
Sinopsis
Filem Magika ini mengisahkan dua beradik yang mengharungi hari-hari suram selepas kematian ibu mereka. Malik (Fimie Don) merasa tertekan dan menyalahkan diri sendiri atas kematian ibunya itu. Suatu petang, Malik bergaduh dengan kakaknya, Ayu (Diana Danielle) dan membawa diri ke hutan. Tanpa disangka-sangka, Malik tersesat di hutan dan dia berada di dimensi lain yang dinamakan Magika.
Setelah terdengar jeritan Malik meminta tolong, Ayu segera mencari Malik, tetapi beliau turut terperangkap dalam dunia Magika. Masalah bertambah rumit kerana Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya, Awang Kenit. Malik digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan wangian dari tangisan kanak-kanak.
Ayu terpaksa menghadapi banyak cabaran dan halangan dalam misi mencari dan menyelamatkan adiknya di Magika. Semasa pengembaraan di Magika, beliau terjumpa dengan watak-watak dalam lagenda Melayu seperti Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mahsuri dan Batu Belah Batu Bertangkup. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang sudi membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.
KOMEN aku:
Ok ni pendapat aku la erk. Filem Magika ni takde la seteruk seperti anda semua sangka kan. Biasa la ada segelintir masyarakat kita nih mesti akan ckp "alah! filem melayu semuanya sama je.." Pandangan yang negatif sesajor tapi aku rasa hasil kerja Edry Abdul Halim ni buleh dibanggakan.
Jalan cerita yang tak serabut dan grafik sgt hebat! cantek tol permandangan dlm cerita tuh, macam di alam fantasi gitu! Watak yg terserlah iaitu Diana, Fimie, Mawi dan Ziana Zain sahaja lebih menonjol berbanding yang lain mungkin sbb watak yg lain terlalu sedikit k0t.
Lagu-lagu plak semua best best takde membosankan pon. Terhibur!




1 200 mengkritik !:
lom ade peluang lagi nak g tgk..aritu fullhouse masa nak g..
Post a Comment