Wednesday, April 29, 2009

Thanks for ur explanation..

Komen dari MA UK11/2002-2005:

Erm....pada pandangan org awam memang la hospital gomen LEMBAB. Tapi harus diingat, setiap rawatan yang diberikan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh ilmuan dalam bidang perubatan. Yang dahulu harus didahulukan, bukan main hentam jek. Mengikut gambar x-ray yang ditunjukkan jelas menunjukkan kecederaan yang dialami oleh Along anda itu didiagnos sebagai "Fractures of metacarpal shaft" @ dalam bahasanya patah pada batang tulang tapak tangan. Biasanya rawatan yang diberikan bergantung kepada jenis kecederaan tersebut sama ada patah dengan luka terbuka (tulang terdedah menembusi kulit) atau tidak. Jika terbuka, memanglah rawatan secara pembedahan adalah pilihan pertama, tetapi jika tidak, maka rawatan secara "closed reduction and immobilization" akan menjadi pilihan pertama. Rawatan nie secara mudahnya dilakukan dengan membetulkan balik kedudukan (allignment)tulang yang patah dan meletakkan simen separuh dibawah tapak tangan dan dibalut dengan pembalut selama tempoh lebih kurang dua minggu. Simen itu diletak bertujuan bagi mengelakkan pergerakan tulang seterusnya membolehkan proses penyembuhan tulang berlaku dengan baik. Jika teknik rawatan ini tidak berkesan, contohnya tulang tidak bercantum dengan baik, maka barulah pilihan rawatan secara pembedahan bolehlah dipertimbangkan. Biasanya rawatan secara pembedahan dilakukan dengan memasukkan dawai yang dikenali sebagai "K Wire" ke dalam tulang yang patah bagi membetulkan balik tulang tersebut. Rasanya hospital swasta terus operate Along anda tue sebab doc dia tgk dah pki simen tue pun tak baik2. Tapi swasta memang akan lakukan apa saja asalkan pesakit cepat rasa baik, walaupun dia tahu itu akan merisikokan pasakit ute sendiri.

Setelah baca panjang lebar penerangan saya, harap jangan la asyik nak menyalahkan kerja seseorang itu sebagai LEMBAB. Fahamilah setiap kerja ada Standard Operating Procedur yang telah ditetapkan.

Terima kasih atas penerangan yang diberikan. =)

Aku rase dia ni doc atau jururawat atau kakitangan hospital gomen sbb dia dpt terangakan dengan detail dan baik sekali. Saya tau isu ini amat sensitif lebih-lebih lagi bila staf hospital yang terlibat.

Utk pengetahuan En/Pn MA UK11/2002-2005 (tiada nama), Kalau tak silap saya tgn along yg patah itu tidak di simen tetapi hanya dibalut saja. Saya tak pasti kalau tangan yg patah itu tidak perlu di simen or hanya balut saja, tangan tu buleh sembuh, tu sy tak tau sebab sy bukan doc. Tapi saya pasti saudara lebih tau, bila baca penerangan saudara baru saya tahu prosedur yg dilakukan pihak hospital. =P


Penah terjadi pada diri saya jgk dengan pihak pengurusan hospital, hanya memerlukan time slip tp mengambil masa yg lama utk berbuat demikian. Saya berada di hadapan kaunter dan memerhatikan jururawat tersebut hanya berbual dan bergurau. Bile kena sergah baru terhegeh-hegeh nk isi borang time slip tu, hanya mintak time slip pon lambat kaaa??.. Aiyakkk!!~

Sorry kalau entry along itu membuatkan pihak saudara terasa hati.. Ini hanya luahan yg terjadi pada kami.. =)

17 comments:

eRRuL AspHyxiAteD said...

aku mmg xsuka gi hospital goverment.. serius.. sakit hati & geram giler!

Wawa_Nadwa said...

eRRuL AspHyxiAteD :

Sabo errul saboo..
mengucap..
Ingat Tuhan.
Hee..
=P

Kapten said...

Saya xrasa hospital swasta ni akan bedah pesakit dengan merisikokan pesakit tersebut. saya pernah masuk hospital swasta, dan treatment yg diberi mmg bagus berbanding hospital kerajaan, lebih cekap dan pantas, layanan yg diberi jg bgs.. kata2 MA UK11/2002-2005 itu sama sekali tak boleh sy terima. sy jg ada ramai kawan yang bekerja sebagai tentera dan sudah banyak cerita yang sy dgr dari mereka, hospital kerajaan memang lembab servisnya.. hospital swasta buat operation cepat sebab nak menjaga pesakit.. hospital swasta bertindak pantas demi menjaga nyawa pesakit. bukan sebab nak risikokan pesakit itu.. lain kali, nak menulis, jgn pakai sedap tulis.. jgn nak menyalahkan swasta, yg ni nak menyalahkan goverment.. ya,masing2 punya kepakaran dan mengaku sj bahwa hospital kerajaan mmg slow.. padanlah dgn harganya.. FREE!!

LifeSaver said...

mmg superb la explanation dia....

tp sememangnya realiti yg hospital govt mmg lambat. sepatutnya procedure tu boleh dipercepatkan. jadi, kita leh tingkatkan productivity kerja...pesakit pon kurang complain..kan?kan?

