Thursday, March 18, 2010

Pergi tak kembali..

Atuk sedara ku telah kembali ke Rahmatullah semalam. Meninggalkan kami buat selama-lamanya.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AL-FATIHAH.

Arwah sudah terlantar kat hospital dalam 1 minggu camtuh la, tidak sedarkan diri. Terpaksa menggunakan bantuan mesin. Dgr cerita jatuh kat bilik air..Takde pape sakit serius pon.. Nak kata sakit tua, takde tua sgt. Masih kuat lagi.. Mungkin akibat jatuh tu kot, terhentak kuat pada kepala..

Balik je keje aku dan mama hari2 terus ke hospital melawat arwah.. Sib baik hospital ampang dekat dengan rumah jadi takde masalah tuk kesana..

Ada aunty berbangsa cina disebelah katil atuk ni, menangis teresak-esak.. Ingat sedih ngn suami dia, rupanya dia sedih tgk atukk.. Datang dekat katil pesan kat aku "Ckp2 dengan u punya ayah.. Dia hidup lagi tuh.. Dia dengar ape yang u cakap.." Aunty tu ingat tu bapak aii.. Menangis beria-ria aku plak yang sedih tgk.. hmm..
Bile terima berita pemergian atuk semalam, kami redha.. Sehari sebelum meninggal tu mak dah kol soh semua datang tgk sbb dah nazak..

Mandi dan kapan semua dilakukan kat hospital. Sebelum kapan tuh, semua ahli keluarga dipanggil utk menatap arwah buat kali terakhir. Masa ni sedih sgt2.. Seorang demi seorang cium arwah, bile mak soh aku taktau napa taknak.. Takut airmata ni kena, tak baik plak jadi lebih baik takyah..

Dikebumikan di tanah perkuburan kg cheras baru..

Terima lagi satu berita dari Shahrol.. Dia sms bgtau Ali adik kpd matnor meninggal. Huhh.. terkejut lagi.. Ali dan Mad nor kawan aku, mereka ni adik beradik.. Dikabarkan meninggal dalam tido.. Ingat nk singgah umah arwah sekejap tp tak sempat, sbb baru nk wat post mortem.. Dikebumikan kol 6 ptg.

AL-FATIHAH. semoga arwah ali juga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amin.

Semalam kira penat sgt2, dengan panas lagi mau leh tumbang. Harini keje pon cam tak bermaya je. Mau cuti lama lagi buleh?? =P

7 comments:

Lifesaver said...

Takziah wawa. al fatihah. moga rohnya sentiasa di bawah rahmat Allah

sasha* said...

al fatihah :(

adenium said...

alfatihah untuk semua yang pergi... semoga terus dirahmati di sana....

nUR_rOsALiNdA said...

al-fatihah
semoga rohnya dicucuri rahmat
amin

ChiLaBaey's said...

Takziah diucapkan... Semoga kedua2nye dicucuri rahmat hendaknye dan diletakkan dikalangan orang2 yang beriman... Itu yang dinamakan ajal maut ditangan tuhan.... :)

ciK LyndaWawa igUana said...

takziah....
al fatihah untuk beliau
semoga roh dicucuri rahmat

Rashid said...

Alfatihah utknya..

Moga rohnya bersama golongan orang yang beriman..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998