Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan Maut Di Simpang Ampat

Malam malam semalam kot tengah makan sambil mengadap tv tgk buletin utama. Kes hangat minggu nih kan berkenaan eksiden bas kat simpang ampat tuh. Kemalangan paling teruk!
Masa nak suap nasik tuh kan aku buleh nak nanges ok tgk berita tuh, sebak sgt. Sgt menyedihkan!! =(

Kita buleh bayangkan la mesti laju gile-gile bas tu sampai buleh melambung ke laluan bertentangan. Lagii aku sedih tgk Myvi merah yg terhimpap oleh bas tuh. Alaaaaaaaahai!!Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Tapi seyes la kalau aku balik kampung drive kat highway, kadang-kadang kita tgk bas nih lagi laju dari kita. Mmg laju tu tak buleh dinafikan. Byk kali dah pon tgk bas laju nih tapi rasanya pihak sepatutnya perlu memandang seyes menda ni. Had laju utk bas patut dikurangkan bagi keselamatan org lain.

Tak sanggup la tengok atau dengar cerita-cerita sebegini lagi..

Mari kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada semua mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa yg terlibat..

Gambo ihsan : amazingnara.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998