Monday, April 20, 2009

TANDA-TANDA AWAL KANSER

TANDA-TANDA AWAL KANSER

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Justify Fullr darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-----------------------------------
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil


Sekian.

29 comments:

khaLifah feDi said...

emm byknyer penyakit ekk!!!


arr klu cik wawa nk taw tempe slh satu mkn yg bgus tuk perkara ni sume ok!!!

sbb ue kf sgt suke temep taw!!!

kf mkn bkn sbb suke2 tpi itulah ade heal emm ok dh..:)

emm apsl lari? penat aq nk kejr taw..cubit kang!!1

jgn luper tag tue klu dh ade bgtaw kat ner kf nk tgk hik3 !!

sowy pjg cm n3 komen aq ekk!!1

Munirah Abd said...

wawa thanks for the info

tpkan 'bersenggama ' tu apa???

~Aryana Edrena~ said...

bagus bagus memberi Informatian about canser..Nak Kek Sarawak ke?? mehla hehehehe :P

Wawa_Nadwa said...

khaLifah feDi :

tempe bgus ke?
tak penah dgr pon.
yg wawa penah dgr dato' khir toyo kate awet muda.
ahahahhaa!
cehh tu sume tipuu.
=P

Wawa_Nadwa said...

Munirah Abd :

alamak aii..
tanye soalan tak agak2.
wakakakakka!
tuk suami isteri la tu.
yela kot.
hehehhe!~

Wawa_Nadwa said...

~Aryana Edrena~:

nak ckitt..
nmpk sedapp je.
=P

LeeSlimShady said...

wawa...sekaang ni dah jadi doktor sakit puan lak pulak ye....

wawa tau jugak ke yang khir toyo cakap makan tempe muke boleh jadi licin....keh..keh..keh...

mana doktor gigi tu tahu ha....

sia - sia je dapat gelaran Pak Mat Tempe...

Pastu dapat gelaran yang paling terhormat iaitu pak mat penyapu...

belum pernah lagi mana - mana firma bagi anugerah pekerja cemerlang dengan menghadiahkan penyapu jerami.....

Pak Mat Tempe orang yang pertama buat camtu....

tak sangka 8 march 2008 dia kena "penyapu" dek rakyat selangor keh..keh..keh....

selalu - selalu lak pulak berkunjung ke laman blog saya....

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

atty's said...

wawa..tq for the info..

Shahrul Azry said...

oke berhenti merokok sekarang! ;)

joegrimjow said...

wahh
gud2
mecey

★ Nu♥ℜul ★ said...

gud info sis ..

S h i n o said...

huihh.. gerun nye bunyi kanser..

TSS said...

teh my feveret!!!!
Mamak Teh Tarik satuuuu!!!!

ChiLaBaey's said...

Rasa macam blog jabatan kesihatan Malaysia pulak..... nak jadi penasihat kesihatan ke lepas ni.... hehehe... maaf saje gurau... bagus ur infomation kali ni.... kadang2 tu kita bukan tahu sgt benda2 mengenai kesihatn ni.... teruskan usaha memerangi penyakit yg dinyatakan tadi.... ok doktor wawa.... senyum selalu mcm selalu... :)

Cik Wanie said...

wawa,
apa yg tertluis itu adalah benar,
even keluarga sebelah mama akak,
majoritynya ada penyakit kanser,
dan telah meragut 5 org ahli keluarga akak tau,
atok & nenek(kanser pankreas), cousin (kanser payudara), aunty chu (kanser pangkal rahim & aunty ndak (kanser payudara) hurm......
sebab tue kami sekeluarga amat berjaga-jaga sbb maybe ikut keturunan...
hurm...

(tetiba akak TERnangis seketika)

JAGALAH KESIHATAN DGN SEBAIK YANG MUNGKIN.....ok:)

Wawa_Nadwa said...

LeeSlimShady :

hehhee.
bkn salu dpt jd doktor kan.
jd kt cni pon jd la.

alaa.
tu dia nk lain dr yg lain.
kan sbb tempe dan penyapu dia glamer jap.
=P

Wawa_Nadwa said...

atty's :

sharing is caring.
=P

Wawa_Nadwa said...

Shahrul Azry :

benti merokok okeh!
jgn ckp aje.
=P

Wawa_Nadwa said...

joegrimjow :

same-same joe!
=P

Wawa_Nadwa said...

S h i n o:

mmg gerun.
kena la jaga kesihatan dr sekarang.
=)

Wawa_Nadwa said...

TSS :

hyep!
ingat2 ckit ye.
lebih baik mencegah dr skrng.
=P

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's:

hehehhe!
hanya tuk berkongsi je.
biar sume tau.

iskk.
perli la tuh.

ChiLaBaey's said...

Bagus... bagus... bagus.... Doktor Wawa_Nadwa.... teruskan usaha awak ye.... dan dapat pahala dah..... minta2 kita semua (blogger2) dalam keadaan sihat walafiat.... :)

Shahrul Azry said...

behenti sekarang je
jap lagi hisap balik ;)
haha~:P

Shahrul Azry said...

behenti sekarang je
jap lagi hisap balik ;)
haha~:P

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's :

Yer.
moga-moga sume sihat sejahtera hendaknya.
Amin!

=)

Wawa_Nadwa said...

Shahrul Azry:

mmg dh agak dh.
=P

momguess said...

dik,
akak ader kanser
kanser 'blog'
camner nk ubat ek???
hohoho

Ultra Fulus said...

Salam bloggerwan..minta izin kongsi info ni..

kwn sy pn pernah hidap kanser tahap 4..tahap yg boleh membawa maut..puncanya dari Resdung..

kini alhamdulillah selepas amik supplement TF 4Life..dia sihat..supplement ni trbukti hapuskn 97% sel kanser..

brbanding kimoterapi yg hanya membunuh 88% sel kanser..tapi jg mmbunuh sel2 lain yg mmbuat bdn kita lemah dan rambut gugur..

Maaf kpd pembaca..sy sekadar ingin kongsikan info ni..harap terima dan memahami.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998