Saturday, November 29, 2008

Selamat Pagi Cinta

Pelakon : Nur Fazura (Julia), Pierre Andre (Ilham), Que Haidar (Azam) dan Sharifah Amani (Suci)

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya.


***************************************************************************
Hari Rabu lepas aku berkesempatan nonton filem 'Selamat Pagi Cinta' arahan pertama pengarah muda Nurliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama Yana.

Seperti biase lepas aku tgk sudah tentu aku nak komen kan. BEST ke TAK BEST biar korang sendiri yg nilai, kang klu kate tak best kang rmai plak yg tak gi tgk. Cam tak sokong je filem kite kan, hiks! =)

Satu percubaan yang baik(puji la skit) oleh Yana tapiii banyak kelemahan dalam cerita tersebut. Taktau sebab skrip, jalan cerita nye atau arahan beliau. Permulaan cerita yg baik dan seterusnya agak membosankan. Aku tak leh concentrate tgk cite nih sbb ade org kaco kt sebelah, baru nak feeling dah kena gelak. Adehhh! Kacoooooo btoiii..

Aku punya la EXCITED nak tgk cite nih sebab macam lain dari yang lain kan. Tapii bagi aku amat mengecewakan.




CUme aku cam heran kan nape la si suci (sharifah amani) mengamok sampai camtuh sekali bile azam (que haidar) tak dpt dtg. Aiseyy! Tanye la baik2 ni tak ko terus penampau azam tuh nape. Hahhaa. Cam kelakar pon ade jgk. =)

Friday, November 28, 2008

Rombongan ke Terengganu

Pukul 9 kang aku akan bertolak ke terengganu sebab es0k akk kt opis aku kawin. Dah kate rombongan kiteorg naik bas sebab satu opis mau peligi maa. Alang-alang menyeluk pekasam tu ape lagi klu bkn JALAN-JALAN MAKAN ANGIN. Hehe!

Wahhh!! Berjalan sakan sebelum aku berkursus, 2 minggu tuuuuu. Pas blk dari ganu kena pegi JB plak. Aiyakkk!!

"Selamat Pengantin Baru Kak Ila" P/s: Sila pastikan poket anda tidak kering selepas pulang dari terengganu nnti ye.

Mengharapkan belas kasihan anda..



Korang!! Ni nak ngadu ckit neh.
Hari ni kan aku tak sihat loh.
Perut memulas-mulas, pala berdenyut-denyut & badan pon lemah.
Padahal malam ni aku akan bertolak ke terengganu.
Adehhh.. Plizzzzz wawa jgn wat hal okey!!


*Tajuk atas nu tak agak-agak kan kan kan.. hiks! Ok nk bgtau tu je. =)


Thursday, November 27, 2008

Muke mintak penampau!!

Terlebih dahulu saya Cik Wawa ingin memohon maaf kepada Cik anis kerna lambat buat tag kamu kerana takde sape yg sudi nk amekkan gambo ku.
Hee. Bleh terima tak alasan nih? =)
Sebelum Cik Anis tuh sekeh aku, baik aku buat tag nih. (*_^)

  • Snap 4 pic yg berlainan
  • Jadikan dalam bentuk collage
  • Pastikan pic kamu di snap oleh org lain (jgn snap sendiri)

Wednesday, November 26, 2008

J0m Karok!! He he..

Pas je penat mandi berendam cam badak pastu teringin la plak mau nyanyi. Hehhee! So dengan pakaian yg selekeh yelakan siap kt utan nuu, muke plak tak make up gi ampang point nk nyanyi kt karaoke jamban.

Kalau takat nk lepas kan gian nyanyi tuh gi je tempat ni 1 lagu 1 hengget. Memang sound tak bape best, nak control ape sume cam susah la skit. Yela dari engko nyanyi kt umah, jiran dengo buat malu je kan anak dara memekak cam tuh. Nyanyi kt dalam ni takpe tak menganggu ketenteraman awam pon. Hiks!

