Wednesday, April 1, 2009

Demam denggi ke demam campak??

Pas je abes tgk AF, kol 11.45 tuh tertibe mama kelam kabut ajak aku gi klinik sbb adik laki aku ni tak sihat. Aikkk! Tadi ok je takkan jap je dh tak sihat kan. Pelikssss! Aku dah la baru makan ubat batuk(BENA), t'gu mata ni ngantok je terus nak bummm tido. Takde la sakit teruk pon cume badan adik aku ni byk plak bintik merah dan cam ruam. Dah la kawasan selangor sekarang kes tertinggi demam denggi kan so mama risau la adik aku ni kena demam denggi plak.

Adik aku ni muke agak2 macho (bwekkkk!) tapi takut seh nak amek darah. Malam tu doc hanya kasi ubat je, doc ckp kalau sok demam teruk lagi baru datang check darah. Mata aku dah mula ngant0k ni, cam dah lalok je. Mungkin ubat tu ade rase kesan dia. Amek2 ubat terus balik.

Mase drive tu yg aku tau nak sampai umah je sbb dah tak larat dah. Lobang, bonggol sume aku langgar aje, bising mama ngn adik aku. ahhahaha! Mata dah tak nampak, lagi2 malam kan lampu jalan pun samar. Sib baik la dokek ajo ngn umah. Sampai2 umah je terus baring dan terlelap sampai es0kk.. Gile tol penangan ubat tuu.. =P

Pagi esoknya ghupenya adik aku ni cam demam campak pulak (agaknye la, mama yg ckp) Loh!! Demi sayangkan adik, pagi tu gigih aku gi farmasi gi beli ubat calamine (ubat air tuk demam campak) dan gi beli air kelapa, sib baik area ampang ni senang semua adoo. Adik laki aku ni plak beria-ria nak balik klang, demam2 pon excited nk balik kolej balik. Huiii.. Kalau jadik pape sape susah??? Mereka dan keluarga mereka. huhuhu!!

Sekarang ni musim org tak sihat so jaga la kesihatan masing2. Batuk aku ni pon tak kurang lagi, ubat dah nak abes dah pon. huk3! =(

Takut jgk kalau2 demam chikungunya.. hehhehe!

15 comments:

zamdotcom said...

alahai..kesian beliau.. ^^
moga cepat sembuh yer..



p/s: org kata demam campak xleh mkn kicap..betul ke?

ku tak sempurna said...

nasib demam campak...
kecik2 tak pernah kena kot... tak yg adik kena skrg :D


ko kena habiskan satu baldi ubat batuk br elok kot... :D

khaLifah feDi said...

emm yeye..mencegah lebeih baek dr merawat...


*emm x ilang2 lagi batukmu wawa..tak try petua kf bg ari tue..num air asam jawa suam2 sblm tido mlm.emm...:p

En. PeRD said...

demam campak? gerenti cuti lame tu.. best giler...

petua nak baek batuk.. senang jerk kot.. minum air paip... 3 hari elok.. deng~

Wawa_Nadwa said...

zamdotcom :

huh??
takleh mkn kicap ek.
wawa pon taktau.
hehehehhe!

Wawa_Nadwa said...

ku tak sempurna:

dia tak penah kena kot.
sib baik wawa dh kena.
so x kena lg kan.
=P

dh berbotol2 habes dh kooo.
ni dh okey ckit.
huiiii..

Wawa_Nadwa said...

khaLifah feD:

wawa dh wat dh minum asam jawa tuh.
tp wawa mkn fisherman friend's br kurang ckit.
hehehhe!

Wawa_Nadwa said...

En. PeRD:


hahahhaha!
terima kasih atas petua itu,
akn ku cube nnti.
klu x el0k ku carik ko.
=P

eRRuL AspHyxiAteD said...

ape beza campak & chicken pop ek?

Wawa_Nadwa said...

eRRuL AspHyxiAteD :

Okey anak murid,
meh cikgu ajar ckit.
Perbezaan campak & chicken pop adalah pada ejaan nye yer.
C.A.M.P.A.K & C.H.I.C.K.E.N P.O.P..

HUHUHUUU!

rasenye same la campak ngn chic pop tuh wakkk.
=P

ChiLaBaey's said...

Memang musim demam, batuk, selsema, demam campak dan demam denggi.... kenapalah kita ni duduk dalam negeri selangor dan kl.... ye... tapi negeri lain pun sama gak cuma kes tak dicatatkan dgn sepenuhnya.... apa2 hal pun jaga makan dan jaga kesihatan... wawa, dah makan ubat ke belum...?

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's :

tu la.
kena jaga kebersihan kawasan umah tuh kan.
hurmm. risau la skrng.

wawa tak mkn ubat. lgpon ubat dah abes sebotol tuh. klu makan mau tertido kt opis nih.
=P

ChiLaBaey's said...

Alhamdulillah persekitaran rumah saya dalam keadaan terjaga.... dalam rumah pun sama, saya tak suka rumah sepah2... rimas... nak buat kerja pun buat buntu otak je.... tido kat office best apa...!! :)

ChiLaBaey's said...

Alhamdulillah persekitaran rumah saya dalam keadaan terjaga.... dalam rumah pun sama, saya tak suka rumah sepah2... rimas... nak buat kerja pun buat buntu otak je.... tido kat office best apa...!! :)

armouris said...

info tentang denggi kat sini - Demam Campak Berjangkit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998