Friday, October 31, 2008

Si BIRU menguji kesabaran ku lagi..

Aku telah diuji berkali-kali oleh si BIRU itu.
Si BIRU merengek, meragam aku tetap sabar dgn karenah nya.
Kerap kali si BIRU demam sampai 'temperature' naik begitu tinggi.
Mungkin antibodi si BIRU tidak kuat.
Mungkin kerana aku terlupa utk isi air utk si BIRU.
Mungkin juga kerana si BIRU sudah berumur.
Aku sendiri tak pasti berapakah umur si BIRU.
Kerna aku adalah pemiliknya yg ke-2.

Semalam, temperature si BIRU tertibe naik lagi.
Naik secara mendadak.
Lampu bateri si BIRU pon menyala.
Aku terpaksa memberhentikan si BIRU utk tgk keadaannya.
Si BIRU mengeluarkan air dari badannya berwarna keperangan.
Rasenya macam air karat je.

Aduhaii.. Adakah kamu tidak sihat wahai si BIRU ku??
Aku terus membawanya ke klinik berhampiran.
Pakar datang memberi bantuan.
0whh! rupenye 'fan belt' si BIRU terputus.
Patutlah si BIRU meragam.
Aku terpaksa menukar baru 'fan belt' si BIRU.
Nasib baik tak mahal (huh lega nye!).
Kesian si BIRU ku.
Akhirnya si BIRU kembali sihat seperti biasa.
hiks!




Thursday, October 30, 2008

Tempek kasut..

Sebenarnye aku dah lame nak gi tempek kasut aku, disebabkan minggu lepas hujan je memanjang so terpaksa tunda niat di hati ini. Tapi semalam baru sempat gi tempek kasut kt pakcik nih. Aku ni walaupon kasut baru tapi tapak kasut cepat je rosak. Korang tau tak sbb ape??

Aku ni jenis jalan lajuuuuuuuuuuuu. hiks! Jalan cam kelam kabut ckit, cam kejar sesuatu padahal takde ape yg dikejarkan. haha! Bagi aku, aku jalan cam biase je tapi org lain tgk huiii laju nyerr awek ni jalan. kekekke!


Budak2 kt opis ni salu ckp "Wawa klu jalan tak nampak org, t'tibe ade angin je kt sebelah" ;). Kadang-kadang bos kt opis aku ni dah tau aku jalan laju so dorang ni amek kesempatan suruh aku gi hantar surat(urgent). Ade ke patut org pkai cun2 soh hantar surat plak??? Ade juga kelebihan org jalan laju ni kalau gi hantar surat zupppp cepat je sampai tauu.. hohohoooo.. =)


Sebab itu aku lebih selesa pkai seluar daripada pkai kain or baju kurung. Senang ckit bile nak berjalan, langkah pon panjang kalau pkai kain langkah ku terbatas la pul0kkk..
Kasut plak bapak punye tinggi kalau dah jalan cam gitu camner la kasut tak rosak kan, kasut 3inci bleh jadi 2 inci dpt kat aku. Dan sebab itu juga aku kerap shopping kasut. hiks!



Zon baru larangan merokok

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.


Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok.

"Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedia membantu perokok untuk menghentikan tabiat itu.

Sumber: Berita Harian

**********************************************************

Mesti ade org yg suke, bengang, sedih, marah, kecewa, geram dan sebagainye baca akhbar hari ini. Bagi perokok mesti leceh ckit kot kan sbb byk tempat dh tak buleh nk melepaskan gian tuh.
huhuhu!!

Tapi pagi tadi aku dengar Hot.fm ade pemanggil dari mane ntah mencadangkan semua tempat patut dilarangkan merokok kecuali TANDAS.

Yela, kadang-kadang si perokok ini sesuka hati je nk merokok kan, tak pedulik kan org kat sekeliling. So, bagus juga kalau semua tempat dilarang kecuali tandas biarkan la dorang merokok kt situ, kalau bahaya pon kepada si perokok saje. Btoiii tak?? hiks!

Memang susah nk berhenti merokok tetapi HORMATI la orang sekeliling okiessss.. =)



Tuesday, October 28, 2008

3 blogger +Open House=Penutup Hari Raye!

