Sunday, October 31, 2010

Tak ada rezeki..

Uwaaaa!!
Gelang tangan emas aku hilang lahh!
Puas d0k carik tapi tak jumpa.
Tak kan tercicir plak.

Masa mandi kat Sunway lagoon minggu lepas aku buka simpan kat poket beg. Tadi baru teringat nk pakai balik. Seluk punya seluk. Aik! Takde.

Gelang tuh dibeli hasil titik peluh ku masa baru kerja.
Terkilan sgt!

Hmm..
Mungkin takde rezeki kot.

Thursday, October 28, 2010

Jangan pandang belakang congkak 2

Dah lama gi tgk cerita nih, lupa mau update l0h. Hiks!

Lawak ke tak?? Mama aii gelak beria-ria kira best la tuh kot.. hee!!

Tapi bagi aku filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 1' tu lagik lawak kot berbanding yang ke 2 neh. Yang kali nih lawak la gak tapi aku shuke yg dulu punya sbb ada Shaheizy Sam kot. Hehe! =)

Filem ni Okey pon sbb ade Lan Pet Pet tu je, rasanya kalau dia takde mungkin membosankan kot. Nak harapkan Cat Farish biasa-biasa je.
Ai kasi bintang je.. lalallala~~

Wednesday, October 27, 2010

Cuba teka anak siapa??

Meh teka meh..
Ni bukan contest yer.
Takde adiah tau jgn plak nnti ko tuntut plak adiah kat aku. Hahhahha!

Anak blogger tegar.
Minat hijoo.
dah itu je clue buleh kasi ok.
Kalau jawapan betul maknanya anda selalu follow blog emak nya la kan..
lallalallala!!

Saja je soh teka..
hihihi!!


One Litre of Tears

Pak Lang Lalan kasi pinjam CD cerita jepun ni. Semangat giler pakcik tuh s0h aku tgk. Aduihh! Mula cam malas nya nak tgk cerita-cerita jepun ni. Semuanya ada 11 episode yer, nak abeskan tuh mungkin bercinta kottt.
Bila dah start tgk episod pertama. Tgk yang kedua plak.. Aikk! tertiba tak bleh nk berhenti tgk la, best semacam je. Tgk non stop sampai episod 9 ye kawan-kawan. Hahhaha!

Sumpah!! cerita ni bestt giler. Yang paling penting sedey toksah ckp la. Aduyaii.. Tgk hari ahad tu sampai bengkak-bengkak mata nanges ok. Seyes mmg sedey!!
Aii story sikit ok..?

Berkisarkan seorang gadis bernama Kito Aya berusia 15 tahun didapati menghidap penyakit Spinocerebellar Atrophy penyakit yg tidak buleh disembuhkan.

Anak perempuan seorang pemilik kedai tahu dengan keluarga penuh perhatian dan kasih sayang. Aya seorang yg baik, periang, aktif dan gadis berkerja keras dalam kehidupannya.

Lebih menarik bila Aya berjaya masuk ke sekolah tinggi. Mula dari situ penyakit Aya mula menunjukkan tanda-tanda macam kerap tersandung, cramp dan jatuh secara tiba-tiba.

Bayangkan umur semuda Aya terpaksa menerima berita tentang penyakit dia tuh. Adoii sedey nya. Mulanya dia tidak dapat menerima hakikat dan menyalahkan takdir "kenapa penyakit tuh ada pada dia.."

Dan lebih membuatkan hati kita terharu pabila melihat ketabahan seorang ibu berusaha utk mencari rawatan utk anak dia walaupon tahu yg penyakit tu tak buleh diubati. Tabah tol mak dia, sentiasa beri semangat.. Haa.. Lelaki ala-ala ariel peter pen ni plak teman lelaki Aya. Sentiasa memberi kata-kata perangsang pada gadis tuh. Peneman di kala kesusahan.. Yang tak tahan tgk lelaki menangis, auww so suweett!!Walaupon gadis tuh dah tak buleh jalan, sukar bercakap tapi laki tu bersungguh nak berkawan. Tu makna nya dia ikhlas menyayangi gadis itu.Penyakit Spinocerebellar Atrophy ini akan mempengaruhi kemampuan Aya untuk bergerak secara berperingkat. Tubuhnya akan sukar untuk mengawal gerak langkahnya, bercakap dan aktiviti harian pun berubah dari hari kehari.

