Friday, November 26, 2010

William oh william..!!

Pernah pergi makan kat william tak??

Alah.. Kat kelana jaya tuhh, yang menu dia semua pelik-pelik dan gelas plak besar gabakk tuh. Penah gi tak?? tak penah??? ish rugii.. hihihiihihh!

Ini adalah kali kedua yer jejak ke sana. Kali pertama ikut budak-budak opis, berbijik bijik kereta jugak la pergi. Masa tu kan terkejut jugak tgk tempat dia, tepi jalan plak tuh. Cam eyh eyhh sini ke dorng bwk aku makan. Cam kedai makan cina je??? Halal ke?? heehee.. Tapiii memang penuh dgn manusia sesajorr!!!

Masa tuh kata kali pertama so taktau lagi nak order ape nak makan ape. Dengan bantuan uncle william tuh, apa yg dia rekemen semua ok je. Bila dah kali kedua ni, dah search dulu dalam tenet n baru order.
Family Kak Awin & Ijam. Anak mereka sgt comey kan?? >_< yg dibelakang itu pengaco je.. En Fadly & Acik Mohni.. Hanya kami sahaja yg pergi, naek kereta alza baru acik mohni. Hahhahha! dapat gak merasa naik kereta baru.. Itu pun sbb kena paksa, yela takkan nak bwk byk2 kereta kan, jadi bila dia ikut naik satu kereta ckup.. hiks!
Sebab utama nak sangat sangat dan sangat pergi ke William tuh sbb?? Air seraiii nehhh. Perghhhhh!! sedappp ok sedapp. Seyes! tak main-main..

Ingredient korang buleh tgk sendiri kan yg bersepah sepah dalam air tuh. Serai, lemon, daun pudina, laici (tak kedekut yer buah laici tuh macam buh satu tin je.. hehhee), dan air soda.. Hasil dia sgt Wowwww!! gi cuba kalau tak caya.. lalallala~~First time minum masa gi mula-mula dulu. Tu pun rasa air orang je, pastu terus teringat-ingat air serai ni. Sbb tu merengek-rengek ajak dorang gi makan kt william ni lagi sbb penangan air serai ni lah.. Nak pergi sendiri taktau jalan, lupeeeeeeee.. heee!!

Tgk muka excited!! Kali ni tamak plak tuh taknak share, semua amek sorang satu. Hahha! Gelas dia kemain besar lagi, mau kembong air je neh. Bila dah dapat minum tuh.. Ahhhhh! leganya.. sedapp!
Air Acik Mohni yang tak sedap. Hahhaha! Ni uncle tuh lah rekemen ni, air halia ape ntah. Rasa axion sabun basuh pinggan tu pon ada gak. ahhahahha!! Sebab tuh muksa dia jadi gini.. =PAir rebina plus laici. Air untuk budak-budak.. hihihi!!Meh! mari lai lai laiii tengok menu yerrr. Semua adalah dalam portion yang sangat besar ok! Satu pinggan buleh share dalam 2 atau 3 orang. Tapi malam tuh taktau jin ape dalam badan kiteorang ni, semua tamak amek menu asing-asing dan sorang satuu.. Woooh0ooo! Nak abeskan tuh bercinta yer, rasa nak muntah balik.. kekekkeke!!

Mixed Grilled!! Ijam punya. Dia buleh abeskan sorang ok. Hebat!
Encik Fadly punya. Ape ntah menu ni, search la sendiri kat tenet.. haha!
Makanan Acik Mohni.. Mula-mula kat opis nak plan nak makan Mixer Grill, pastu sampai sana sama menu dgn si Ijam. Uncle william soh tukar lain dia pon ikut.. sekali haaa koo jenuh nak abeskan.. Hahhaha!Aii punya. Burger je! hahhaa.. Sampai dorang ckp "erk elehhhh!! dtg jauh-jauh makan beger je, kat ampang pon adoo.." Agak kurang sopan disitu... Hehhe! Masa search tenet tuh beger dia nampak special, tu yg amek menu ni.. Tak abessssssss ok! Nasib org org sebelah buleh abeskan.. hihihihi!!
Makanan Cik Daniah. Ciken ape ntah yg pasti ciken itu bahagian dada. . =)Haaaaaaaaaa!! menu kak awin. Seafood spegetti kuttt. Ohh woo! Gile byk dia punya seafood dan ketam itu sgt besar. Kak Awin kata susah nak makan sbb penuh sgt. Hahhahah! Mahal?? susah tentu la, bak kata kak awin rasa nak bawak balik dengan pinggan pinggan tu sekali.. heeee!!
Ijam yg tak sabo nak makan sampai encik fadly naik terliur kott.. hee!!Aummm!! hihihiihh..
Posing sebelum makan.. Muke selepas makan tak amek sbb masing-masing dah kenyang sgt sgt! hehhee..Nampak tak muka kepuasan terpampang di wajah aii nehh. Puas lah sbb air yg di idam-idamkan dah dapat juga.. kalau tau pergi sendiri takde la nak ajak dorang ni. Pasni kalau soh pergi sendiri ni haram nak ingat jalan. hahahha. Ouh lupe laa!! ^_^
Dengan vangga nya dapat minum air ini.. Lallallala!!~~

Abes!!!!!!! tapi bukan aii yg abeskan org org sebelah juga yg abeskan.. Hahhaha! Yela nak minum sorang mmg taklah. Giler punya besar lenkali mintak gelas kecik je utk aku. Heeeeeeeeee!!

Sape nak belanja aku kat williams ni gerenti tak tolak.. Rejiki rejikii... muehehehhe!

10 comments:

mEiZ SHA said...

sgt dekat da ngan umah kite..
williams n murni ss2
adek beradek..:)

sedap kan food dia..air paling special kan..:)

cha said...

sedap kan.tp i selalu mkn yg murni kat ss2.pastu dorg ada bukak baru kt kelana jaya tak silap.portion dorg byk giler

Wawa_Nadwa said...

mEiZ SHA :

yeke!
bleh la ari-ari makan sana.
haha!

sedap kan.
takleh nk ckp ape dah.
Sedap sgt! hhehhee..

momguess said...

food yg sgt best

mEiZ SHA said...

memang..
kalau g..cari plak MURNI SS2...


pesan PNIK PANTHER drinks!!
I LOVE U
I MISS YOU
I HATE YOU pon ada tau..:)

Wawa_Nadwa said...

momguess :

yeah u rite kak!
hehe!

Wawa_Nadwa said...

cha :

oh yeke.
harus terjah sana plak ni..
pastu yg pasni kena time gaji.
hahaha!

Wawa_Nadwa said...

mEiZ SHA :

oh baek!
pasni nak try MURNi tu plak.
yg pasti kena ada org bwkkan.
nk gi sendiri jgn harap la.
hrp2 ada org sudi bwkkan nanti..

ohohohohoh!!

Seyesss! ada air tuh..
kompom air I LOVE U tuh yg wawa order..
hiks!

Hezesuze said...

jauh nye uols...kalo dekat sure akak dah terjah ahakss

Syam Komeng said...

nanti g try honey melon lak...sedap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998