Friday, December 10, 2010

MAHA 2010

Hey korang! gi tak MAHA harituh?? best kan. Ishhh rugi la sape yg tak pergi tuh.. Heee!! Memang la ada orang kata sesak lah, panas lah tapi bukan selalu kita dapat pergi dan bukan selalu kita dapat tengok apa yang mereka pamerkan. Seyes rugi macam-macam adoo.. ^_^

Masa mula-mula aku pon cam malas giler nak pergi, sbb ingat cam pertanian ke hape ntah. Paklang lalan dah pergi dulu, dia kata best tu yg pergi terjah juga tuh. Tu pon sbb orang opis yang buat, harap nak pergi sendiri. Kirim salam saja lah.. Heee!!Sgt byk yer pokok orkid di sana. Sgt cantikk!! Geram je rasa nak bwk balik semua. hehe!
Cuaca?? Adalah sangat panas terik yer. Uiiiiii.. nasib la migrain aku ni tak datang, kalau tak spoil nak jalan ok. Nasib juga aku bawak payung atas nasihat paklang lalan. Kalau tak mahu sakit pala dan kulit akan menjadi agak legam.. hiks!

Kalau tak silap ade hall A, hall B, Hall C dan Hall D. Mak aihhh! besar ok tempat tuuuuuu.. Sumpah! tak larat nak jalan.. Tak pusing abes pun sbb dah penat gile babengg.. hohoho!!

Tgk anak anak penyu yang comey neh, rasa nak pegang je. Tapi sayang nya tak buleh yerr.
MAHA 2010 - Inovasi Pertanian Pemankin Pembangunan.. =)
Jalan dalam dewan ni lama sikit sbb sejuk ada ekonn.. Hihihii!! Kalau buleh rasa takmo keluar-keluar dah, panas.. Hehhehe!
Nyesal pkai kemeja kalau tau ku pakai je t-shirt. Peluh kemain byk.. Rimasss!!

Haaa.. nak solat plak tak sediakan telekung kut. Tak bwk plak telekung, masing2 macam susah je nak kasi pinjam tuh. Lepas solat cepat2 simpan, nampak noo tak kasi pinjam kan. Mujur ada budak perempuan ni kasi pinjam telekung, maceh adik.. Moga kamu dilimpahi rezeki yg byk dan dirahmatii.. =)
last gambo orkid! Byk gambo lain sebenarnya tapi malas nak tempek.. =)

Janji kol 3 dah ada kat bas. Belum kol 3 masing-masing dah kumpul, siap call driver tanya bila nak balik. Hahhaha. Tgk tak betapa malas nya kami nak jalan dah.. =P

1 comment:

nesloais said...

expo maha ni mmg letih.. 1 hari mmg xcukup nak explore sumer.. tambah2 pulak kalau pegi hari tu.. ujan lebat.. yg kayanye abg jual payung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998