Seorang gadis yang aktif bersukan, terpaksa menerima penyakit itu dengan tabah. Dia sentiasa menulis dan terus menulis walaupon pergerakkan tangan semakin hari semakin susah dan terbatas. Sehingga artikel beliau mendapat sambutan bila di cetak utk bacaan ramai.
Dibibir sentiasa mengungkapkan 'arigato' kepada semua orang.. C0mel je! Keluarga yang sentiasa berada dibelakang dan membantu ketika Aya dalam kesusahan dan kesedihan. Watak ayahnya dalam cerita ni pun menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap anak nya. Garang-garang si bapak juga tidak dapat mengawal kesedihan pabila mendapat tahu si anak menerima dugaan seperti ini. Bapak dia ni nanges beria-ria, si ibu plak jarang menanges kira tabah lagi ibu berbanding si bapa.. =)
Kelembutan si ibu terserlah.. Kuat dia mengharungi dugaan dalam hidup, jarang menanges kalau nanges pun tak penah tunjukkan depan anak dan kerap memberikan si anak kata-kata perangsang dan semangat utk teruskan kehidupan seperti orang normal.
Korang tgk la.. best best.. Tgk la kat web mana-mana. Download tgk.. Gerenti nanges sampai bengkak2 mata punya. hahhaha!! Meh try tgk video nehh..




Yang pasti airmata anda tidak akan berhenti mengalir pabila menghayati cerita 'One Litre of Tears' ini. Selamat Menonton yeah!

owh lupa nk bgtau ni kisah benar sebenarnya.. =)

Tuesday, October 26, 2010

Lupa nak tempekk..

Ya Rabbii.. Baru aku perasan yang aku tak tempek gambo-gambo ni lagi dalam blog neh. Hehhehe! Dah abes raya bawu aku perasan uollsssss.

Takpe takpe dah abes raya pon, gambo tak expired pon kann kan kan.. Hehhhee!

Gambo semua hasil cil0k dari fesbuk Angah, sepupu aku yg paling sengal. Yang macam muka ala-ala zamani slam tuh dia lah. Lallalalla!!~~Gambar-gambar ni semua kami dirumah Acik, adik kepada mama pada raya ke 3 kot.

Aku shuke berada dirumah acik ku neh sbb tenang n damai je. Sekeliling semua pokok-pokok sejukk sentiasa. Seronok nya rumah kampungg lapang, luas nak main kejar-kejar pon buleh tak de masalah ok.

Haa nak bergambo pun senang sbb ahli keluarga ramaiiiiiii.. Kalau ko nak kawen esok, dewan tu penuh dengan keluarga sesajorrr nampak gaya nya. hahahhaha!!Daun yg hijau itu sgt chantek! saja puji daun itu takkan nk puji kiteorang plak kan. Hiks!~~

Baju hasil rembatan di Time Square. Mula-mula macam was was nak beli sbb aii ni kan uolls tau je la fesyen baju peknen sesajor kan. Tak reti nak 0ver, tak reti nk berpesyen sgt. Bagi aku simple dah ok.. Ni pon macik macik kata "chantek kakk.. chantekk kakk.. Beli je lah.." haaa kan dah terpengaruh tuh, beli la gak.. =)Sepupu ku. Yang botak dibelakang itu adalah pakcik ku, adik bongsu mama.. =)Adik sepupu yang rapat dengan aku.. Posing atas moto si Nami.. Hahhaha! "Nami sejak beli moto ni tak penah lagik bergambo dengan moto ni lagi tauuuuuuuuuuuuu.." Kata tuan moto.. hohoho!!

Moto kamu ni nami chantek sgt sbb tuh kami bergambo disituu.. Saboo je lah!weh ade plak group plak kooo.. Tertiba baju semua lebih kurang je..

Putih itu suciii.. wekk! hahhaa.. Orange itu buah orenn... hahahhaha!!Hitam itu menawann.. chewahh!!
Hitam itu berani.. meeowww!! hehehe..
Owh romantik nyerrr.. Dia sepupu ku yg sengal itu. Hohoho!
K a m i
Family mama yg tidak cukup korum. Kalau semua ada penuh laman itu ok..

