Friday, October 2, 2009

Buat pertama kalinya..

Tahun ini, buat pertama kalinya aku drive jauh sejauh 274.5km dari KL ke Bandar Baharu, Kedah. Vangga dengan diri sendiri. Padahal org lain dah ntah kemana kan.. heee!! Dulu pakai kancil tak berani jalan jauh sebab kereta tu dah lama, byk plak masalah nye. Kang tak pasal2 tersadaii je tepi jalan kangg.. So bila dah pakai siputih dapat la rasa jalan jauh ckitt..

Dulu penah gak drive balik kampung tapi gilir-gilir dengan abah. Tapi ada la satu kejadian yang aku ingat sampai hari ini. Aku janji tidak akan memandu kereta abah lagi. Uwahahaha! lawak pon adooo..

Abah ni kalau jalan jauh dia rajin berhenti RnR. Lagi2 bila aku drive sendiri lagi kerap dia berhenti sampai aku yg tegur "Abah, takyah la berhenti terus je laa.." Punya la excited nak drive jauh, sampai taknak berhenti kooo. Hiks!

Yang ni kami berhenti rehat di Tapah, berhenti makan. Ingatkan raya ke2 takde ramai tapi sangkaan ku meleset. Masih penuh cam biasa, so parking tepi jalan aje.
Sempat minah ni posing. Gaya ala-ala datin gitu dengan beg besoo nye.. Hiks!~Kesian huh dengan adik aku ni, mase balik kampung berebut2 nak naik dengan aku tapi dia ngan adik laki yg beso tu mane ngam. Gadoo memanjang.. Pastu maj0kk.. Hiks! Mase berhenti kat tapah ni baru la dia naik dengan aku bile aku bagi lampu hijauu.. Tapi dalam kereta tu memekakkk je gadoo.. Nak je tempeleng sekor2. Haha!~Abah dengan mama buleh berduaan saje sbb anak2 dia semua satu kereta yang lain.

Haa.. nk cerita kisah dulu.. Aku ni tak buleh kalau drive abah ade kat sebelah. Ade je yang tak kena aku buat.. "Ni tekan minyak ke tak ni sloww je.. eehhh kakkk,elok2 jgn dekat sangat dengan kete depan.. bla bla bla blaaa.." Aku ni tak bleh la drive org bising2 kat sebelah, tertibe jadi gabra semacam je. Mase nak parking kat sg. perak, dummmmmmmmm terlanggar bumper. Mengamuk la dia kan.. Heee.. Kena la marah, pastu aku nangis teresak2 sampaiiiiii la kat kampung. Bengkak-bengkak mata ko nangis.. Heeeeeeee!!

Aku tak bleh kena tengking woo.. Sgt sensitifff.. Muke je nampak garang.. (T_T)

Sejak hari itu, kalau dia kasi kereta dia soh bwk pun, jgn harap aku nak bawak dah.. Serikk wooo!! takott.. =P
Mase ni beria-ria abah ajak bergamboo. Yang anak2 segann maluu org lalu lalang. Hahhaha! Takde sape nak soh amek kan gambo, boh atas kereta pon jadikk laa. Ishh.. abah ni maluu la org tgkk.. =PAda blogger terserempak dengan aku kat Tapah ni. Carl Zafran kalau tak silap. Tapi aku mmg tak perasan dia. Tak sangka ade orang kenal dan cam aku bila kat luar, abah pun sekarang blogger kenal dia.

Hmm.. Kat food court tapah memang penuh, aku bila ramai2 ni cam sesak napas pun adoo, dengan cuaca panas. So makan dekat KFC je.. Tu pun beratuq panjang, sib baik ade tempat duduk.. Bila dah kenyang makan, mata sudah tentu la ngant0k kan. Jemm wooo sampai kat tol kuala kangsar. Rasenye org kuala ramai balik raya ke2 kot. heee!~Selalunya kalau balik kampung, aku sedapp tidoo kat belakang. Tak smpai highway lagi dah lelap. Kali ni drive sendiri, ngant0kkk nyerrr. Lagi-lagi kalau jem.. aiyooo..Heee!



14 comments:

Duke Luce Dell'amore said...

wawa! baju kamu sgt tantek!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

very the rugger ini family...cool lah! =D

Lifesaver said...

bandar baru kedah????dekat rumah gua tu beb!

ChiLaBaey's said...

Blog glamour memang macam tu... semua orang kenal... seluruh family dan sefamily2nye... :)

nURmALa mAZLan said...

weh wawa
ko jgn x tau
kakak kau ni lagi la
dari kancil ke waja, x pernah bawa jjauh macam tu.. asal kena gi jauh jer akak mesti bawa co-pilot ok.. akak akan bawa half-way jer
ahahaha~

Wawa_Nadwa said...

Duke Luce Dell'amore :

kamu jgn slh tgk wawa dan adik wawa plak ekk.
hee.
=P

Wawa_Nadwa said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

opc0z la jim!
=P

Wawa_Nadwa said...

Lifesaver :

yekeeeeee..
aiseyy men..
asal tak ckp kak.
bleh dtg raye.
=P

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's ;

mane ade glamor.
saje je tau pakngah ni.
hurmm..

Wawa_Nadwa said...

nURmALa mAZLan :

laaa.
ghupenye ade yg lebih teruk dari saye laa.
hehehhee!

Eazy Izzuddin said...

whoa...
same lorh klu drive ayah di sebelah..
ade je yg x kena...

tp yg besh smpi baru neh ayah kasi drive jejauh di highway
sblm neh haram nk bagi
ngeh3

*ayu* said...

wawa..kalau musim cecuti adalah kesalahan besar benti kat hentian dik.. kecuali terdesak nak g toilet...

Uruchimaru @ kf said...

waaaaa........tahniah ler dpt drive sejauh itu !!!

sasha* said...

sy tak pnh rasa balik kampung jauh2berejam2 dlm kete.sesekali best jugak kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998