Wednesday, September 30, 2009

Sib baik muat, kalau tak..???

Masa bulan puasa lepas, aku bising la konon nyer baju raya ku sendat la, mampat la, ketat la kan. Yela gi ambil kat tailor tu, balik rumah mesti la terus cuba kan.. Bile pakai je.. Mak datokkkk.. cam sarung nangka tuu.. Seyess.. Mmg cam nak nangis bile pakai.. Alahaiii.. Kecewa makcikk.. =)

Berbuka puasa plak konon takmo la makan nasikkk.. Tak ado maknoo nyer aihhh.. Berbuka diluar sana sini, nasik sesajorr.. hiks! Orang kata rezeki jgn dit0lak.. tawakal je la muat tak muat baju raya tu nanti redhoo je la.. hihihihi..

Pagi raya tu bile sarung kan.. ehh ehhh longgar laa.. biaQ bet0iiii.. Aku dah ramping laa.. Hohohohoohoh! Pagi raya tu aku semangat pkai baju raya sbb tidak nmpk la berlapis2 segala mak nenek kat perut ku lagi. heee!~Aku memang tak penah buat fesyen baju kurung moden. Tahun ni gatai nak buat, tak sangka la plak ketat kan. Sib baik la buleh dipakai, ade la longgar ckitttttt.. Tapi tak tau la pasni buleh pakai lagi ke idok.. lalallala!~Tapi pipi tetap tembamm..
aarghhh! Camno nak kempis kan pipi niiii.. Ada petua tak?? =P



Bergambar sampai lebam..

Haaa. Hambekk kooo.. Tgk la gambar smpai muntah. Hahahha! Memang byk giler.. rase sume nak tempek sini tapi nk upload nyerr berjanggut tunggu.. hee!!

Tahun ini kami sekeluarga beraya di kota. Beraya bersama keluarga sebelah abah. Berkumpul ramai-ramai memang seronok, riuh umah jadinya. Muka terpampang wajah gembira. Kali ini rumah mak (nenek) lebih ramai sebab ramai yang beraya di sini makyang n family, makuda n family, family aku, acu n family dan pakcik2 yang masih bujang. Rumah kecik, bile berkumpul semua memang sempit tapi tu lagi seronok dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

Kalau la hari raya korang tak berposing tuuu.. tipuuuu la sgt kan. Kalau tak posing pon mungkin sebab tadak kamera. Baik dat0k, nenek, abah, mama, pakcik, makcik semua turut sama sertai bergambar. Jgn salahkan kiteorg kalau suke bergambar ekk.. Salahkan atokk dulu muda2 suke nooo bergambar. Kalau posing tu cam-cam gayak ada. Cucu2 ni semua ikut jejak langkah dia ok, cume bile dh berumur ni dia dah slow skit. Bagi can cucu2 plak bergambar sakan. Heee!!~Seriusssss.. pas je salam-salam semua kan. Terus bergambar tanpa henti.. Sampai mak(nenek) aku tu bising koo.. "Korang ni tak laparr ke?? takmo makan ke?? bergambar je dari tadii..??" Sorang pon tak gerak makan. Selagi ade org tangkapkan gambar selagi tu la koo posing.. =P
Ni plak Pak Ngah.Psstt pstt pakngah bile nak kawen??
(T_T)Pakcik2 bersama anak sedara. Dah sama besar. Taktau yg mane pakcik yang mane anak sedara dah kan.. =)Semua bujang. Pilih yang mane berkenan.. Ado ke??
Pakcik Lee, Shauqi, Pakcik Fendi & Aik.Yang, makyang bersama anak-anak.
Yang kawen lambat so anak2 pon kecik2 aje.
Iman, Alif, Fatihah & Aisyah.Abah ni pangkat dia Ateh. Mama pun dorang panggil Ateh gak. Takde pak mak depan tuu. Hee!~ Kira abah kawin awaiii so anak dah besar2 la kan. Mak Uda, Pak Uda bersama anak-anak.
Mak Uda pon kawin awaii gakk. Tgk mudaaa lagi anak2 dah besar. Anak pun sepasang je, Shauqi & Zufika Aleeza.
Kalau dulu-dulu pkai kamera ade filem, nak bergambar pon terhad. Sekarang kamera digital, bergambar la engkooo smpai lebam. Kalau tak cantik delete terus.. Pastu amek lain smpai la puas hati. Hahhaha!~

Dalam rumah dah, luar rumah pon nakk gakk. Dimulakan dengan pakcik aku sorang ni. Budjet machoo.. Heee! Masih bujang. Ntah bile tahun nak kawen pon taktau la..Pakcik bersama anak sedaranye, alice. Alice ni tinggi gak dak ni, pakcik ni alahaii comeii aje. Ni nak bergambo pun pakcik soh tunduk ckitt. Kang terserlah perbezaan tinggi tu.. =POver tau 2 beranak nii posing. Hiks!3 dara pinggitan.
Cucu perempuan Dzulkifli.. =)
Ni dia mama di adam & adif yang sarat mengandung. 2 dah boy, kalau dalam perut tu boy gak aiyakk taktau la. Feninggg wooo. =P
Abah bersama abang dan adik nyer..
Anak ngn mak posing.. Adoii aku yang letih tgk gambar2 ni semua. Hahhaa!
Inilah keluarga aku.
Cukup la smpai disini. Aku plak nk muntah tgk gambo ni semua. Hehheheh! Ni baru raya kat KL yang kat kampung lagi. Ya Rabbi bykk nyerr la haii.. =P


Tuesday, September 29, 2009

Maaf bermaafan di pagi raya..