Kalau dh kumpul ramai-ramai kan ade je benda nk borak. Yang kelakar tuh dh macam pasar malam semua org nk bercerita. Hhahaha! aku sgt bahagia mempunyai keluarga yang besar dan hubungan kami sgt baik dan sgt rapat..

Sgt sayang mereka. muahk!

Friday, October 22, 2010

Saya mahu Blackberry Torch 9800 jugak!!!

Blackberry Torch 9800 siapa yg tak nak weyh????
Kamu tak nak??
Ish rugi rugi..

BlackBerry Torch 9800 merupakan smartphone pertama dengan keyboard BlackBerry dan skrin yang besar padang bola dengan 3.2 inci dapat lihat dengan jelasnya ok. Kalau tak nampak lagi aku taktau lah. Dilengkapi dengan kamera 5MP, memori 8GB diupgrade dengan micro SD card lagi huii hebat hebat. Kalau dapat la satu neh, mesti online memanjang. Facebook plak update sentiasa. Huhuhu!!

BlackBerry Torch 9800 sesuai sangat untuk aku yang suka bergambar. Lepas ni tak perlu lagi dah nak usung kamera besar ku lagi kerana kamera BlackBerry Torch 9800 sahaja sudah cukup. Owh berbaloii baloii.. hiks!
Kenapa kenapa anda perlu gunakan celcom exec 50 :

- 15 sen kadar panggilan ke nombor lain.
- Automatik diskaun setiap bulan.. huiyoo!
- Bicara lebih, menabung lebih banyak. Semakin banyak yang anda gunakan, diskaun lebih banyak hingga 30% setiap bulan
- Rendah komitmen bulanan RM50 sahaja.
- PERCUMA Celcom Broadband Dasar Rencana selama 1 bulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps

Hebat tak hebat tak??Kalau tak caya meh la tgk sendiri meh..
Hoiy0hh! berbaloii baloiii
Ni 1st time join contest nuffnang walaupon aku dah lama join nuffnang. Hehehe!! Sebab aii sudah jatuh chenta dengan BlackBerry Torch 9800 tu yang gegeh gak join contest neh.. Kalau nak tahu keterangan lanjut mengenai contest ni buleh klik link Nuffnang ni yeah..

Jom join mana la tahu rezeki korang nak dapat
BlackBerry Torch 9800 neh kan kan kan. j0m j0m j0in!!

Thursday, October 21, 2010

Eat Pray Love

Uiiii..!!
Sgt mengant0k ok tgk cerita ini.
Menguap patpl0hpat kali.
dan yg paling penting TAK PAHAM!
hahahhaha.Ada org ckp best ke??
Owh mungkin aku tak fokus kot.
Ke aku ni slow sgt utk memahami jalan cerita itu.
Hahhaa!
Dalam panggung tu dah jadi tak tentu arah.
"Bila nak abes neh.. bila nak abes nehh!!"

Huh!
Aku tidak sesuwei tgk cerita-cerita gini.
Bohsan!Ingat dh nk kuor panggung tapi memikirkan tiket menceceh rm 13 sorang, batalkan niat nk kuor. Membazir je taw, janji abeskan je duduk dalam tu walaupon tak paham! muehehhehe..

Wednesday, October 20, 2010

Kenduri Doa Selamat

Tempoh hari Mak Tam, adik kepada mama ku adakan kenduri doa selamat kat rumah dia. Siap call suruh aii datang awal tolong-tolong. Ai ni kan tau2 je la kalau tak suruh, takde aar nak datang awai nya, tau datang makan je. Huhuhu!!

Ai ok je nak datang awal takde masalah sbb hari tersebut tak ada apa-apa program. Kebetulan kerja plak pas je abes buat kerja terus ke rumah Mak Tam kat Sentul.

Dulu kemain susah lagi ok jalan kt sentul tuh, buleh sesat-sesat lagi. Tapi sekarang ai sudah terer jalan itu.. Hohoho! Cam besaQ sgt sentul tuh kan.. Hahha!Sampai-sampai je gegeh ok trus tanya nk buat ape. Beruntung sapa dapat, rajin sungguh anak dara nih taw. Masuk bakul, angkat sendiri. yela sape lagi nk puji kalau bukan diri sendiri. MUehehhe!

