Friday, July 30, 2010

Hari sabtu tanpa plastik

Hari sabtu hari tuh ajak la adik aku ni temankan aku gi jusco maluri sbb nk beli wallet. JUsco biasa la sale memanjang kan. Tu yg bestt tuu.. Hehhehe!!Pilih punya pilihh.. Warna pink juga menjadi pujaan hatiku.. Tapi bukan wallet ni, pink tuh lagi ngancamm wa ckp lu.. Dari jauh dah buleh nampak wallet aku tuh. Heeeeeee!!Amek itu amek inii, dah alang-alang dah gi tu shopping jgk brg keperluan wanita. Ayat cover baekk punya.. Hahha! Ngah nk bayoo tu dia huluq baekk spec semua tuh gitu je., dah la memborong byk ni. heee!!

Aikk!! plastik beg takdak ke??"owh hari sabtu tak bg plastik beg.. "

Alahhhh!! camne ni takkan koo nk sumbat semua dalam hbeg aku kan.. takpe la bayoo ye la bape hengget beg plastik tu sib baik 20sen je!

Dah banyak kali lupe la hari sabtu, hari tanpa plastik. Ade kes juga ngn adik aku ni, beli spentot gak. Aku gi tengok brg kt kedai lain, yg si adik aku ni pi bayoo..

Sekali dia tepon. "Kakkkkkk!! ko kat ner?? Meh aar dtg cni.. Aku malu ni bwk spentot koooo, dia tak bg plastik.." Hahhaha. Yang adik aku ni pon bebal, bayoo je la plastik tuh, ni tak bwk ke hulu ke hilir gitu je.. ihihiihih!!

Sib baik handbeg besauuuu, sumbat je dalam tu sume.. Untung pkai handbeg besau2 ni.. =)



P/s : Jgn lupe bwk beg klu nk shopping hari sabtu yerr.. Kalau nk senang shopping je hari lain, hari sabtu dok umah ramai-ramai.. Haa.. nk kuar dating hari sabtu nnti senang ckit tak jemmm.. hehehhee!! =)

Tak over ke??

Aku telah berjanji dengan adik manis ku ini utk membawanya shopping. Sepanjang dia cuti semester ni memang takde masa keluar berdua sbb dia dengan rajinnya mencari kerja partime. Tu pon kerja cosway kt bwh umah je, senang takyah naik bas segala bagai, jalan kaki sampai. Hehhehe!!

Disebabkan dia sudah bergaji jadi terpaksa bwk dia pergi shopping. Aii tgk je koooo.. Bukan nk belanja kakak dia ni satu baju.. cis!! heeeeeee..Sekarang ni minah ni sgt giler pakai belt okey. Kadang2 aku rasa cam over plak.. ahhahhaa! "nyah, ko tak rasa over ke gaya gini??" Jawapan dengan bongkak dan lagaknya "heyy kakk.. ni fesyen okk.. koo kena la bergaya ckitttt.. ko kena berani mencuba".. hihihi!!

Tapi budak ni memang berani la mencuba.. kalau aku idakk la nk pkai gini pi shopping. Aku klu buleh nk pakai simple yg mungkin, rasa maluuuuuuu sgt bile pkai belt segala bagai. Owh terasa dah tua plakk ok.. hehehhe!

Muka manyak senyum kan. Padahal masa ni mood aku mmg takde, PMS punya hal rasa nk marah sesajorrr. Layan je la karenah dia, sib baik la dia satu2 nya adik perempuan aku.Senyuman itu TIPU!! hahahha..
peace!! (^_^)V
Tudung dia tuuu.. Cantekk je pakai. Aku pun ape lagi try gakkkkk. Pastu tgk cermin, ya ampunnnnnnnnnn!! b0lat nyer kooooooooooo.. Lagi2 piipi tuhh. Haha!

