Thursday, December 3, 2009

Refleksologi


Sejak dua menjak ni, kaki aku selalu macam lenguh2 je. Nak kata byk berjalan rasanya takde la byk jalan sgt kot.. Nk kata pkai kasut tinggi, tu mungkin..

Depan umah aku ni ada la batu2 kecik tuk pijak2 tu, padahal bukan jauh pon, lintas jalan dh sampai.. Tapi sbb2 nye tak penah sampai sane sbb malashhh.. Mencik dengan perkataan malass tu tau. Heehhehe!

Lepas je breakfast ujung minggu lepas, terus ajak mama singgah sini.. Dh tak tahan sgt dengan kaki yang lenguh2 n sengal2 nii..
Nampak nenek ni jalan lajuuu jeee.. Hebat btoii nenek nih.. hui tak sabo nk buat..
Sekali bile engkooo jalan atas batu kecik2 ni, sakit gilerrrr.. Aduiii tertipu dengan nenek tadii huhhh.. Nampak cam senang tapii cube try test buat.. tak bleh jalan sbb terasa sakit ya amat.. Adakah aku berat sangat sampai sakit camtuu?? =P
Nenek tu dh sampai satu pusingan yg kiteorg masih disitu gak.. Tak gerak2.. Hahhaa! Dia kata kalau kita rasa sakit maknanya ada la masalah dalaman tuu..
Ckup la sampai sini yer.. udah tak sanggup nak jalan dh, walaupon tak sampai satu pusingan lagik.. =P
Fakta yang boleh dikongsikan bersama anda.. Selamat Membaca.. =)

Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia ’selamat dan mudah’, sebab tak perlu makan sebarang ubat, boleh dilakukan tak kira orang tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sikit la semasa diurut. Tapi sebenarnya rasa sakit itu tandanya ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda.Maksud Titik Refleksi
Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar
Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.
Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.

Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Info yang perlu diketahui
-Sebenarnya apa yang saya kongsikan tadi hanya asas sahaja, bagi yang lebih ‘advance’, urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali dan sekitar betis. Tapi saya bukan pakar dalam bidang ni untuk menceritakan tahap ‘advance’ tersebut.

-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini. Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung, paru-paru dan juga sakit hati…oopps tidak…sakit hati tak boleh diubati dengan kaedah ini.

-Penyakit yang tak boleh disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.

-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

=)

Kalau takat ko rendam kaki dalam kolam ikan rasa geli2 je lebih, baik pi buat refleksologi nii.. ada gak paedah! Lallalallaa..

3 comments:

*ayu the sun* said...

wawa... try buat mcm ni.. zikir sambil jalan.. jgn tgk batu tu...
so far akak berjaya la jalan laju sikit.. ala divert sakit tu ke tempat lain..

armouris said...

lagi info tentang refleksologi kat sini - Refleksologi Kaedah Perubatan Kuno

Lifesaver said...

amoi cina tu byk kuat loooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998