Mase berlalu begitu pantas sedar tak sedar lagi 3 hari berakhirlah bulan Syawal. Aku sempat juga menghadirkan diri ke rumah terbuka kawan sekolah dan juga kawan blog.

Hari sabtu aku hanya ada 1 jemputan dari bloggers iaitu Cik Wanie. Terharunye aku bile aku dijemput ke rumah terbuka cik wanie kerna ini jemputan peribadi. Khas tuk VVIP, ahaha yola tuh. Yelakan sapelah aku ini kan? hiks.
Kebetulan hari itu Kak Ceera pon ade dtg rumah terbuka kak wanie ni so aku ade la teman berborak. Baik orang nye, peramah, lembut & s0oo cute. =)Kak Ceera dtg bersama temannye. Tapi aku lupe loh name kwn dia. adoii. Kak, ape eyh name kwn akak ni?? Tak teringat nk tanye name. hahha. Siot je kan. =)Sebelum pulang aku meninggalkan jejakku di guestbo0k ini. Semoga persahabatan ku dgn kak wanie berkekalan. Pesanan utk kak ceera kawin jgn lupe jemput taw. huhuhu!~
Hari Ahad pula aku ade byk jemputan tapi hanya 2 rumah je sempat. Mane2 area ampang je aku sempat terjah, yg jauh2 tuh mintak maaf la ye tak dapat datang! =)

First umah aku gi umah kawan sekolah lama aku, Irma. Ni kira balas kunjungan loh sbb dia udah raye umah aku so sekarang giliran aku pula. Tuan rumah yg berbaju biru itu.+Irma, Wawa, Farziera & Mariam+
Si Akmal & Shahrol 2 jejaka kt belakang tuh, dimana saje ade kiteorang dorang mesti ado. Kira bodyguard laaa. hiks! Mase aku tgh beraya kt umah Irma ni, Kak Nurmala dah call Wawa kt mane ni?? Jadi dtg tak??.. Aku pon Kejap yer kak, wawa kt umah kawan ni satgi wawa dtg eyhh.. Wahh!! rumah kedua sudah menantiii..
Zuppppp!! Larii gi Kg pandan rumah Kak Nurmala, sib baik la aku sgt familiar ini area. Takde la sesat kalau idak mau je pening dok carik lorong. =)
Sempoi je kak mala tau. hiks.
Dan rumah terakhir hari ahad tuh, rumah nenek aku. Dorang panggil makan pon aku lengah-lengahkan sbb aku sgt la kenyang. Adik badik, sedara mara je dh rmai termasuk tetamu lagik ramaii wooo.

Ni gambo tersandar kepenatan. Tetamu mula beransur, ni la kesempatan aku nk landing sambey makan salad buah(sbb salad buah ni yg tinggal). Hihihi!~
Rasenye rumah terbuka yg aku hadiri neh adalah penutup untuk Hari Raya tahun 2008 ini. Terima kasih pada Kak Wanie, Kak Nurmala dan Irma yg menjemput aku ke rumah terbuka kalian. =)



Friday, October 24, 2008

Buang Bayi..


KUALA LUMPUR: Tiga bayi termasuk seorang yang masih hidup dibuang di Lembah Klang dalam tempoh dua hari menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia.

Insiden itu menunjukkan betapa kejinya sikap tiga ibu dan juga bapa durjana yang sanggup membuang anak mereka selepas dilahirkan.

Mereka seolah-olah hilang pedoman hidup sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Terbaru, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati berhampiran sebuah loji di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mayat bayi masih bertali pusat itu ditemui orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian.

Kelmarin, dua bayi ditemui orang ramai termasuk seorang yang masih hidup di sekitar kawasan Ampang dan Bandar Kinrara, Puchong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi terbabit.

Sumber:
Harian Metro

******************************************************************

Subahanallah.
Aku rase geram, sedih, kecewa dan amat marah dgn manusia yang tak berhati perut yang tergamak memperlakukan insan kecil seperti itu.
Dorang ni kan bkn manusia tau tapi binatang, sedangkan binatang pon tahu syg kan anak. huish..!

Taktau ke sok2 anak-anak itu la yg akan doakan bile kite dh takde nanti.
aduhaiii.. geramnye lah.