Cis.. takleh nk bergaya ckit, semua tak kena. Kalau kena pon aku pkai, tapi tak confident watpe kan.. rasa cam org semua pandang kite, padahal org lain tak heran pon.. hahah! =P
ok last pic sebelum balik..

Thursday, July 29, 2010

Kedutan wajah heroin filem 'Knight and Day'

Aku kan dah lama tak update jadi byk cerita yg aku dah tgk kt wayang termasuklah cerita ni. Lain-lain cerita aku update kemudian.

Semangat nk tgk cerita ni pun sbb ade Tom Cruise ok. Hehhehe! Huii punya la emcemm mamat ni patut anak dia comey.. Hiks!~
Cerita ni Ok la, kelakoo pun ade dengan gelagat sengal Cameron Diaz tuh. Hee!! Lagi2 masa tom cruise ajar dia pakai gun, semua dia tembak.. Kekkeke!

Masa tgk cerita ni pandangan ku sedikit terganggu bile terlihat kedut-kedut di wajah Cameron Diaz ni, sgt jelas kelihatan. Hahahhaha. Dah tua rupanya dia erk! heeeeeee!!Macam biasa aksi mereka mestilah gempakk.. aii like!!
dari 5 bintang aku nk kasi setengah bintang sajorrr.. =)


Penyakit Kayap.. Help me plsss!!

Korang penah dgr tak penyakit ni??

Adik aku ngadu kata belakang dia pedih macam kena gigit serangga gitu. Pastu makin lama makin membesar plak kat tempat gigitan tu, dah macam kudis/ ruam cam tu la dah mula merebak kat tempat lain. Bile gi klinik doktor bgtau tu sebenarnya penyakit kayap. Doktor bg la ubat segala bagai, kayap tersebut makin teruk lagi ada.

Aku penah dgr juga kayap ni ade byk jenis, salah satunya kayap ular. Kalau dia mula bersambung kira dah bahaya dah, mungkin juga buleh bawa maut.

So, korang tau tak camne nk rawat??? Cara kampung ke?? apa2 je la yg buleh membantu ye.

Macehh!!

Wednesday, July 28, 2010

Berita baik utk dikongsikan.. lalala!!

Ni nk habaq mai kat hangpa semua nih. Masa tu aii ade apointment dekat HUKM, biasa lepas register ape bagai nama anda akan dipanggil utk check tekanan darah, tinggi, berat segala bagaii.

ok.

disini aii bukan nk cerita pasal tekanan darah atau cerita psl HUKM ape bagai..

Cuma..

Nak bgtau yg berat ai sudah turun.. Yahooooo!!

Pelik tapi benar yer.

Memang sekarang selera makan sudah kurang, dengan puasa lagi. Malam pun dh tak makan nasik dah kalau tak balik ke keje terus melantak nasik, opis baru plak dh tingkat 4, mungkin semua itu salah satu faktor berat aku dh kurang kot..

Ke sbb rantai ACK yang aku pkai tu.. Heee!!~

Sambung cerita berat aku turun td. Sgt susah ok nk turun 1 kiloooooooooo tu kooo.. Ntah taktau nape bile berat melebihi 50 kg, hati bagai tak senang. Hahhaha!

Bile dah turun 48kg!! Shuke giler, senyum memanjang kat spital tuh cam org takde masalah. hehehhe! Jgn la penimbang berat kt HUKM tu silap ke rosak plak. Hahhahaha!! Tapi aku pecaya yg penimbang tu betuii.. heeeeeeeeee!!

Tapiiiiiiiiii yang tak turun-turun tuuu tgk pipi tuuu.. Makin kembang plak.. Adoiiii!! Sape nk pipi ni, nah amek la.. ihihiihih!!
Haaa.. dah tau dah petua nk kuyussss. Jgn makan masik malam2! ntah betuii ke tak ni.. lalallaa!~

I'm Back..!!!!!!!!!!!!!

Rindu aku tak?? Rindu tak?? Rindu tak??
.
.
.
.
.
.
Tak??!!

ok fine.
ai tak kisah. Hehheheh!!
Nah!! HAmbekk ko gambo mkn tuan tanah.. Heee!!

