Thursday, November 25, 2010

Tak malu oh nak baju orang..

Adik lelaki aku sorang ni, mulut dia ni takde insurans tau. Kalau dia rasa nak sound slamber badak je dia sound org. Kalau dia kutuk org, kaw kaw punya dia kutuk tu. Kadang rasa nak tampo je mulut dia laju-laju tau. Hehhehe!!

Haa tapi yang penting, dia tak penah komplen ape yang aku masak. Dia bedal je. Adik lelaki yg kecik tu yang suke komplen. "Kakkk, tak rasa la ko punya nasik gorenggg, tak boh garam ke..bla bla bla!!" lallalalla!!Hari tuh Incik Lalan pergi bercuti ke phuket, jadi ade la belikan aku ole-ole.. Heee!! Nampak tak baju yang dipakai oleh adik ku ini. Aku dapat 2 helai t-shirt dari Incik Lalan. Yang tak tahan tuh, budak neh yang excited cuba baju org. Tak malu oh!
Siap bergaduh-gaduh ok berebut baju ni. Hhahahha! Kebetulan saiz baju memang saiz dia lagi aar dia nak sgt.. sampai takmo bukak ok. Si kakak ni la gegeh bukak kan.

"eyh kooooooooooo ni tak malu ke haaa nak baju org.." kakak yg tengah bengang!

"aku memang tak malu pon.." Uwaaaa!! jawapan yg agak kurang hajor. hahahha! Lagi-lagi dia buat muke gini, aku rasa nak terajang je ok. Nak marah terus gelak gile-gile!
Adehh! adik badik memang cam gini. Gaduh ke gurau ke memang kasar giler, dia sekali debik kakak dia ni, nanges aku. Saket oh! walaupon dia tampar manja je pon. Tangan cam hape taktau lah.

Dia ni kadang kelakoo gak. Tengok mood dia. Kalau mo0d sewel dia datang, suke buat gaya laki lembut n suke menyakat sampai org gelak. Kiteorang kat rumah ni gelak sampai nk terkencin je tgk.. Hihihihi!

Dia ni agak manja walaupon dah tua bangka, taktau la manja ke malas. Nak makan, jangan mimpi nak amek nasik sendiri. Semua nak kena hidang. Malang sape jadi bini koo.. Haha!

Nak basuh pinggan sendiri pon susah, kdng tuh singki penuh dia cuci pinggan dia je. adehh!


6 comments:

m!da BucHuxX said...

hee. . gelak guling2 bace entri niy, sebab sebijik cm mida ngn adik mida.tapi ader terbalik ckit.mida yg suke curik tee dea.dea tak nah pun nak pkai tee mida .hahaha. .best kan .aritue , dea pergi johor.baru bape ari da rindu.hee:))

lily lotus said...

ekekeke..sabar jerlah..lelakikan gitu

Wawa_Nadwa said...

m!da BucHuxX :

hahaha,,
biasa la adik badik mmg gitu..
baju ko baju aku gak.. kan kan kan..

tu la time gaduh cam menyampah je tgk muke dia.. tapi bile tak jumpe rasa rindu je nk gaduh.. hehehe!

Wawa_Nadwa said...

lily lotus :

tu lah.. geram je kdng2 tuh.. heheh!

mEiZ SHA said...

hahahah
sama je mcm adik saya..:)

pilotHans said...

ori brape bath?pi krabi aritue carik xjupe..haha..carik yg xori laa...coz yg ori jual kat hardrock jer kan....

klo x ori n cheap nak gak leh x? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998