Tergamakkah buang bayi secomel ini??

*taktau nape hari ni mood aku cam sedih, sensitif je.. hmm.. Lagi2 baca berita ttg buang bayi, lagi la den sodih. Kalau takmo bagi aku je lah. Mengong btoi. =(


Thursday, October 23, 2008

Malam TemaSyawal

Seperti tahun-tahun yang lepas tempat keje aku ni mesti ade buat Majlis Hari Raya, tahun ni juga sama. Tahun lepas berkonsepkan Arab dengan juadahnye kebab, kali ni berkonsepkan Kampung dimalam syawal. Juadah yg jabatan kami hidangkan lemang dan rendang bertema 'Malam TemaSyawal'.

Sudah tentu bile konsep kampung, suasana dlm tuh pon dh mcm kt kampung. Disebabkan tema malam dlm khemah kiteorang diselubungi kain hitam, nak nmpk mlm la konon. Woiii..! Sgt la panas dlm nih.Tengokkk!! Siap ade kawah besau lagi eksen la konon2 buat dodol, mano ado. Kata konsep kampung kan so mesti ada mende2 tu sume. =)
Cik Zura, Cik Wawa & Cik Zira.
Sebenarnye belakang kiteorg tuh kain hitam tau tapi taktau nape dalam gambo nmpk cam kaler purple. Dah same plak ngn baju aku ni haa..
Haa. Yang depan sekali itu
Kak Nurul yg baru saja naik keje. Maklum la dah lame cuti bersalin.
Tapi sian dia sume yg ade harini tak buleh makan sbb masih berpantang mkn lg.
Yang kelakar nye masing2 pegang lemang tuhh, siap peluk lagik.. Aiseyy!
Ni AJK/ org kuat utk jabatan kiteorg tapi aku ni bkn lah. Ahaks! Aku hanya menumpang bergambo je. =)
Korang tgk la masing2 usung ke hulu ke hilir ngn beg kecik tuh. Yela kan ade byk sgt gerai so kiteorang buleh tapau bwk blk naik opis. Hohoho!
Menu pilihan aku hari ni adalah laksa dan sate. Padahal bykk lagi menu yg menarik untuk dimakan ade nasi tomato, laksa johor, mee soto, sushi, mee kari & byk lagi lah tapi nape la aku pilih tu yer.?! Hurm.
Cam biase la mesti ado gambo makan punye. hiks!

*Rasenye mesti berat badan ku naik bulan nih. Makan.. makan.. makan je!! Ayoooo..



Wednesday, October 22, 2008

Tag..Tag..Tag!!

Aku telah di'tag' oleh ezo pagi ni walaupon kemalasan melanda diriku ni tapi ku gigih kan jua buat demi menjaga hati kawan2.
Wahh! gilezz nye ayat. =)


5 benda dlm handbag??

+purse+
+perfume+
+h/phone+
+brg make up+
+tisu+

5 benda dlm purse??
+duit kertas+
+duit syiling+
+mcm2 resit ada+
+gambo aku bersama ehem ehem+
+Mcm2 kad ada+

5 benda dlm bilik??
+bantai busyuk+
+cermin sakti+
+Lampu tido+
+Tv Rosak+
+katil+

5 benda yg nak buat??
+shopping+
+tido+
+makan+
+nyanyi kuat2+
+Settle kan keje2 yg berlambak2 nih haa+

5 benda yg sdg dibuat sekarang?
+tgh wat tag ni lah+
+pikir nk taruk jwpan ape+
+tunggu msj @ call dr sidia+
+tongkat daku+
+renung pc nih t'gu idea dtg+

5 benda yg takkan buat?
+bunuh org+
+isap rokok/dadah+
+pi ketuk pala bos/kwn2+
+tarik bulu idong+
+pegang cicak.. eeiii geliiiiii+

*****************************

Dah la first time kena tag, pastu double plak tuh.
Cis!