Tapi aku yg sgt sgt sgt rindu utk berblogging. Sudah lama rasanya jari jemari ku yang mulus ni tak update. Seyes, sejak bertukar di jabatan yang baru aku tidak ada masa langsung utk jenguk blog yg comey ini, nak jenguk blog korang lagi tak tak sempat.. sedey gilerr!

Jadi lebih baik aku private kan saja buat sementara waktu, takde la korang tgk entry tuuuuuuuuuu je sesajorr.. hahahhaha!

Ok, kini daku sudah kembali.. Tunggu entry entry terbaru lagi terkini dari ku yer.. Muahkkkss utk korang!!
(^_^)

Thursday, July 1, 2010

Tawaf bandar IPOH maaa..

Haritu kan aku balik kampung, pastu dapat panggilan dari abah kat KL menyatakan bahawa makngah abah sakit masuk hospital. Masa balik kampung tu kami baruuuu je lepas ipoh dah nak sampai bukit gantang baru dapat panggilan, kalau tak memang dah buleh singgah ipoh gi melawat..

Bila nak balik KL tu, kami mengambil keputusan utk singgah jgk ipoh, ala-ala dah lalu tu ape salahnya singgah kejap kan. Aku call abah tanya nak masuk ipoh UTARA ke ipoh SELATAN..

"Haaa.. jgn masuk yg utara tu masuk yg selatan tauuu.."

Ok dengan kompident gua tak masuk la simpang ipoh tu ingat ade simpang lagi kat depan tu sekaliii nan adoo simpang masuk ipoh dah. Hahhaha.. Mengagauuu dah carik simpang.. Dahhhh tu terus sampai simpang pulaiii.. Aku gambel masukkk gak, sesat pon sesat la. heeee!!Mama pun call sedara mara kat ipoh tu tanya la hospital mana, kata nya Hospital Ipoh. Ok, sudah tentu ada signboard nk ke hospital Ipoh punya jadi takde la risau sesat ke hape kan.

Masuk bandar ipoh tu nampak la signboard HOSPITAL IPOH, wahhh dah dekat tuh..

Jalan depan sikit, nmpk signboard HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN.

Aikk mana signboard HOSPITAL IPOH nii..?? dah cuak..

Jalan depan lagiii nampak HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN.. ?? Laa.. Mane hospital ipoh ni. Teruskan perjalanan mengharapkan jumpa la kat depan tu hospital ipoh. Bile dah tak jumpa tu mama call balik tanya dorang.

Sekaliiiiii.. Laaaaaa.. HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN tu HOSPITAL IPOH laaa.. Dah tukoo nama ghupenyeee. Ciss!! Dahh berpusing pusing satu ipohhh, padahal dah 2 kali lalu hospital yang sama. hehehehhe!!

Sampai juga akhirnya hospital itu, dan dapat parking dengan mudahnya.. Alhamdulilah!Inilah Makcik Abah dan Nenek sedara aku.. Aku suka sayang pipi dia, wangiiii bau bedak. hehehhe!!
Masa sampai pon belum waktu melawat lagi, kira bagus gak sesat tadi takde la menunggu lama kat hospital ni nak masukk. Dah la ramaii, berebut2 kooo nk masuk lif. Hahahaha! Dah dapat masuk lif tu rasa nk sesak napas aku, dah la tingkat atas sekali.. Macam2 bauu adoo.. lalallala!~
Kami berada di sana hanya 1 jam sahaja kerana harus pulang ke KL kalau tau tgh mlm plak sampai kan. Aku bile nampak katil ni otomatik jadi ngantok baikk gerak cepat.. heee!!~Bagus sebenarnya sesat ni sbb serba sikit kita tau jalan2 kat ipoh tu kan kannn.. Lenkali kalau nk pergi dah senang sebab dah tauuu.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998