Org pertama yg nyanyi sudah tentu aku dlu. Hahaha! Lagu pe eyh aku hancur kan?? hurmm ape ntah tajuk lagu dia lupe aah. Ala.. Lagu elyana tuh.. =) Dak pompuan ni mula-mula takmo nyanyi malu la ape lah. Aku sekeh baru taw! Tapi bile dah nyanyi sekali nak nyanyi lagi tuh. Huhuhu!Mama tukang kritik je. Ajak nyanyi takmo maluuuu! Ceh, bkn org dgr pon ma.Dak kecik ni pon nak nyanyi juga. Dia yang paling excited nak nyanyi.
Lagu Jatuh Cinta dari Matta dan 3 Malam Tanpa Bintang koooo. Jangan main2! Hiks!Udah-udah la tuh. Bagi la aku plak nyanyi weyh!!!
Kalau adik tau aku tempek video nih mesti aku kena marah. Hee!
Maaf la eyh dik. Nnti abg lan ko belanje. (^_*)


p/s: Sila abaikan nyet nyet yg kt belakang tu yer. Haha! Haa.. Pastikan volume tu slow kan ckit takut kang terkejut jiran korang dengar. He he!



Tag oleh Kak Mar

Aku telah di tag oleh Kak Mar yg berade nun jauh di perantauan. =)
Kepada Cik Anis, wawa masih berhutang dgn kamu tag. Jangan risau wawa akan buat tapi sekarang sibuk sikit dengan keje terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

1. 7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda
  • Romantik
  • Menerima diri aku seadanya
  • Comel & Good Lo0king
  • Bertanggungjawab
  • Berkarier (xmo malas keje eyh)
  • Pandai memujuk =)
  • Rajin. Pandai wat keje umah. Senang nnti.. hiks!
2. 7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup
  • Perasan encem
  • Cakap besar
  • Bodoh sombong
  • Suke mainkan perasaan org
  • Tak hormat org (kurang ajaQ)
  • Pemalasssss
3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang minati
  • Suka sangat2
  • Bahagianyeeee
  • Berdebar dup dap dup dap
  • Senyummmmm je
  • Teruja
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
  • Mane2 je lah (malas nk pikir. Haha!)
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia
  • Kasih Sayang
  • Nk masak kan utk dia.. hiks!
  • Hadiahkan dia baju jersi MU.. keke!
  • Baju kaler pink. hehe (kalau tak pakai siap aaarrrr)
  • Perfume
  • Layanan istimewa. cehh! bwekkkk.. geli plak.. hehe
  • Ape2 je la yg dia ske.. (Adoii.. pening nk pikir)
6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyi kan kepaa pasangan anda
  • "TERIMA KASIH CINTA" - Afgan (Walaupon tau dia tak ske lagu ni nak nyanyikn jgkkkk)
7. Rakan yang anda tag dan mahu mereka buat 7 PERIHAL ini. wajib!!!! mereka perlu diberitahu akan hal ini....
  • Honeysour (mmg salu mintak di tag. kekekke)
  • Zura
  • Zira
  • Jijie
  • Kak nurmala (walaupon akk malas nk buat tag nak kasi jugak =)
  • Mohd kamal
  • Wan Fadhilah

Tuesday, November 25, 2008

Bukit Belacan - Part 2

Bukit Belacan ni terletak di Ampang yer kawan-kawan, kalau org ampang ni tau la kot. Sebelum pulang kena la amek gambo kenangan. Adoii letih bergambo je. Hahaha!
Kalau kt sini nak tukar baju ke hape ke agak susah sebab tandas dia jauh dan berbau busyukkk. Tak sanggup aku nak masuk, dah la busuk seram plak tuh. Kang tgh2 tukar baju ade plak kamera plak kan. Tak pasal2 masuk youtube. Hehe!
Masa kitaorg pegi tuh rmai budak2 sekolah je, datang berkumpulan naik basikal. Ntah mak ayah tau ke tak tuh. Kalau ape2 terjadi kan susah. ish!Tgh syok2 jalan kami diganggu oleh sekumpulan nyet nyet. Adeyhhh!
Aku ngn adik pompuan jerit aar. Hahaha! Bdk2 kt ctu gelak je. Siot je taw!

