Entry ini adalah sangat panjang dan byk gambooo.. Hiks! Malas baca tgk gambo je k. Harap Maklum.. =)
SEBELUM KENDURI - Raya ke 4
Sekarang ini kalau korang tengok kenduri kendara, takde dah rewang2 nih. Kalau dikampung rewang masih lagi dijalankan, katering2 takdak. Aku sebenarnya lebih suka kalau kenduri apa-apa gotong royong, buat ramai2, masak ramai2. Seronokkk tapi agak memenatkan.. =)
Tapi hidup di KL, area semua kecik, umah plak tinggi2, nak buat rewang ni kena pikiaq 2 3 kali. Nak lebih senang, pakai katering aje.. Kalau rumah ko sebijik2, laman rumah besar, mmg best kalau rewang. Buleh kenal jiran tetangga, ini idakk. Jiran sebelah rumah tu ntah kenal ntah tidak. Aku akui sejak berpindah rumah aku ni, mmg tak bape kenal jiran2, masing2 wat hal masing2.. Bukan salah aku, dorang yang sombong mengila. Lantakk ko laa.. Tapi ade yg ok. =P
Raya ke 5 haritu, sepupu aku kahwin. Sebab itu la lama sikit kat kampung. Raya ke 5 tu kan kenduri, so datang la raya ke 4 tu konon nak datang tolong. Sampai-sampai je rumah maklang, aikkkkk.. semua sudah settle!!
Kitaorang datang lambat ke atau dorang potong cepat sgt. hee.. =)
Bile dah masak.. Huii lembutt nyer daging niii.. Masak black papper ni sodapppp.. =P
Perut kott. Bila abah pengang mende ni, tangan dia bau kuat wooo.. Susah nak hilang. Hahhaha! Cuci dengan sabun still ada bau lagik. Pegi la petik daun limau ramas2, baru la hilang bau itu..
Anak org bandoo sgt jakun tgk ni semua..
Alah bukan buat keje sangat pun. Sampai je semua keje orang kampung dah settle kan.. relaks je ekk..
Budak-budak antara yang paling seronok. Dapat jumpa sepupu masing2, ada gak pak mak sedara dan anak sedara disitu tapi bile dah macam sebaya kira kawan2 gak.
Ada kt situ ANAK saudara dan ADIK sedara aku.. Anak sedara panggil MAK LONG, adik sedara panggil la KAKAK.. Sampai gado2 ok, "eh bukan kakak la maklong la.. Bukan.. kakak la tuh.." Hiks! Lucu dengan kerenah anak2 ini.. =)
Yeah! Ni anak sedara ku, Efa.. Tgkk tgkkk ko hulur je tangan mmg dia nakk la.. Kejap dengan orang itu, kejap orang ni plak amekk.. =)
Yang ni jangan harap nak kat orang. Ok fineee.. taknak takpe.. Aii tak kisahh sbb dah ade efa.. hehee!
Ni pon susah laaa nak kat orang. Nyahnyah pandai tackle dia sbb nak amek gambo. Shian anak maklong ni demam yerrr.. Tu yang meragam kot..
Haa.. ni bapak nyerr.. Aku tgk anak-anak zaman sekarang lebih rapat dengan bapak nye. Nak susu?? carik bapak.. Anak berak, tukar pampers?? bapak buat.. Aku tgk sepupu aku yang lelaki ni berkepittt dengan anak.. Kalau anak-anak duluuu sangat takut dengan bapak nyerr, bapak dulu2 jgn harap la nak tukar pampers ana.. heee.. =P
HARI KENDURI -Raya ke 5
Sebagai anak gadis yang datang ke majlis kenduri sedara sendiri, adalah dengan hormatnya ko sendiri sila ke dapur tolong ape yang patut yer. Jgn engko nak melawa, cover ayu. Owhh no nonoo..Kang ade plak orang cakap-cakap belakang. Ni baru duduk jap nak makan, ade jelingan manjaaaa.. lalallalaa... Tak reti2 nak kemas, angkat pi dapur.. pi cuci kuali.. pii angkat bla bla blaa.. eyhh terlebih plak. takde yg ujung tu tipu je... =P
Bila mama s0h buat ni.."eyh taknak la lekit laa..kotor la" Bila soh buat tu.."Tak best la potong ni.." hahhaa. Byk la songeh kan memilih keje. Lallalala! Akhirnya soh isi kueh dalam plastik. Ok laaa.. buat la janji adoo keje.. =)
Apa-apa majlis kahwin selalu nye lauk pengantin mama yang akan masak atau hias. Mama sgt kreatif dgn ukir2 ni semua. Anak2 sorang pon tak ikut jejak langkah nyer.. =P
Aik! Ko tak yah la buat rajin.. Heee! Dia ni ngelat je tau ok, pas ada makcik tu soh angkat agar-agar ni pastu terus hilang. Lepak kat belakang rumah. Cis! tu je keje dia. haha..
Tu pun ramai yang tak masuk. Malu la. Nangis la.
KAMI bersama pengantin.
"Selamat Pengantin Baru Abg Kamal dan Isteri"
"Selamat Pengantin Baru Abg Kamal dan Isteri"
5 200 mengkritik !:
Bilalah nak dapat merasa nasi minyak orang Ampang ni.... lembu mahu 5 ekor tumbang ni.... Blogger jer 3 ekor... hehehehe... :p
Sebenarnye rewang lagi meriah dari catering... mesra kemasyarakatan amat penting sekarang ni.... Tapi penat sikitlah bila dah habis kenduri... Wawa nanti buat rewang lah yer, blogger2 kan ramai... time nilah nak minta tulun.... :p
seronok dpt tgk gmbr!
rewang!
best kan? penat tapi best!!!!
ai laaiikkeee!!!
shntek pngntin!
Post a Comment