Tuesday, November 3, 2009

Hanya mata berkata-kata..

Cite ni dah lama sehh.. Adoo je d0k senyap dalam draft aku tu. ahhaha!

Kisah nye begini, tempoh hari aku tak sihat, alaaa ada entry yg aku demam agak teruk tuu.. Pastu dah la koo sakit kan, lepas ituu kat klinik plak ade la satu family ni, anak dorang ni ada 5 org, 1 perempuan dan 4 lelaki...

Yang lelaki tu lasakk jangan cakap la.. Panjat sana, panjat sini, lompat sana lompat sini.. Mak pak diam aje melihat gelagat anak-anak mereka..

Aku paham la budak-budak laki baya gini memang lasak sikit berbanding budak perempuan. Tapi mak pak kena la tegur sikit, kat sini tempat awam, lagi2 klinik. Orang yg tak sihat bleh KO yerr.. Aku ni sabooo jeee.. Dah la tak sihat kan..

Masa mula smpai tu mmg terpaksa berdiri sbb sofa dah penuh, penuh dengan anak2 je. Yang aku tak sihat ni mengiggil kaki berdiri, dengan harapan la dorang kasi duduk kan. Nan adoo. Hahhaa. Kijam huh!!

20 minit berdiri baru la dapat dudukk..
Aku dengan adik perempuan aku diam je la, tapi mata kiteorg berkata sesuatu. Takyah cakap pun, mmg kitaorg paham antara satu sama lain. hahhaa. Mata menunjukkan geram.. Mata menunjukkan sakit.. Mata menunjukkan segala-galanya.. =P

Tertibe..

Dengan suara agak kuat "Ishhhh budak-budakk nii tak reti duduk diam keee?? Kang abah pukul kangg..duduk diam-diam"

Anak-anak dia masih bermain tanpa menghiraukan amaran bapak itu tadi.. Yang si emak nyer diammm aje dan tegur ala ckit2 gituu.

"Dushh dushhhhh!!!" Pukulan agak kuat utk budak2 seperti itu. Terkejut akuuu. Kuatnye bapak ni pukull sikit2 sudah la. Lagipun budak2 lagi kann.. Nangis la budak2 tu tadi.. Tapi kejap je pastu main balik. Hahha.. Memang dgil la anak dorang ni.. =P

"Ishh.. ko amek anak-anak koo ni.. Tak paham aku nape lasak sgt.. Ko jaga anak ko nihh.. Kang org kata aku tak pandai jaga anak plak.. Ko balik sendiri dengan anak-anak ko nih" marah si suami dan meletakkan kesalahan itu pada isterinye.. Pastu terus kuar klinik tuu..

hahahahhaa. Aku tak ckp ape2 yer.. elok la tu kalau dia paham sendiri.. Kekkeke!
Dalam hati aku ni. Ape la bapak dia nii.. Anak yg ko marah, isteri yg jadi mangsa.. siann..

Bile bapak dh kuar, baru adik perempuan aku bersuara.."Ishh. kalau anak aku nii, siap la. Aku cubit2.. geram aku tgk.. tak dgr kate."

"Malang sungguh anak2 ko nanti dapat mak cam gini" Heee!

"kalau anak ko kak, kalau nakal gini siap la kena dengan aku kak.."

"Owhh ske2 je ko nak pukul anak aku ekk.. bapak dia hentakk koo.. penyekk koo tau.." Hahhaa.. borak2 adik badik memang cam gini.. cam siot je kan.. =P


Aiii lebih suke kan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Gelagat/kenakalan mereka sgt menghiburkan, kadang2 agak men'geram'kan.... Heee!!

4 comments:

Lifesaver said...

aish...anak aku wat mcm tu..aku lesing..haha

farish H said...

gram gak kdg2 tgok bdk2 degil cmni haha

sasha* said...

kdg2 geram kn tp dorg ni tak mkn saman.tp parents jgnla pukul atau marah over sgt dpn public.malu weh

Rashid said...

wawa, alaaa wawa gitu le masa budak-budak dulu.
Dah lupa ke? lagi nakal tau..
sekejap meniarap sekejap guling-guling, sekejap lompat lompat.. hehe

Itulah budak-budak. Tak boleh nak bagi dia berperangai cam orang dewasa. sian dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998