Monday, January 18, 2010

Berjinak dalam dunia perniagaan..

Perghh!! Tajuk cam adoo bussiness besauu je.. Hahaha!

Aku sebenarnya bukanlah orang yang minat dalam dunia perniagaan ini. Tak pernah terpikir pun nk jual apa-apa sbb aii ni jenis pemalu ckitt. Hahaha. Buleh ke kasi alasan 'pemalu'?? Hehe.. Yela ko nak kenal jual barang dagangan ko kat orang?? Ko kena promote?? Aku ni jenis cepat mengalah, takut tak terjual, takut tak laku dan sebagainya. Semua yang negatif je yg ku pikirkan. Heeeeee!!~

Terima kasih pada kawan2 yang beri sokongan. yang belii n borong baju2 aku semua.. Hehe.. Membuatkan aku lagi semangat nk berniaga lagi pas ini.. Lalallala!~ =P

Mula2 makcik aku yang cadangkan
"Kak.. taknak jual baju2 ni ke kat opis??"

"hmm.. Dorang tak pakai kemeja la, pkai baju kurung, baju kebaya je.."

"Try la jual mana tau laku ke??"

"Hmm.. Segan laa. hehehe! Ok la.. bwk je la.. Akk bwk 12 helai dulu yerr.."

Tak sangka plak mendapat sambutan yang menggalakan drpd budak2 opis.. ok2 korang tgk dulu baju2 yang aii jual erk, tak terpikir lagi nak jual online pon, masih belum bersedia.. Saje je suke2 niii.. Ok gambo tak amek byk pun.. Antaranya.. =)Yang nii aii amek dulu.. =)Hijau ni mula2 nmpak pelik juga warnanya tapi bile dah pakai nampak terletak dan cantek gak..Terserlah sikit warna yang ni.. =)
Sesuai juga jika dipakai dengan vest ni.. Tapi adik laki guwe ckp "kak, dh macam pelayan aku tgkk.." Kuang hajorr huh koooo aikkk.. haha!Owh yang ni tak jual lagi guwe sudah amek dulu.. Heh! Susah nk jumpe baju gini.. Minat pon sebab ada tali di hujung lengan itu... Baju ni pon ada koyak ckit, takkan nk jual plak kan.. =PNi pun masih belum putuskan nk amek je nak jual?? besar utk aku tapi.. hurmm.. cam nk amek je.. =P
Baju kemeja yang aku jual ni bukan baju terpakai yerr.. haha. Kang ada ingat cam baju bundle plak, semua baju yg baruu.. =)

Ok, harini dah ada orang pkai baju2 ku.. Kak yanti, memilih kemeja Maroon.. =)
Baie, juga memakai kemeja hijau belang2 harini.. Aii memang minat gilerr yang ni, tapi sayangnya baju itu terlalu kecik utk ku.. hiks!Terima Kasih, kepada model2 ku yang tidak berbayar, Kak yanti dan Baie.. Muahkk ckit.. =P

Terima kasih juga kepada mama, sebagai jurukamera ku malam itu. Byk songeh tau jurukamera ni.. haha!

Terima Kasih kepada kawan2, atas sokongan anda.. =)

Sekian, terima kasih..

=)



8 comments:

.Anna. said...

oh chantek2.. !
chayok3!~~
:)

nURmALa mAZLan said...

baju cun2..tp confirm x de size akak kan..sobsobsob

Lifesaver said...

suka bju warn ahijau tu...sweet je

Wawa_Nadwa said...

.Anna. :

tenkiuu anna..
=)

Wawa_Nadwa said...

nURmALa mAZLan :

buat ms ni takde la kak.
hee!~

Wawa_Nadwa said...

Lifesaver:

kan kan kan..
=P

lily lotus said...

cantik! nak yang lagi cantik..hihihi

ChiLaBaey's said...

Selamat berniaga, nak jadi usahawanita lah ni... teruskan usaha mu yer Cik Wawa... Bagusx3.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998