh!
gi la kak..
seram sikit2 je.
terkejut banyak2..
hahha!
D'zunnur :
oh sila la tgk!!
Cik Wanie :
aáh kak..
byk terkejut sesajorr.
hahahha!
klu gi ngn cik abang ok je kut.
heheh!
mEiZ SHA :
kamu cb0k nak tawen so tgk kt rumah sudah.. hehehe!
Post a Comment