1. Name one person who made u laugh last night?
Mazlan Abdul Halim. hiks!

2. What were u doin at 0800?
0800 pagi td aku belek2 keje dalam tray.

3. What were u doin 30mins ago?
ngah drive nak ke tempat kje lorh.

4. What happened 2 u in 2006?
adoii.. lupe aarr.. =)

5. What was the last thing u said out LOUD??
takde kot.

6. What color is ur hairbrush?
tak pkai hairbrush pon, gune jari je. hoho!

7. What was the last thing u paid for?
Nasik Ayam mkn tghari smlm.

8. What's the weather like today?
Panas. Ptg kang mesti ujan.

9. What's the best ice cream flavor?
Vanilla.

10. What excites u?
time dpt gaji/bonus & cutiii. Yahooo!

11. Do u want 2 cut ur hair?
hurmm.. tak kot sbb br je pas potong.

12. Are u over the age of 25?
nop. 3 tahun lagii.. huuu rase jap je.

13. Do u talk alot?
tak. Malas nk ckp.

14. Do u watch the OC?
tak.

15. Do u know anyone named steven?
tak. Steven Corner kt Pandan Indah tu tau aar. haha!

16. Are u a jealous person..
yup. Sgt2 jealous. hmm.

17. Name a friend whose name starts with letter A
Akmal

18. Name a friend whose name starts with letter K
Kazira

19. Who's the first person on ur received call list?
Abang

20. What does the last text message ur received say?
Tetibe je xle gune plak..

21. What was the last thing u ate?
Meehoon sup.

22. Will u get married in future?
InsyaAllah. Bile jodoh dh smpai. huhuhu!~

23. What's the best movie u'v seen in the past 2wks?
Senario The Movie

24. Is there anyone u like right now?
Mesti ada lorh. =)

25. Are u currently depressed?
Alhamdulilah takde.

26. Anyone ever said u resemble a celebrity?
Ada la jugak. Ala dorng gurau2 je kot. haha!

27. What's ur main ringtone on ur phone?
The Pussycat Doll - Wait a minute.

28. What should u be doin right now?
Mulakan kje2 aku kt opis ni haa..

29. Why did u answer n post dis?
Saje je, sekurang2nye ade gak nk post tuk harini.
Lgpon takmo mengecewakan org yg tag haku ni. =)

30. Tag 5 people...
Aku malas nk tag sape2.. Sape yg rase nk wat sila la wat yer.
Sila2!!

Tuesday, October 21, 2008

Restoran Berputar @ KL Tower

Teringat mase sekolah dulu ada buat rombongan ke Menara Kuala Lumpur nih. Masa tuh darjah 4 dan sekarang baru dapat pegi buat kali ke-2. Huhuhu! Bapak punye lama kan, dah 12 tahun tak gi sana. Tapi kira ok la gak dapat gi, ada jgk org yg dah bertahun dok KL nih tak penah jejak sane pon kan kan kan?!Opssss.. hiks! =)

Penyambut tetamu baru,
'Selamat Datang Restoran Berputar Seri Angkasa'. =)
Kalau dorang tak wat mkn2 kt sini, ntah bile la gamaknye aku nk smpai kan. Ni bkn department aku yg anjurkan tapi aku dijemput tuk menyertai majlis ni sbb ujung minggu ade wat part time kt opis dorang so join la sekali.

Makanan yg aku bedal??
Dtg2 je trus mkn, lapoo seyh. Meh tgk gambo mkn meh. =)Belakang: Cik Aznor & Cik Zira
Depan: Cik Wawa & Cik Zura
Okey! Pencuci mulut plak. nyam nyam nyam..+Kekenyangan.Ngantok.Pening+Antara staf SPACE (Sek. Profesional & Pendidikan Berterusan):Kalau anda bijak, carilah dimana saya? Hohoho.. =)Wahh! Sempat lagi jalan2, padahal dh kol 2 lebih.
Weeeeiii.. Takmo masuk ofis ke? hiks!
Dorang ni tak abes2 nk amek gambo, pastu kate la aku ni gile kamera. Adoii.. dh pening dh ni. Nak bwueekk je. Help me!!Peace!!

Friday, October 17, 2008

Sehati Berdansa (Musim Ke-2)

Sehati Berdansa adalah program hiburan yang menampilkan personaliti popular Malaysia menari berpasangan di hadapan penonton. Mereka akan mempersembah tema tarian yang ditetapkan setiap minggu.

Cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah atau di studio pasti menyentuh jiwa penonton.Penonton juga akan didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya.

Setiap pasangan akan menari untuk pusat kebajikan yang telah ditetapkan untuk mereka. Penaja akan mendermakan sejumlah wang sekiranya mereka berjaya meneruskan persaingan.

10 selebriti bersama pasangan masing-masing akan menonjolkan bakat terpendam mereka untuk menari. Mereka 20 individu yang datang daripada latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Namun, hanya SATU (1) pasangan selebriti yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa Musim Kedua.

Sasha & SalyoPengalaman dalam tarian?
Sasha pernah menyertai kumpulan Elite dan Salyo pernah mengadakan persembahan R&B sebelum menubuhkan kumpulan yang memenangi anugerah iaitu REBEK. Kami berdua gemar menari tetapi tidak pernah terfikir untuk melakukannya secara professional. Tetapi kami akan memberikan yang terbaik untuk program ini.

*adakah pasangan ini mungkin akan jd juara?? hmm.. no komen.

Arsat dan Noraini MoratPengalaman dalam tarian?
Tiada

*Arsat ni bekas pemain bola (selangor). Bleh ke pemain bola menari? Adakah same ngn Azman Adnan(musim pertama)? Marilah kite sama-sama saksikan.

Sabrina Ali & ShahrinPengalaman dalam tarian?
SABRINA – pernah mengadakan persembahan tradisional
dan moden semsa sekolah rendah. Ahli pasukan sorak di sekolah menengah dan ahli Kelab Tarian di kolej.
SHAHRIN – TIADA

*gaya Sabrina ni mmg cam pandai menari, tgk je liuk lentuk nye. Hubby dia plak tak ade pengalaman, camne la ghupenye yer? huhuhu..

Jamal & FaridahPengalaman dalam tarian?
Jamal – Mengambil kursus Tarian Moden di kolej
Faridah – Penari joget dan zapin di universiti

*haaa.. amek ko. Masing-masing ade pengalaman dlm bidang tarian. Tapi bleh lagi ke menari? T'guuuuuuu.. hiks!

Khai & RosmaPengalaman dalam tarian?
Khai pernah mempunyai sebuah kumpulan bergelar (KLC - Kuala Lumpur City) yang sering memenuhi masa lapang dengan aktiviti manakala Rosma berminat dengan tarian kerana pernah menyertai Yayasan Kuantan sebagai penyanyi dan pada masa yang sama memerlukan beliau menari

*khai dan rosma ni dh tentu tau basic tarian, dlu kt AF mesti dh blajo. =)


Lisdawati & FauziPengalaman dalam tarian
Tiada pengalaman

*ni lagi takdo pengalaman. Sorang pengarah, sorang lagik pelakon. Bleh ke manari nih? hmm..

Mazin & Manisa
Pengalaman dalam tarian?
hanya sedikit pengalaman menari secara sosial

*pasangan ni aku kurang kenal ckit. Tapi si Mazin ni salu nmpk dlm iklan2. erk?

Amyza Adnan & IzharPengalaman dalam tarian?
Tidak pernah terlibat secara serius dalam mana-mana pertandingan tarian tetapi berminat untuk mempelajarinya.

*pasangan ini plak? bleh ke menari? T'gu je lah.. ;)

Ani Mayuni & ZairiPengalaman dalam tarian?
Tiada

*Ani Mayuni ni bleh nari kot, mungkin la. Suami dia ni plak?? hmm

Ashed & Shima
Pengalaman dalam tarian?
Ashed tidak pernah mempunyai pengalamn dalam menari manakala Shima pernah terlibat secara tidak langsung dalam bidang tarian menolong makciknya yang juga merupakan isteri kepada Pak Ngah

*Ashed ni buleh ke nari, yelakan penyanyi rock. Huhu! Tak sabo mau tgk. =)


Sumber : Astro

*************************************
Sebenarnye aku minat sgt menari atau tgk org menari. Artis cam Jeniffer Lopez ke? Britney Spears ke? Adam(AF 2) ke? Cam best je kan kan. Sape mau menari dengan ku?? Ade x?
Hahaha! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998