Wednesday, May 13, 2009

Mari kita lupuskan semua fail yg adooo.. =)

Sibuk sgt dengan entry melaka-segamat tu lupe plak nak publish entry 'kursus pelupusan rekod dan fail tak aktif' yang aku gi baru-baru ni. Takde ape yang nak diceritakan pon cume nak kongsi ckit dan supaya blog ni tak sunyi dengan berita. hiks!

Bagi korang-korang yang tak berhadapan dengan masalah fail mungkin cakap senang, tapi bile buat keje-keje ni semua rupenya agak merumitkan. Dulu aku pon main cakap je, fail berterabur la, tak rekod la, hilang la, ape la. Tapi bile aku yg alami sendiri baru ku tau bertapa susahnya handle fail2 ni semua.

Bagi yang jabatan/syarikat yang baru, mungkin takde byk fail tapi bagi jabatan aku yang dah berpuluh-puluh tahun ni mmg banyak fail yang harus dilupuskan ke Arkib Negara Malaysia. Tak buleh lupuskan sesuka hati engko je. Aku ingat senang, baru je nak lupuskan semua fail2 kt opis ni. Hehhehehhe!

Kursus ni dianjurkan Yayasan Amanah Latihan Berkanun (Persatuan Badan Berkanun Malaysia). Peserta yang hadir kursus ni pon tak ramai dalam 19 org je. Ada dari FINAS, Tourism Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia, SUK Selangor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi Malaysia (hee.. ni aku wakil), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, dan Koperasi tentera ape ntah lupe dah. Hiks!
Aku panggil Cikgu Salleh & Ustaz kamarudin dari Majlis Peperiksaan Malaysia.
Dorang panggil camtu aku ikut aje, padahal bkn cikgu or ustaz pon. =P
Ni je peserta laki yang hadir. Dalam hati aku "ade gak kerani fail lelaki erk.." Selalunye fail2 ni lebih sinonim dengan perempuan. Mungkin yang lelaki angkut mengangkut je kot kan, kabinet bkn nye rendah, tinggi nak mampushhhh. Hee!!
Ni penceramah kursus rekod ni. Mula2 ingat, alooo mesti bosannye sbb penceramah nye berbangsa india kan. Tapi jgn pandang rupa dan bangsa yer. Seyes tak bosan pon, bestt dan kite buleh paham ape yg dia sampaikan. 3 hari kursus, haaa dpt la sijil. hiks!
Korang ingat aku suke-suke ke nak pegi kursus/bengkel/seminar nih. Sebenarnya bagi kakitangan gomen, diwajibkan menghadiri kursus 7 hari atau 58jam utk setahun (kalau tak silap aku). Semua sibuk sgt gi kursus sbb ujung tahun kena isi borang prestasi. Kalau pergi tu nampak la aktif skittt, kalau ko dok je kt opis, rajin la camno pon, keje la bagai nak rak,tak aktif mmg ckit la markah ko dpt, pastu gaji tak naik. Huhuhu.. Takmo haku. =P


20 comments:

khaLifah feDi said...

wah naek gaji bagai lps nie kn..


em tamaw mhl2 sambel tempe aje wawa..banje pakwe nie...hahahaha.:)


op3 jgn marah ea...makwe ..lalala.peace!!!

LifeSaver said...

byk file time study dulu nak hapus..

Shahrul Azry said...

tak lama lagi leh g kursus khwin :P

nURmALa mAZLan said...

ooo...cam tu eh? kalau gi kursus baru ada kenaikan gaji??? adoi!!!

Wawa_Nadwa said...

khaLifah feDi :

klu prestasi baik naik la.
klu tak mimpi je la.
=P

takat tempe ok je..

Wawa_Nadwa said...

LifeSaver :

klu fail tu hapus je takyah simpan.
hiks!

Wawa_Nadwa said...

Shahrul Azry :

kursus tu akan gi jgk nnti.
sabauuu..
=P

Wawa_Nadwa said...

nURmALa mAZLan:

eyhhhhhhhhhh!
bkn2..
jgn salah pgm plak.
wawa kate klu prestasi ok.
markah prestasi tinggi.
ade harapan naik..
klu tak takde la.
kursus hanyalah salah satu je.
=P

makcik rokiah said...

<< skang dah kurang kursus .. jab.dah xde duet..huuuu..

khaLifah feDi said...

eleh temberanglah tue..kang suh banje kat hotel maw melopong wawa nie kang hi3..:)

LifeSaver said...

dulu takut2 repeat paper..sbb tu simpan :)

Wawa_Nadwa said...

makcik rokiah :

tu biase mmg salu jadik.
tp klu awal tahun tu baik apply awal2 sbb dorang bajet byk.
hiks!

Wawa_Nadwa said...

khaLifah feDi :

hahaha.
klu kf soh wawa larikk nyorok bwh meja. hehehe!

Wawa_Nadwa said...

LifeSaver :

owh..
klu exam paper salu mmg simpan kan. mane tau soklan tu kuar lagik. hiks!
=P

Shahrul Azry said...

ha3 blajar dari video sudah cukup :P

ChiLaBaey's said...

Masib baik kursus pelupusan fail... bukan kursus pelupusan sampah sarap bawah meja.... hehehe.... bagus juga ada benda2 macam ni.... jadi takdelah fail2 yang pending sampai ke tua.... ye tak.... buek penuh office je..... :p

Wawa_Nadwa said...

Shahrul Azry :

blja dr video tak dpt sijil.
=P

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's :

klu tak lupus bertimbun2 la kt opis fail lama.
=P

AyAres151 said...

dulu saya pernah gi interview ngan jbtn ni...

tugas saya interview adalah bg kursus cara2 penyimpanan data penting kerajaan dan pelupusan fail sulit..

Wawa_Nadwa said...

AyAres151:

owhh yeke..
klu sy tau awk handlu kursus tu mesti sy gi.
=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998