Wawa_Nadwa said...

Kapten:

sabo sabo kapten.
hiks!

mungkin berbaloi la dengan bayaran yg kita bayar kt hospital swasta tu kan. bayo mahal2 perkhidmatan yg diberikan pon memuaskan. Berbanding dengan hospital gomen yg bayaran yg murah.

mane yg mampu seeloknya pergi la hospital swasta utk mendapatkan rawatan segera.

sabo ye sabooo..

(+_+)

Wawa_Nadwa said...

LifeSaver :

yup.
hebat org ni.
tak sangka akn terangkan smpai camni sekali.
terkojut den.
hiks!

wawa ni takleh lupe daratan kerana sy dilahirkan di hospital gomen.
heheheh!

khaLifah feDi said...

emm wawa..ade bcen paper kelmarin..pasal doktor kna tangkap psl xwat keje time pjbt ..

yg tangkp menteri wilayah lagi tue..!!

emm ape kes?

harap meke ikhlas itu aje..
kdg2 cian jugak,tp klu dh sorg wat taik!!1 sume kn jugak lor!!!

psst: wawa dh tgk kedai online kf?
pi tgk n3 smlm..ok
tq..awl ko komen awinie? hik3

Wawa_Nadwa said...

khaLifah feDi :

yela.
bak kate peribahasa "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
kan kan kan..

dh tgk dh.
tp xde sample ke cam ne nk tau bau minyak wangi tuh.
hehehehhehe!

labizzwkshop said...

ye la..tulang patah pasni xyah menyusahkan hospital..kite pakat2 balut sendiri sudah ler kann..kann...
hakikat hospital gomen slow xdapat disangkal..sape kate hospital gomen free?abis rakyat bayar cukai tu sume amenda?tanggung jawab menyediakan perubatan untuk rakyat adalah tanggungjawab kerajaan..sepatutnya hospital gomen lebih cekap dan pantas berbanding swasta..ini tidak..kalau org ade kenser..nak detect saje amik masa setahun sbb nak jumper dokter pun opiment sikit punya lama..last bile dapat detect je kenser tu esok org dah meninggal..dah tu nak bekap hospital gomen lagu mano?

haya_yaya said...

mmg ler kalo bole xnak nyalahkan..tp ttp gatai je nk sebut lembab..: p
tui la Wa..sakit ati kengkadang tu..tp nk wat cner..
tak dinafikan ade yg ok..kira kontra la.mcm aritu akak kna wat medical c/up,nk cek aikincin je,separuh ari..walaweiii..
tp last tu lepas la sbb abes setong akak mnum air kasi cuci.
dia xplain,kalo kita lepaskan gitu je,kot mane tau ade poblem kidney,awak gak yg usa..so,biar le lmbt,asal selamat..gitu...

khaLifah feDi said...

lah sample ade arr..sila check kat sini.

http://saudagarminyakwangion9.blogspotc.om/

Rashid said...

Masih kekal sukakan hospital kerajaan.. patriotik katakan.

Saya tabik ngan hospital kerajaan di kuala krai. Pengalaman saya kat sana..semuanya profesional. Murah dengan senyuman.. sudah jauh berbeza dengan zaman dulu-dulu..

Hospital kerajaan saya salute!!! moga anda terus kekal cemerlang dan penyayang!

Wawa_Nadwa said...

labizzwkshop :

ajal maut ditangan Tuhan.
masing2 ade pendapat masing2 kan.
terpulang pada individu.
tp betui jgk kata awk tu labi.
awk kena phm hospital ni ade prosedur. nak tak nak kena la terima.
=P

Wawa_Nadwa said...

haya_yaya:

tu la.
mulot tu gatai nk sebut kan dh tersebut LEMBAB. kekkeke!
yer.
btoi2.
biar lambat asal selamat.
(+_+)

Wawa_Nadwa said...

Rashid :

waahh!
bgus la cikgu ni.
tapi kan cikgu ade pepatah atau peribahasa "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" btoi tak cikgu.
segelintir je hospital gomen yg bermasalah, abes sume yg kena tempias nye.

dh ngalahkan cikgu plak.
hiks!

ChiLaBaey's said...

