Sunday, March 28, 2010

Genap 5 tahun (update!!)

Update : lima tahun laa.. Aiyakk.. kira pon salah ka.. Hahahha!

28 Mac 2005,
aku melapor diri di tempat keje aku sekarang ni..
dan harini genap 5 tahun aku keje sini..
Takyah la sebut kat dalam blog ni aii keje dimana kan..
Yang dah tahu tu ok la, yang taktau tu buat2 la tahu erkk. Heee!!

Pejam celik pejam celik tak sangka dah 5 tahun.
Kalau ada anak tu dah sekolah tadika dah. Muehehehhehe!

Macam-macam yang aku belajar bekerja kt sini.. Tahun pertama aii ditempatkan di bahagian marketing, selalu keluar out stationn buat pameran. Hari kedua koo keje dah kena pi Ipoh buat pameran. Dah la taktau ape2 lagi masa tuh. Best mmg best dapat keje luar tapi sangat memenatkan. ^_^

Tahun seterusnya macam-macam keje aii buat, kira semua keje koo bg je aii tau la. Haha. Bukan belagak tapi bagus gak kita buat keje orang, atleast dapat gak belajar kan.. Memang seronok!

Paling mencabar bile koo kena masuk meeting amek minit.. Waduhhh! Nyampahhh aku nk buat minit.. hahhaha! Nk buat ayat yang terbaekk tu, alahaiiii buleh migrain tau dakkk.. heee!!

Kenangan paling indah pada 28 ogos 2008, bile aku dapat jawatan tetap. Ya Allah.. Tuhan je yang tau bertapa gembiranya aku. 3 tahun 5 bulan kontrak dan akhirnya diserapkan ke jawatan tetap. Bukan senang juga nak tetap tapi mungkin rezeki aku disini.. Syukur Alhamdulilah.. =)

Penah gembira, penah menangis, penah rasa macam2 kat sini.. Semuanya satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Hubungan dengan rakan sekerja semua bagaikan satu keluarga.

Pasni mungkin 'transformasi' akan berlaku dijabatan kami. Jadii ade staf yang pi sana pi sini ntah mana2 dihantoo nyerr.. aihh! aku akan ditempat kat jabatan mana pon aku taktau lagi. Tak kisah la campak mana pun janji jangan ke Skudai sudaa.. Ai tak rela u.. Hiks!

InsyaAllah, aku akan meningkatkan mutu kerja aku dan menjadi lebih bagus dari harini.. lallalala!!




3 comments:

atty's said...

keje elok2 ye wa..

Rashid said...

hah! begitulah baiknya wawa. Walau di mana saja kita ditempatkan. Kerja tetap kerja.. cuba buat yang terbaik demi organisasi, kepuasan diri dan periuk nasi..

mayriemariam said...

waa....syabas babe.....hope after dis u will dinaikkan pangkat....hehhee....jgn lupe bnje aku n kwn2 yg len......syai open table weiii....haha.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998