Dalam byk2 nyet nyet ni yg besar ckit, muke simpati je mintak makanan la tuh. Mano ado nak kasi pon. =)Mama dah ready ngn payung kalau2 nyet nyet ni terkam ke kan. Mau kena hambat ngn mama sbb ko kaco anak dia. Hehe!Jumpe la plak bdk ni siap bwk ngn nyet nyet dia. Jinak aje!
Dik! nak pegang bleh tak?? Tanye tu cam berani je pengang padahal takot.
Tapi pegang la juga sebab nmpk comei je nyet nyet nih.
Pegang sebelah tgn je, mane tau kot dia terkam aku dh ready nk campak. hiks!Peace! J0m balik.
Ma, tetibe teringin la nk nyanyi. J0m g karaoke nak !!

Takmo la mama pkai selipar je nih.Malu laa!

Takpe akk pon pkai selipar je pas nyanyi 5 6 lagu kite balik lah. Bkn senang akk nak amek cuti bwk korang sume jalan2.

Yelaa. Kejap je tau!

Okeh boss!! =)

Hehe. Next entry yeah..



Bukit Belacan - Part 1

Semalam aku saje amek cuti sebab nak bawak adik-adik gi jalan-jalan, yelakan cuti sekolah ni dorang tak jalan mana pon. Sabtu ahad kan aku kena keje, bwk la dorang hari isnin. Ok la jgk sebab tak sesak dan tak ramai berbanding hari minggu kan, nak mandi pon tak segan sbb tak ramai org. Disebabkan jugak gaji lambat so aku bawak dorang gi bermandi-manda dan berkelah kat BUKIT BELACAN saje. Hehhehe!

Kereta tak leh bwk masuk dalam kena parking kt luar. Parking kena bayo 2 hengget dan nak masuk pon kena bayo jgkkkk. Sorang kena 1 hengget aje. hiks!Nak masuk ke dalam tu punya la jauh, kena la menapak sikit. Mama d0k membebel je sebab kena menapak jauh. Sekali nampak ade nenek tuh jalan terus dia diam. Hehehe!
Yela nenek tu tak bising pon kena menapak, mama yg mude plak bising. =)
Seperti biase HARUS ade gambo aku la kan. =)Penat berjalan mesti kena berhenti jap amek gambo, kt tiang ni pon jadik.
Kenapa ku pkai selendang ini?? Yelakan.. Dari umah dah siap2 pkai baju nk mandi sampai2 trus terjun je. Hehehe!Menapak jauh sebab carik pot yg baekkkk punye pastu letak barang terus terjun. Hahhaa! Gambo mandi tak dapek nak tempek sebab tidak sesuai ditonton umum. hiKS!

Disebabkan gambo aku tak sesuai ditonton aku tempek la gambo dak kecik ni. Sebenarnya nk tunjukkan air sungai ni mmg jernih dan bersih je. Takyah nk gi jauh2 kt sungai congkak ke sungai gabai ke hape ke sini ok ape , tak rmai sgt. Kalau nk air yg dalam gi atas ckit tapi kiteorg ni sekadar nk rendam badan takyah la gi atas nuuu.. Penat weyh nk jalan.

Monday, November 24, 2008

Puteri Balqish Dhania - so sweet!!

