Monday, October 12, 2009

Majlis Perpisahan & Takziah

Setelah 4 tahun lebih berkerja di jabatan yang sama dengan aku, akhirnya kak nurul membuat keputusan utk pindah ke jabatan lain. Dengan beberapa alasan yang aku rasa kukuh dan munasabah, demi masa depan dia. Cehhwahh! haha.

Ada la majlis kecil utk kak nurul. Memandangkan dia sudah bekerja lama, terasa berat hati juga. Aku dan kak nurul temuduga sekalii kat tempat keje aku ni, berstatus KONTRAK. Alhamdulilah mungkin rezeki aku, aku telah diserapkan ke jawatan tetap, mungkin bukan rezeki kak nurul lagi. Mungkin rezki kak nurul di tempat/jabatan yang baru, mana tau kan..

Zaidi, kat belakang tu ape kena. Hehhehe! Menanti untuk memberi ucapan. Aku awal-awal lagi dah pesan kat kak nurul
"Kak, nnti nak berucap tu sebut la nama saya." Hahhahah! "Kak, nanti jangan nangis plak tauu." Eyhh tak la. Tak nangis punyeeeee.. Ok, sudah mula berucap.. Masih buleh berkata-kata.. tunggu jap lagik.. =P
See see see.. Baru je sepatah dua kata dah nangis. Heee. Ape ni kak.. relaks laa.. Aku mula tu
"Adoii kak nii.. jgn la nangis.." Yela aku ni tak bleh tgk org nangis.. Korang paham-paham je la. =P

Pastu sudah tentu tak bleh cakap lama-lama kang lagi teruk nangis. Aikk takde pun sebut nama kuu.. hiks! Tapi buleh sambung ucap lagi..
"Owhh lupe terima kasih kepada wawa, kak ani bla bla bla blaaa.." Haaa.. ade pun sebut. Tu pun sbb di suruh. Hahhaha.. =)
Yang duduk ni adalah semua ketua jabatan. Kena berdiri kasi bos-bos dudukk.. hiks! =)
Aloh takde jauh sgt pon akk nurul ni pindah, opis pun jauh ckitt je. Jangan risau la kak. Hari jumaat nanti kalau nak kuar jalan-jalan saya call akk ekk. Hehhehe!
Pejam celik pejam celik dah nak 5 tahun aku bekerja di sini. Rasa nak tukar angin rasa keje jabatan lain plakk.. Nak apply cam aloo sayang nyerr nak tukauu.. Kang tak best tempat tu camner.. hehehe.. tak dapekk update blog dah. Hahha!

Takziah buat kak nurul diatas permergian bapanya bulan lepas. Dan anaknya juga telah sembuh, kononnye suspek H1N1. Alhamdulilah semua dah selamat..

Takziah juga buat Zaidi (oficemate) diatas permergian bapa yang tersayang pada 6 okt 09.
AL-FATIHAH


4 comments:

MamaSofif said...

Selamat hari Raye..salah silap minta maaf..kalo turun jb datang ler rumah..lama tak jumpa wawa

sasha* said...

sy dh 2 tahun lebih tp still kontrak.baca blog sy.sedih seyh :(

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

muka wawa pong cam sedey jeh tu..

Lifesaver said...

aloh2..kalo pindah..sure nangis sbb lama dah kat situ..dah sebati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998