Menjadi satu kewajipan dipagi hari raya bermaaf-maafan bersama keluarga dan sanak saudara. Masa inilah semua nanti-nantikan berkumpul satu keluarga, bermaafan dan bersalaman bertemankan air mata. Air mata kesyukuran, kegembiraan dan kepuasan menyambut hari raya.

Bermaafan dimulakan dengan atuk dan nenek.. Kasi makpak dulu.. Cucu2 kemudian..
Lepas tu dengan abah, selaku ketua keluarga kami. Mama semestinye org pertama baru diikuti anak-anak..
Kalau dengan mama baru pengang tangan je, mama dah berbesen2 aiyak mata kuar. hehe! Bile mama dah nangis, mula la aiyak mata aku pun nak meleleh gak. Tu baru pengang tangan.. Belum ckp apa-apa lagii. Heeeeeeeeee!!~Huii ni anak bujang kesayangan abah nii.. Jgn la ekau komplain ke kutuk ke pasal anak laki dia yang ni. Melenting koo.. Hahhaha! Yang ni plak beratuq nak bersalaman dengan makcik2 dan pakcik2.. Umah kecik so kena beraturrr yerr..Adik2 plak beraya dengan kakak mereka. Huhuhu!!
Bersalaman dan bermaafan sesama adik beradik. Tapi aku tau dorang nak duit raye je nii.. Hee!~Mase ni dak ni kena tepuk ngn aku. Katenye "segala hutang dia mintak halalkan aje.. pasni buleh pinjam lagi.." waahh.. mmg kena cepuk la. hahahha! Smpai kembang2 idong, lidah sume keluar.. Dengan kakak buleh la gurau gini kan. Cube try tgk dengan abah.. Skema n sopan je masing2.. hiks!
Adik lelaki guwe..
Antara adik2 yang lain, adik je mcm nak nangis ckit. Sbb2nye aku kacau dia. Haha! "Adik, cepat mintak maaf dengan kakak. Adik byk buat salah nii.. Cepat cepat" Heee!! Sampai nak ckp pun tak terkeluar, mata dah nk berair je.. =P

Owh kami sedondon hari raya tuu.. Seperti yang penah aku bgtau dlm entry sebelum ini, keluarga aku mmg tak penah ade kaler tema tuk raye.. Suka hati la nk pkai ape pun, yang lelaki jarang beli baju melayu sbb pkai pun kejap je so pkai je ulang2 yang lama.. Yang perempuan yang leceh tuu. heee!~
Ok dah abes bab salam salam.. heee!!
tunggu lain plak.. byk gilersss gambooo.. lallalal!~

Friday, September 25, 2009

Kepenatan tahap maksima.

Selamat Malam koranggg!!
Walawehhhh..
Malam ni aku penat giler..
Tapi nak update blog jap sebelum tido..
Mentang2 ade tenet kt umah dapat la update jap.. hee!!

Cube korang bayangkan..
Dari pagi drive sampai la ke malam pi berayee..
Pala lutut ni rase dah nak tercabut dah..
hee.. Sib baik kete autoo..
Drive dari Kedah -> Ipoh -> Bukit Beruntung -> Kampung Pandan
Kalau jalan clear takpe la gak kan. Ni jem je memanjang.. Sane jem sini jemm.. Nmpk sgt yang ramai pi beraya.. Hee!!

Aku plak ptg tadi bengang tahap gaban gak kt bapak aii sorang nii.. Ade ke patut dia kate aku drive slow, rasenye dah 120 aku bwk tu kira slowwwwwww... Konvoi 6 bijik kete.. Aku sorang je perempuan, yg abah n pakcik2 aku lain drive sume lajuuu bukan main lain.. Alahaiii mengelupur aku nak kejar.. HAii dorang nii tak ingat ke aku kat belakang ni wehhh.. Hehhe. Tapi dont worry aku bleh kejar nyer, tgk kete lerr.. kalau tertinggal kat belakang pon dorang mesti tunggu aii punya. Padan mukoo sape soh laju sgt. hihihihi!~

Yang mama naik ngan aku.. Bile aku laju ckitt mama dah bising.."Slow ckit kak.. slow ckitt kak. slow ckitt kak.." Camno tuu?? Saboo je la.. =P

BYk la gamboo nak upload tapi tenet pon dah tenat kan.. so lenkali je la yerr. Ni adik perempuan aku dah bising nak guna laptop dia.. dia ni kemut ckitt., kec0h la luu.. Aku delete gambo2 ko kat kamera aku tu kang baru tauu.. hehhehe! daaaaaaa...

