Sunday, February 28, 2010

Arwah Syafia Humairah Sahari

Comel kan??Tika menatap wajah kanak-kanak ini, hati ni jadi sayu..
Sedih..
='(

Nakk meneruskan entry ni pon rasa tak sangup, airmata bagai nk tumpah mengenangkan nasib yang menimpa kanak-kanak comel ini..

Kejammmm!!
Itu yang buleh aku katakan kepada org yang 'bunuh' kanak-kanak yang tidak berdosa nih. Tidakkah ada rasa sifat perikemanusiaan, rasa kasihan, rasa sayang kepada kanak-kanak ini.. Geram.. Ishh!!


KUALA LUMPUR : Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
JENAZAH Syafia Humairah dibawa utk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Al-Fatihah

7 comments:

maiTuty said...

al-fatihah..
mmg kejammm!!
cian dye..

ChiLaBaey's said...

Semalam sedih betul tengok berita tentang budak ni.... Org yng sakit mental jer yang berfikiran macam ni.... Harus dihukum mati juga menyebabkan kematian.... :(

zakariatuansembok said...

aku tak tahu nak komen apa tapi kalau manusia tak mungkin bertindak sebegini ...binatang pun tak buat macam ni kalau tak di ganggu .

ciK LyndaWawa igUana said...

bodohla manusia..takde keperi manusiaan...

Lifesaver said...

mmg sangat kejam!

Anonymous said...

ciannye

Lynn Nasir said...

salam kenal,

ironinya, syafia dilahirkan oleh wanita seperti itu, bapa seperti itu dan berkeluarga dgn datuk-nenek seperti itu.

alhamdulillah, hikmah di sebalik semua ini ialah, syafia kini selamat dalam jagaan Allah swt.

dipinjamkan sementara utk menguji manusia2 lain yg mengenalinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998