Monday, July 13, 2009

Pelajar jatuh asrama

Harini ade berita kematian pelajar kt tempat keje aku ni jatuh asrama. Rase nye arwah adalah pelajar baru kemasukan julai baru2 ini.

Menurut cerita dari felo asrama, arwah panjat melalui balkoni utk masuk ke bilik asrama, memandangkan kunci arwah telah hilang, arwah mengambil keputusan utk masuk melalui tingkap. Rupenya arwah sudah kerap buat camtuh, mungkin tidak bernasib baik n ajal arwah dh sampai, terjatuh dari tingkat 4..
Ishh.. dorang ni berani betuiii la haii..

Bile terdengar cite2 camni, camne perasaan keluarga dorang kan. Huii sedih sgt, baru je masuk sini tak sampai pun sebulan..

Al-Fatihah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebelum ini aku penah dgr cite pelajar masuk melalui tingkap sbb kunci takde. Ade pelajar sambil berkerja kerja kt opis aku ni. Dia sendiri penah cite yg dia buat cam tuh. Terkejut gilee aku
"Ko ni tak takut ke jatuh??"
"Alaaa.. dh biase buat.. Nak buat camne, dh takde kunci camne nak masuk"
"Mintak je la yg baru.."
"Nanti kena denda.."
"Alahh.. berapa sgt denda tu kan. Abes ko tak gayat ke?? ish kalau jatuh camne.. Kooo niii.."

"Bukan senang nk dpt duit, alah takde hal la. Gayat gak.. sebelum nak masuk tu, tinggalkan siap2 wallet, hp sume kt luar pintu, kalau jadi pape org tau aku sape.. ahaks.."
"Ishh.. mende camni pon bleh buat main kan.."

Pelajar tu mude setahun dr aku, so borak pon ko aku je. =P
Tgk la bdk2 sekarang, bukan tau takut.
Haiii. mcm2!!

26 comments:

ChiLaBaey's said...

Nak buat macam mana... budak zaman sekarang... Mengalahkan hero Hindustan... Kalau berjaya takpe, kalau tak jadi macam yang Wawa ceritakan lah.... Sapa yang susah, makbapak dia juga.... orang lain susah kejap je sebab nak uruskan hal kematian dan laporan polis.... :( Wawa jangan panjat tingkap kalau kunci bilik rumah tertutup... buang je pintu bilik dah....

Zyma Saad said...

Wawa....

Budak2 zaman skrg ni m`punyai k`beranian yg luar biasa.
Berani biarlah bertempat.

Take care ye.

DIK AN said...

Benda dah jadi. Susah nak cakap apa2 pun.

★ Nu♥ℜul ★ said...

siannyer .. al-fatihah

Rashid said...

wawa..tak tau le naper orang laki ni suka sangat panjat memanjat ni.. kat sek pun cam tu juga. Pelajar panjat pagar.. dah jadi biasa bagi diorang.

Pernah juga tengok pelajar perempuan panjat pagar..aduhai seksinya..ishh~!! dushh.. 'seksa' betul tengok diorang panjat..kalahkan laki je..

leena said...

not all students wat gtu...
bilik leena tingkat 9...
giler stunt man la law wat gtu!
huhuhu...

ku tak sempurna said...

huuuiiiihhhh.. bahayanya..

aku dulu selalu gak tertinggal kunci dlm bilik.. tapi, tak le plak aku panjat tingkap.. errr.. tak berani..

aku godak2 je pintu tu,... hihihi... kira2nya, dah boleh la aku nak pecah umah org skrg ni.. dah PRO... hihihi

Lionel Azry said...

nasib baik aku duplicate kunci..selamat :P

Cik AniS GalaXy said...

suspen la
terkejut jgk dgr....
knp la sanggup gadai nyawa..mcm2 kan zaman skg nie

*ayu* said...

ya rabbi..tenangnya jawapan.. astaghfirullah...

*terkedu*

a s m said...

kenangan

SULTANdiblogBETA said...

dlu sllu pjt mmnjt kt asrama tu..feel die len dari masuk ikut pintu..kdg2 pintu da tbka sj je msuk kot tgkp...hik3

SULTANdiblogBETA said...

dlu sllu pjt mmnjt kt asrama tu..feel die len dari masuk ikut pintu..kdg2 pintu da tbka sj je msuk kot tgkp...hik3

neezareef said...

alahaiii wawa
akak baca paper pn agak budak ni msti ade motif kan dia kena masuk blk ikut tingkap tuh kan...x kan tade roomate yg leh bkak pintu ke..sian kan dah ajal dia camtu...

masviona said...

ermmm....budak² muda nowdays...huhuhu...nauzubillah..takutnya mcm↓ lah diorg nih

zamdotcom said...

kesian..


p/s: alfatihah

::@FiQ said...

ya allah.. beraninyer...kesian...al fatihah!

rizz said...

sedeynya!

Lifesaver said...

sudah ajal...

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's:

bdk sekarang.
berani tak bertempat.
hm.

Wawa_Nadwa said...

Zyma Saad:

tu la psl kak.
pelik kan.
lelaki kak mesti la berani.

Wawa_Nadwa said...

DIK AN :

tu la mende nak jadik.
kalau nk ckp lebih pon tak guna.
bile dh jadi camni pasni takde la dh bdk2 cam tu lagi kan.
pengajaran buat mereka.

Wawa_Nadwa said...

★ Nu♥ℜul ★ :

Al-Fatihah.

Wawa_Nadwa said...

Rashid:

ntah la cikgu.
lagi larang lagi dorang buat kan.
ssh la nk ckp.

mcm cikgu byk la bdk2 buat hal.
nk pukul kang makbapak serang plak.
mcm2..

Wawa_Nadwa said...

leena :

tingkat 9.
huii gile.
sape buat tu mmg tak syg nyawa.
hahahha!

Wawa_Nadwa said...

ku tak sempurna:

ko perempuan lain la.
aku tau mmg tak berani nye.
hehehhe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998