SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
Serius, balik je tadi online fesbuk terkejut dengan berita ini.. hmm.. Acik yang popular dengan lagu duet bersama Nana Memori Berkasih, Paling Comel, Gurauan Berkasih, dan dll..
AL-FATIHAH.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

3 200 mengkritik !:
Satu lagi pemergian yang memeranjatkan... walaupun tak minat dengan beliau tetapi ianya juga sebagai penyeri dalam industri muzik tanahair... Al-Fatihah untuk beliau... :(
innalillah....dan alfatihah.tak sangka..
pemergian yang memeranjatkan... semoga rohnya dicucuri rahmat..
Post a Comment