Alolololoooo!!
Comelnye anak sedara aku sorang nih.
Sekejap je udah beso eyh.
Puteri Balqish Dhania ni anak kepada sepupu aku so kira anak sedara aku la kan.
Kali terakhir aku gi tgk dak kecik nih mase dia baru lahir kt HKL dlu. Hiks!
Bkn takmo dtg tgk put3 tapi Maklong ni sibuk gi dating dengan Pakcik M ko. Hehhee!
Photobucket

Yang ni dah macam ghupe David Beckham dah aku tgk. Hiks!
Photobucket

*Gamb02 ni sume keje bapak dia la kot. =)


Sunday, November 23, 2008

Kad Jemputan Ceera

Kak Ceera, kad jemputan akk telah selamat sampai ke tangan ku.
InsyaAllah, jika tiada aral melintang tiba la daku dihari bahagia mu.
He he he!~
(*_*)


Saturday, November 22, 2008

Bertugas Kaunter

Hari ini aku kena bertugas jaga kaunter. Pagi-pagi plak ujan, adehh cam malas aje mau ke keje. Dari pagi pul0k aku d0k 2 3 4 jam sunyi sepi je kaunter. Bertambah-tambah la ngantok la aku ni haa. hiks!
Tgk je akak sebelah aku nih. D0k sampai sampai camtuh sekali kebosanan. Dah la pregnent, agaknye dalam ati tuh "baik aku d0k umah tido lagi bagus". Hiks!Tujuan aku menempek kaki aku ni sebenarnye untuk memberitahu bahawa yang aku keje hari sabtu ni goyang kaki je la sampai k0l 4 ptg. Wahahhaha! Incik Apai jgn marahh haaa. =)

Dating dengan M.. =)

Have A Nice Weekend!!
he he he.
(^_^)



* Shhhhh. Diam-diam dah tau. Jgn Kecoh2!! =)

Friday, November 21, 2008

Hati seorang W.A.N.I.T.A


SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

HALUS : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab tertentu, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

IKHLAS : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

MANJA : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

SEKS : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Sekian, terima kasih. Hee!


Teddy Bear dari Cik Orcie

Bear comel ini pemberian dari Cik Adik Manis dari??
Dari mane eyh?
Alahaiii.. Lupe la nak tanye asal mane?? Hiks!
Maceh yer Cik Orcie sbb rajin bagi wawa adiah, ni buat aku syg kt ko lebih nih.
hehhehe!




Award dari Pujangga Asmara

Award ini dari Pujangga Asmara yg dengar2 mau kawin. Opss!
Hehehe! Sorry2 silap. Ini sume auta je.
Kang tak psl2 kena saman kang.
Jejaka ini bujang yg masih mencari, jika ade sesiapa yg berminat sila la blog beliau eyh.
Cehh! Siap promote kooo.
Dah kasi award kat aku so aku promote la skit kan. =)
Terima Kasih daun keladi.
*Sorry ye udah lama tak jenguk blog kamu, jgn aar marah nnti cepat tuekk. =)




Thursday, November 20, 2008

Sape yg berani TAG aku lagik..

Haa.. Kat atas ni adalah orang suruhan aku atau pon lebih tepat lagi BOdyguard aku.
ehhehhehee!
Wahh! Sejak 2 menjak ni dh pkai bodyguard ko.
Korang jgn main2 dgn dia, nnti kena 'panahan arjuna' dia mesti korang tergile2 dan terbayang2 wajah bodyguard aku ni br tau.
Mari-mari sape berani??
Korang jgn terase yer, saje gurau2 manje. hiks!

Cik adik manis telah meng'tag haku.
CIk ape kenamanya lupa plak. aiseyy! Haa.. Cik Lieya adalah gerangannya..

Time Kaseh la bebanyak yer cyg!
Ada jugak nak update tuk hari ni, t'tbe mo0d rajin pul0kkk.

Three Things That Scare Me:
1. ALLAH
2. DARAH. Aku amat tak0t dgn mende nih. huiiii seramm je.
3. JIN. Jin bertopengkan manusia.

Three People Who Make Me Laugh:
1. LAlan (dia sentiasa buat aku hepi)
2. Adik-adik aku (gelagat d0rang bleh buat aku pecah perut, terutama adik yg ala2 N0h tuh. Dia ske buat lawak bodo. Haha!)
3. Kawan-kawan. (kt 0pis ni ade sorng, kazira itu la namanya. Walaupon dia ckp je bg aku dh kelakar, muke cam tak bersalah je. Hohoho!)

