Wednesday, August 4, 2010

Filem Inception - Tak Paham!!!

Masa aku cuti isnin harituh, pi la Mid Valley tgk cite Inception nih. Mula nk tgk 'Salt' tapi belum ditayangkan lagi. Semangat gi isnin konon tak ramai la orang, tak ado makno eyh. Masih ramai okey. Dorang ni tak keje ke erkk?? heee..Dari mula sampai la ke penghujung cerita tu aku tak paham langsung. Seyes!! hehehe. Tanya org sebelah "awk paham tak??". Dia juga sama seperti ku tidak paham. ahhahahha! Ok takpe ade geng tak paham.

Ada juga ketika cuba utk memahami tapi sayangnya tak buleh. Hee!! Slow betul la aku ni nape la susah nk paham. Ke korang yg dh tgk tuh paham tak?? tolong jelaskan ckit.. hiihih..
Filem Inception ni berkenaan dengan teknologi canggih manggih yang buleh masuk fikiran manusia dalam mimpi. Mimpi dalam mimpi gitu. Ntah berapa mimpi koo masuk pon aku taktau la. Hiks!

Cam Avatar juga, jasad sebenar tido tapi dalam mimpi tu mereka bekerja. Lebih kurang cam tu lah. hahhaha. Susah nk terangkan.. =P

Herannya, aku tak bape nk paham ape motif sebenar Leonardo DiCaprio (hero) tuh. Ape yang dia carik?? Apa yg dia mahukan pon den taktau sampai la sekarang. Hahhaha! Soo lebih baik takyah tgk la. Takat nak tgk grafikk dorang tu, sila kan. Memang TERBAEKK!!!



Kasi bintang dari 5 sajorr!!

3 comments:

Hezesuze said...

lenkali pergi ngan mr Lan sure uols paham jalan citer...mihahaha

**larik setempat

Wawa_Nadwa said...

kak heze :

wawa mmg tgk dgn lan la kak.. hehehhe!

Kasawari said...

1/2 jam pertama.. leh tidur tgk citer ni.. pastu baru best.. tapi mmg tak faham.. umpama mimpi dalam mimpi dalam mimpi... 3 layer tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998