Monday, May 10, 2010

26th Anniversary Staff Dinner

Malam hari pekerja yang lepas ada dinner kat tempat keje mama. Walaupon sudah 10 hari berlalu, ai baru nk publish entry ini sbb takde idea langsung nk buat. heh! =)

Mama dah kerja kat sana dah 26tahun yerrr, masa bujang sampai la dah beranak pinak masih kerja disitu. Kat sana la pertama kalinya mama interview dan terus dapat kerja, kekal la sampai sekarang, kira rezeki mama disana. Orang lain dah tukar kerja lain, mama masih disitu walaupon byk cabaran dan dugaan tapi mama still kuat bekerja demi menyara keluarga. Dikesempatan ini aii nak ucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada mama aii, Mama Masitah, dan semua mama-mama, ibu-ibu, emak-emak, mummy-mummy, umi-umi di seluruh dunia. (^_^)Tema pada malam itu adalah 1 Malaysia. Jadi macam-macam pesyen adoo. hehehe! Mereka adalah yang bertanggungjawab pd malam tersebut. Mama kan setiap tahun sibuk utk apa-apa event kt tempat keje dia ni. Kadang tu sampai geram gak, asyik mama je jadi committee cam takde orang lain kan.
Bile mama dah sibuk kehulu kehilir sudah tentu aku akan keseorangan kat meja. Yela partnerrr aii sibuk bertugas.. Hehhehe!!

Nasib baik duduk sebelah Aunty Su, takde la segan sgt. Aunty Su ni mak kawan aku, Sham. Ingat lagi dulu lenjan kete mak sham ni, sampai kena marah ok. Huhuhu!! Yela ajak kuar dating pinjam kete mak, tak psl kena marah. hahahhah! adoii kelakar.. =PSorang dari sabahan, sorang dari pakistan, sorang dari india. Keh keh keh!!
Elok la pasangan bollywood. Kajol & Shah Rukh Khan.. Hahhaha!Abah adalah Juri utk karaoke. Sgt sibuk malam itu mengira dan mengadili peserta karaoke.. Ade sorang peserta itu nyanyi lagi Andai ku undurkan masa kot tajuk dia. hehee. Memang besttt. Ingatkan dia yg menang, tapi tak la dpt no 2 je..
Masa amek gambo ni, abah bgtau la pakcik baju putih ni.. "ni la anak saya" Owhh tak percaya koooo.. ingat adikkk. Yerr itu bapak sayerrr.. =)
Aunty Bib & Mak Siah. Masa aku wat part time kat coffee house kat situ, Mak Siah ni tukang masak jadi koo order je ape-ape mesti mak siah akan masakkan.. Paling sedap Char Kueh Teow. Sekarang dh pencen tapi hadir juga bagi memeriahkan majlis.
Farah & Sarah. Sarah sedang peknen, comey je perut dia. *_*
Jalil & Iera. Iera dulu aku keje sane masih budak2 lagi yer. Mak nyer supervisor kt coffee house tu jadi si Iera membesar di sane gak. hee!

Ingat lagi dulu, bos aku Chef Foo tegur cara si Iera ni jalan "Heyy!! Napa u jalan macam itu . U pompuan haaa, kena jalan kepit kepit, tak cantek jalan kangkang." Hahhaha. Kurang asam itu bos. Hehehhe!!Dulu bos tegur sikit aku nangis, haha yela tak penah keje mana-mana br pas spm, bos marah bukan main kuat, aku kan kuat sentap beb. Sooo aii jadi sangat dimanjakan keje kat coffee house tauu.. Bestt sgt.. Bos siap tanya "Mahu makan ape, pegi order" Aku order steak sesajorr, yg goreng2 dh salu makan. Hahhaha!

Raya lagi syiokk, duit raya dpt byk. Bos cina ni tak kedekutt, bg duit tu cam takde perasaan je tu yg best gilosss tuhh. Hehhehe! Aku memang seronok keje kat sana, walaupon penat keje dari pagi sampai malam tapi keje tak penah tension, enjoy lagi ade.

Abah yg suruh aku berhenti sbb kesian tgk aku keje dari pagi sampai malam, padahal mmg aku nak pon, gaji masyukk time tuh. yela nak buat rebonding, kena la keje keras sikit. Hahha!

"Uncle Foo, saya mau benti keje lah" "Hahhh??? Nape u mau benti?? Gaji tak cukup kah?? org kaco u kah?? Penat kah?? " Byk soalan ok. CKp nak carik keje lain, keje tetap buleh ckp "takpe takpe jgn benti aii bg u keje permanent kat sini" eiii takmo la keje situ selamanya kan, tidak menjamin masa depan, kalau takat suke-suke buleh la.. Heee!!

Suka tgk KAk Abby ni punya sari manyakk cantekk wooo.. Suweet sgt!

3 comments:

ChiLaBaey's said...

Wawa tema apa...??? Hehehehe... gurau jer... :)

atty's said...

meriah dinner nya ..lawa mak wawa ngn dress nya .ala kajol..

Rashid said...

ermm.. naper wawa tak pakai sari? alaaa.. nak nengok wawa pakai sari.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998