Monday, December 14, 2009

Kondem antara satu sama lain..

Huh!
Nak gak buat entry ni..
Sbb aku rasa terpanggil dan rasa nak la komen ckit psl hal ni..

Masing-masing ada tujuan tersendiri buat blog hari ini. Ada yang berkongsikan tentang cinta.. kasih sayang.. petua.. Resipi memasak.. pemberikan info.. cerita tentang keluarga dan anak-anak.. berkenanan artis.. bussiness.. dan ado yang yang kondem blog orang dan dll.. =P

"Blog ko ni bur0k la.. ko ni hipokritt laa.. ko ingat ko ni cantik sgt kah.. ko ni tu pun nak menunjukk.. ko ni buh hadis dalam blog ko, pastu kutuk orang bla bla bla blaa..."

Ya Rabbii.. macam-macam daaa..

Kita punya blog ikut suka nak publish ape, ada juga sesetengah pihak tidak mengemari atau tidak setuju dengan apa yang kita tuliskan dalam blog itu. Masing2 berhak memberikan pendapat tapi komen atau pendapat yang diberikan itu haruslah tertib dan tidak menjurus ke arah pergaduhan. cheewahh! Heee..

Dan aku, jika tidak setuju dengan apa yang aku baca kat blog org, kita akan komen secara baik ataupon lebih baik keluar sahaja dari situ tu tanpa meninggalkan kesan. Kadangkala ada manusia ni pantang lihat orang lain berjaya dan maju, dengki dengan kelebihan orang lain dan yang tau kondem aje.

Setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2, yang salah tu tegur-tegur lah. Dan aku juga penah ditegur oleh seorang hamba Allah ini tentang diri aku, dan aku rasa cara dia tegur amat la kuang ajoooo dan terguris gak hati kecik ku ini.. Hahha! tapi aku akui akan kesalahan itu dan cuba untuk perbaiki. Kerna tak semua sukakan kita dan kita tak dapat puaskan hati sumua orang.

Ini la risikoo blogger.. Hehhe! Sabauuu aje laa..

Sudah-sudah la tu.. Ish wat malu je la gadoo2 gini.. Takmo takmo takmoo.. Tak baik.. =P

Doakan yang baik saja utk orang lain, bukan doakan keburukan pada mereka.. =)

17 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

betul tu wa...doakan yg baik tuk org lain, doa yg baik tu akan kembali pd kita...biorler org2 yg PHD ni...

CikPuanMiera said...

betol betol betol... doakan aje mereka2 itu

sasha* said...

setuju yang.i lg suka berdiam diri je.tak pun tgk je gelagat dorg ni :)

Munirah Abd said...

setuju dgn entry wawa ni.. :D

Lifesaver said...

btol...doakan yg terbaik shj...

Wawa_Nadwa said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

yer.
org2 itu biarkan la mereka dengan hidup mereka.
=P

Wawa_Nadwa said...

CikPuanMiera :

semoga mereka jadi lebih baik dr biasa
=)

Wawa_Nadwa said...

sasha* :

yer. lebih baik diam dr menyakiti hati org lain.
kdng2 kelakar tgk dorang.
hehehhe!

Wawa_Nadwa said...

Munirah Abd :

terima kasih!
=P

Wawa_Nadwa said...

Lifesaver:

yer.
bak kata nuar, semoga doa yang baik itu kembali semula pada kita.
=)

eQbalzack said...

abg eq buat blog syok sendiri je wawa...
peduli apa org nak nak apa pun...bil internet kita yang bayor! kan..kan..kan... hehe

Wawa_Nadwa said...

eQbalzack :

hahhaha!
lagi bagus abg aii sorang ni.
betuii tu..
wawa setuju sgt2.
hee!
=P

lily lotus said...

mereka jeles sebenarnya...

atty's said...

kty kalo masuk blog sesorg.andai entry tu kty tak kenan..tak tinggal kan komen..itu hak memassing..cuma ..kita jugak kena jaga..perilaku seorg blogger..bhasa tetap kena jaga..
ni kdg ..ade yg terlalu berani..menulis ngn perkataan kesat..tu kty tak setuju..

KIDbrush said...

Kondem mengondem neh dah mcm tradisi dari dolu lg. Haku pon x paham pasai hape org laen x puas hati, dengki bla bla bla.... yg penting depa rasa puas bila kita sedih+marah+susah.. hagaknya depa neh la jin2 yg dimaksudkan tuh kot...

KIDbrush said...

Kondem mengondem neh dah jadik tradisi dalam budaya org kita cek wawa... x tau nak habaq. Depa syok tgk kita marah+sedih+susah. Depa rasa puas+seronok... hmmmm gilo!!

UnGu VioLet said...

betul tue.. inilah risiko blogger.. terkdg kesal dgn sikap manusia yg sering jer busybody dgn hal org lain.. biar jerla kan.. orang tue bukan kacau awak pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998