Tuesday, November 9, 2010

My Mum as Library Assistant

Ecececceehh! Tajukk tak agak-agak.. hee!! =)

Dulu masa sekolah dulu sumpah aku tak tahu mama keje sebagai apa. Kalau nak tulih dalam borang kat sekolah mesti blur sbb kejap receptionist pastu library assistant pastu tertiba kang mengajar budak2 kraf tangan bagai.. Aihh pening pening!!

Mama kerja di mana takyah aku mention disini yer..
Bila dah besau sikit baru paham tugas mama yang sebenar. Hehehe!!

Dah 26 tahun mama kerja disana. Cuba bayangkan. Lepas SPM terus berhijrah ke KL, first interview n kekal sampai sekarang. Hebat kan???Takde besar dan tak kecik sangat, kata childrens library so takyah besar-besar kan. Bestt oh rasa aman duk sorang-sorang dalam ni, nk tidur pon buleh. Hehhehehe!!

Aman memang aman tapi sgt menyeramkan ok bila mama cerita masa hujan je mesti bulu roma meremang dok sorang dalam library ni. hee heee heee!! Tapi mama dah lali pon yela bape tahun dah kerja sana kan..Mama juga terlibat bahagian event, macam children party ke, lantern party dan byk lagi lah, mama yg akan handle. Lagi-lagi berkaitan dengan kraf tangan. Tidak dinafikan mama aii seorang yang sgt kreatif, ada je idea baru dia buleh reka dan ajar kanak-kanak kecil buat kraf tuh. Kadang macam tidak percaya mama aii yang buat. Oh sgt hebat !
Hari jumaat haritu, saja call mama tanya dah makan ke belum. Sekali mama ajak lunch sama, yela tak penah kot kuar lunch sama dengan mama kan.. Ok je! Laju je drive ke sana, mama ajak makan ayam penyett.. =)Hari jumaat adalah hari yang aku rehat paling lama jadi kol 12.30 dah cauuu gi opis mama sbb mama hanya buleh keluar jam 1 pm. Lepak-lepak kejap kat situ, dah rasa macam "ya rabbiii! Bosan nya maa.. ada pc tenet takde?? pastu dok sorang-sorang..." ish mati kutu disituu..
Bayangkan la ko tengah dok sorang-sorang nih nampak plak org ngah membaca, pastu hilang dari pandangan. Oiii mau aku larik lintang pukang sampai tak ckup tanah.. hehehhe!!
Model library lantik sendiri je.. Hehhee! Lapo lapoo j0m makan ma oii..
See see! Chantek tak?? sape buat?? dah tentu mama ai yg buat. Gambo terbalek plak, sila terbalek kan kepala anda utk melihat nya dgn lebih jelas..
Coffee House.. Tempat kerja lama ku dulu. Tu masa zaman muda remaja, masa rambut rebonding. Hehehehe! Byk kenangan manis kerja disini.. Wenduu sgtt!
Mak keje library, anak semua malas membaca. ish ish ish.. hehehheheh!!

1 comment:

Hezesuze said...

bukan cam emak & anak uols dah macam kakak n adik gtew..muda selalu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998