Three Things I love:
1. KELUARGA
2. AKU
3. LALAN

Three Things I Hate:
1. 0rg ludah merata2.. haiikktuuuiihhhh.. eeiii geliii.. Pengotor!!!!!!
2. Perli2 aku. Wehhh takyah aar perli2 ckp je trus terang. Wlpon akhirnye aku sndri akan terasa.
3. Org yg tak pandai menghargai. Terasa aku ngn org cam gini.. =(
4. Korek id0ng. Yelah nk korek pon c0ver2 la br0. Eyh nape br0 ekk. Haha!
5. Cakap tersembur2 air liur. Alahaii.. Byk nye air liur engkoo..
6. Haa.. yg ni lagi satuu. Org ngah sembahyang ko dok bersembang kat belakang kuat gile. Aku tak khusyuk aar. Dah bape kali ulang pon aku tak tau laaaa.. Nak je haku sound. Diammm bleh d0k??!!!
(sorry yg ni terlebih pul0kkkk.. 0psss!! terlebih sudaa.)

Three Things I Don't Understand:
1. kenapa lah ada org dengki sgt kat aku nih..
2. kenapa ada org2 yg tak reti nak senyumm.. Senyum tu kan sedekah. Alahaii!
3. nape laki ni tak pandai memujuk, ni tak wat dekk je. Aku nak maj0k ni weyh. Pujuk la cepat. Hahhaa!

Three Things I'm Doing Right Now:

1. Tgh bt0l2 kan tudung.
2. Belek2 muke kt cermin. Mane tau ade najis plak kan. haha!
3. Tgh pikior nk jwb tag inh.

Three Things I Want To Do Before I Die:
1. tambahkan ilmu dunia dan akhirat
2. balas jasa keluarga
3. nak ada keluarga sendiri

Three things I can do:

1. Memasak. (Masak air, masak nasik, goreng telo mata kobau, ape lagik eyh?? hahaha)
2. Menyanyi. (Kenangan manis kau dan aku.. lalallallalalla!!~~~ hiks!)
3. Snap gambo sendiri gune hp,takyah susah2 soh org. KEkekke!

Three Ways To Describe My Personality:
1. Suke ketawa (hahaha.. hehehe.. huhuhu.. hohohoh!)
2. Jalan lajuu..
3. Peramah dan pemalu.. uikss! camne tuh eyh. (*_*)

Three Things I Can't Do:

1. Berenang
2. Memujuk
3. Menarii.. bur0k t0l ghupenye!!

Three Person I want to Tag:-
1. Jebateja (haaa.. nak sgt kan.. amek ko!! hiks!)
2. Orcie (teman baru.. =) )
3. Megat Rashid (cb0k d0k tanye tag ape kan.. Nahhh!!)


Wednesday, November 19, 2008

Wahai org-org JB!!

Tarikh : 4 - 24 Disember 2008
Tempat: UTM JB
Kursus : Kursus Induksi

Aku telah menerima email dari pihak atasan mengenai kursus tersebut. Bapak punye lama aku akan berkampung di JB, kira-kira 2 minggu lebih la jgk.

Cume yang aku heran dan tertanya-tanya kenapa tak buat selepas Raya Haji, takyah la peserta dari KL ni sibuk-sibuk nak balik kan kan kan. Dah la aku byk program bulan 12 neh. Alahaii..

Kursus Induksi ni ape?? Awat lama bebenor??
Sebenarnya kawan-kawan kursus induksi ni utk Kakitangan Awam yang belum disahkan dalam perkhidmatan. Seperti sedia maklum aku kan baru saje dpt TETAP so aku kena la hadir dalam kursus nieh. =)

Pengumuman!!

Wahaii org2 JB..
Bersedialah menanti kedatangan ku.
hehehehhe!
(^_*)

*harap-haraplah kursus induksi ni ditunda/ditangguhkan.. Huhuhu!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998