Kepada MA UK11/2002-2005... memang hospital gomen mempunyai satu sikap yang agak sukar untuk diramalkan.... Sepatutnya dengan adanya pengalaman dan dengan begitu ramainya pesakit yang datang, harusnya segala prosedur yang dinyatakan akan bertambah baik, cekap, cepat dan mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah masa dan prosedur perubatan... jadi tidaklah pesakit2 ini menunggu dengan lama dan sikap kebanyakkan kakitangan yang boleh dikatakan makan gaji buta jelas boleh dilihat dengan tingkah laku mereka ketika bertugas.... Mengapa pihak hospital swasta boleh melakukannya dengan baik dan cekap... keramahan dan layanan kakitangannya juga amat berbeza berbanding hospital kerajaan.... Bukan sekadar prosedur dalam buku sahaja untuk diikuti tetapi praktikalnya di mana???? Bila komen pasal hospital gomen, dah mula gelabah dan melatah dan entah apa2 kenyataan dibuat untuk cover pekong di dada.... sepatutnya apa komen yang diberikan diambil sebagai satu langkah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.... ini tidak sikit2 melatah, sampai bila nak mendapat kemajuan dalam satu pengurusan yang cekap.... Dengan pengalaman yang banyak berbanding dengan hospital swasta sepatutnya telah lama selesai.... Saya amat kecewa dengan statment yang MA UK11/2002-2005 berikan.... Prosedur2 juga, bukan setakat di atas fail meja sahaja tetapi penyelesaian terhadap permasalahan tersebut yang patut diambil kira.... Banyak kes2, pengalaman2 orang ramai telah dihadapinya, berlaku... tetapi masing2 menunding jari sesama sendiri, bukan untuk selesaikan masalah tetapi menyalahkan orang lain bagi melepaskan tengkok diri sendiri.... Akhirnya kemenangan beroleh kepada mereka juga.... Dengan peruntukan yang disalurkan dari kerajaan setiap tahun sepatutnya semua ini telah lama selesai dan mendapat pujian, akan tetapi punyalah banyak komen dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan.... Sampai bila perkara ini akan berlanjutan...???? Bila kena pada batang hidung sendiri baru nak terima hakikat...??? Tapi pada ketika itu juga perkara sebegini masih lagi berlaku, sampai bila ???? Saya memang boikot hospital kerajaan terutamanya hospital daerah.... tapi mana2 pun saya rasa sama sahaja.... :(

aisyah said...

cerita mengenai hospital swasta lembab mmg sudah lame saya dengar... mungkin servicenyer lembab.... iyalah... perkhidmatan percuma kan....mungkin tiada tekanan dari pihak atas... kerana hospital swasta lebih kepada bentuk perniagaan,

mengutuk org mmg sedap... tapi sememangnyer hospital ade procedure sendiri.... keutamaan dieberikan apebila pesakit itu dalam keadaan tidak stabil... menahan sakit mmg unpleasent... tapi itulah procedurenya.... jgn bimbang... hospital kerajaan takkan biarkan org yang sedang bertarung dengan nyawa.... tetapi... ya... kadangkala anda mmg terpaksa menahan sakit... tapi itu maksudnye kedaan anda tidak bahaya sehingga boleh kehilangan nyawa....

mengutuk org mmg sedap.....
tapi tahukah... doctor hospital kerajaan yang bergaji lapan ribu boleh mendapat sekurang kurangnyer 30 ribu di hospital swasta...., masa kerja yang lebih singkat.... itu yang terjadi di malaysia... di singapore, perbezaan gaji doctor swasta dan kerajaan tidak begitu ketara... dalam situasi ini, maka ramailah doctor2 yang lari ke hospital swasta dan hospital kerajaan kekurangan kakitangan dan mereka terpaksa bekerja dalam mase yang panjang sehingga keletihan,

memang doctor merupakan satu pekerjaan yang mulia dan perlu dibuat seikhlas hati... tapi jgn lupe doctor adalah manusia bukannye robot yang tiada hati dan perasaan, doctor juge mempunya tuntutan sebagai seorang manusia....

owh, saye ade terbaca comment yang begitu sedap memaki doctor... saya respect doctor yang awak maki tu... kerana die tidak membalas balik...bukan calang2 orang mampu berbuat begitu... die tau die tidak seharusnya kalah dalam perperangan emosi itu... sebagai doctor die mmg kene senyum walaupun patient muntah di atas bajunyer....

owh... reader tersebut mmg telah menerangkan dengan baik sekali procedure untuk tulang yang patah...
iya... itulah procedurenya... adalah lebih baik disemen dahulu... kerana sebenarnya... kalau dibedah dan sebagainya... iya akan mendedahnya bahagian dalam pesakit terhadap pelbagai risiko jangkitan, tulang ibarat pokok, yang memakan mase yang lama untuk sembuh... semuanya perlu dilakukan secara perlahan2.... pakar tulang ibarat tukang kebun... ia perlu memastikan tulang tersebut mendapat nutrion yang secukupnyer untuk membesar... pakar tulang tidak seharusnya menjadi tukang kayu... di dalam proses pembedahan... selalunyer tisu2 sekeliling tulang akan tercedera an ini lembih melambatkan proses penyembuhan... kadang2 perkara ini diabaikan dan ini membawa keburukan kepada pesakit..
kesimpulannya... setiap kecederaan mempunyai procedure tersendiri seperti yang telah dinyatakan sebelum ini..
doctor yang baik perlu tahu apa yang perlu dibuat setelah mempertimbangkan pelbagai perkara... kadangkala... walaupun process itu lambat...namun hasilnye lebih membawa kebaikan kepada patient... jadi...doctor dan pesakit perlu same2 bersabar...

saya cuma ingin menekankan di sini.. kadangkala kita perlu memandang sesuatu pada perspective yang berbeza... namun begitu saya tidak nafikan... hospital kerajaan perlu meninggikan standard perkhidmatan mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998