Tolong potong2 aje. Aii bab potong memotong serahkan sahaja pada yg pakar sbb aii shukee sgt. Sampai rosak kuku terpotong. Nasib kena kuku kalau kena jari tak pasal2 cedera, dah turun harga hantaran kang.. hahahha!!

Amek makan dulu sbb lapoo ok tak makan dari siang. Owh turun sekilooo.. =)Tu diaaaa.. Adik beradik. Muka cam photostat je. Hihihi! Antara adik beradik Mama, muka Mak Tam nak dekat sama dah. Sampai kadang2 anak-anak tersalah panggil. Huhuhu!

Kalau berdiri bleh tau la mama yg mana sbb mama lebih rendang ckit. kekeke!Along & family.. Along adalah sepupu ku yer, antara yg paling rapat. Yang bertudung manis itu wife dia, Misha. Dan yg si kecik itu anak perempuan dia, Puteri. Kejap panggil puteri, kejap panggil dhania. Sekarang si bapak nya panggil Puput plak. Aiyooo.. Teruk betui panggilan itu, dont like l0h.. tukar2!!!!
Tok Ma & Puteri. =)
Malam itu ai hanya makan laksa aje. Laksa tu my pebret ok. Nampak je laksa terjah laksa dulu menu yg lain tak usik dah. Hehe!
Ini pertama kalinya aku tido rumah baru Mak Tam nih setelah dipujuk oleh fifi si tudung hitam itu. Memang dah standby baju pon saja bwk baju lebih. rumah Maktam ada swimming pool, konon ingat nk mandi buleh ada kenduri kawen plak kt bwh tuh..

Sekarang ni kalau nk belajar berenang gi je rumah Mak Tam. Huii belajar timbul kan diri tak pas pas.. Susah tol.. Kekkeke!!
Sedang mencari guru renang utk mengajar ku berenang. Ada ke?? tapi nk pengajar lelaki sahaja ye. hahhaa. buleh gitu???

Monday, October 18, 2010

Jgn panggil MAK..

Haaa haaa.. ai kan dah jadik MAK sekarang ni uollssss.. Tau?? Tak ingat?? Ok klik entry nih 'Muke Aku Nampak Garang Ke erk?' ok..

Atau entry 'Zoo Negara' ni pon buleh, entry 'Bwk mat saleh masuk hutan' pun buleh gak. hahhaha! Ai malas mau cerita balik.. Hiks!Alia, dari kecik sudah diajar mama dia panggil aku MAK. Mula-mula aku cam tak amek kisah sgt, yela ada apa pada nama kan..

Bila dah besar ni kerap plak anak aku ni panggil Mak. Ai rasa tertiba jadi mak mak d0lu d0lu yooo.. hahahhaha! Mula dh rasa tak glemer tau panggil MAK.. kekkekeae!

Bila dah kena sound macik macik aku "Ishh ape koo ajar anak angkat koo tuh panggil mak kakak.. Panggil la mama ke?? Dah macam org tua dah koo. " hahhaa.. kuwang hajor tau terguris hati ni dgr.. hiks!"Alia.. Nanti jgn panggil Mak dah yerrr.. Panggil la Mama ke?? Mummy ke?? Eebu oso cann ok.." Eceh nak yg glemer aje. hahahhah!

Dia anguk-anguk je pala nya. Paham ke idak tak tau la teman. Yela kena paham budak dah beso gini bila nk ubah tu susah sikit kan. Bila suh panggil mummy dia geleng yer tanda takmo. Ok ok it's up to u nk panggil ape.
Masa ni baru balik tgk cite Magika..

Bila dia dah sampai rumah, mama dia kak As msj aku.. "Nadwa, pelik akk anak tertiba panggil nadwa mummy.. kejap mummy, kejap ibu.." Hhahahhaa. Owh tak sangka dia ingat apa yg aku ajar tadi.. kuikuikui!!Sekarang ni aku dah jarang amek si Alia nih. Yela sibuk program itu, sibuk dengan program ini lagi raya ni open house sesajor. Sampai anak yg call Mak yer tanya "Mak bila nak datang sini.. Tak nak amek kakak ke??" Alololoo shian plak aku dengar..

Teruk betui aku nih kan.. Heee!! Mak sibuk keje sayang... Alasan terbaek! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998