Tuesday, September 22, 2009

Apa khabar mu disana..?


Hai tawan-tawan..
masih bercuti raya kah??
Atau pun dah mula keje..??
Wehh!! Mane ade org mula keje lagiiii uiiii.. heee..

Aku pun masih dikampung..
Masih beraya..
Walaupon bercuti blog sempat jgk aku jenguk.. Dah nak bersawang pun dah ade dah ni. heee!! Nak buwekk camnoo.. sabauu je la.. Korang tolong2 la bersihkan sawang kat blog ni eyh.. Ok la.. Taktau nak update ape sebenarnye, saje je nak tempek gambo raye utk korang semua. Tunggu je la cite raya dari ku yerr.. heee!!

Hari jumaat baru aku pulang KL.. Jumpe anda disana disana disana!!!! Lalallalaa..


Sunday, September 20, 2009

Kad Raya ku utk Semua..

Sticky Mode sampaiii la raye. hehehe! Sila scroll ke bawah utk entry yang baru ok.
Harap Maklum!! =P

Kad ini khas utk semua rakan-rakan yang berkunjung diblog ini. Dikesempatan ini daku ingin memohon maaf klu2 ade terlanjur kata, menyakitkan hati ke dengan ape2 yang aku paparkan dlm blog ni.. Mintak maaf byk2 yer. Pada semua yang akan pulang ke kampung halaman tu, hati-hati la memandu, biar lambat asal selamat, ingatlah org yang tersayang.. =P

Tahun ni bajet tuk pos kad raya tarak, kasi posmen berehat plak. Aku kasi e-kad ni la yerrr.. Jimat, cepat, terkini dan semua org dapat.. Hehhehee!~

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.


Aku akan balik kampung pada hari raya ke 2.. Sape2 yang balik utara raya ke 2 tu, jumpe anda di highway okey.. heeeee!~



Friday, September 18, 2009

Berbuka bersama teman-teman..

Entry ni terdapat byk gilerr gambo-gambo terlampau. hehehhe! Terlampau sbb sume makan tak henti, siapakah org itu?? anda akan tau hingga ke akhir cerita. Jeng jeng jeng.. =P

Rasenye ni adalah entry makan yang terakhir utk bulan puasa ni. hehhehe! Kali ni makan bersama teman-teman keje di Kampung Baru. Ape kenama restorant tu pun cek dah lupaaa.. Nam kang ke hape ntah gitu la bunyik lebih kurang.. Camne dorang bleh terpikir wat kt sini?? aku pun tak tau tapi yang pasti dorang dah cube makan disini, dah tau kesedapan masakan disini so tak perlu risau. =P

Sampai ditempat tersebut tepat jam 7.00, risau tak sampai tak psl2 berbuka dalam kete.. sesakk sesajor dimana-mana sajerr.. Ingatkan dah nak raya takde la sesak.. sesak gakk..

Ni antara yang hadir.. Aku mase ni belum dtg. Biase la VVIP mmg sentiasa lambat. Hiks! Seramai 36 org yang hadir..
Selamat Pengantin Baru Mimit.. =P
Mimit hadir bersama suami.
Antara menu yang kiteorg makan hari tuh..
Owh ni adalah big boss. Hehehe! Aszuan org yang selalu bertanggungjawab menguruskan ape2 program. Ape2 program yg dia buat semua menjadi dengan jayanya dan mendapat sambutan. hee!
Tak sabo mahu berbuka.. Selera makan aku menjadi2 plak hari tu.. aisehh!
Ya Rabbi.. zaidii.. teruk nyer ko gelak. isk isk isk! bak kate komen2 kt fbo0k jug depan ko tu pon bleh masuk. hehehhe!~
Lelaki.. biasak la pas mkn. hehhee!
Wajib berasap. Kalau tak??
Aku bersama tetamu yang paling kecik. Anak atie & ady, Damia.
Bulan puasa ni pipi mula mengembang bagai belon. hehhee! Walaupon tadi konon nyer berhenti bergambo.. buleh sambung balik makan tuu. Bile ade gambo ni baru aku tau yang aku org yang paling akhir benti makan. hehe.Gambo yang ni aku hanya makan buah ok. HEee!!Ok. abes gak akhirnyeee. Hehehhe! Sekian, dari saya utk bulan puasa ni. Makan raya ni ingat2 sikit, nnti badan tu di pam pam bagai johan.. hehehe!

Terima kasih pada kameraman yang cb0k amek gambo aku tgh makan. Korang saje kantoi kan aku. cis! hee. selamat hari raya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998