Saturday, November 29, 2008

Selamat Pagi Cinta

Pelakon : Nur Fazura (Julia), Pierre Andre (Ilham), Que Haidar (Azam) dan Sharifah Amani (Suci)

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya.


***************************************************************************
Hari Rabu lepas aku berkesempatan nonton filem 'Selamat Pagi Cinta' arahan pertama pengarah muda Nurliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama Yana.

Seperti biase lepas aku tgk sudah tentu aku nak komen kan. BEST ke TAK BEST biar korang sendiri yg nilai, kang klu kate tak best kang rmai plak yg tak gi tgk. Cam tak sokong je filem kite kan, hiks! =)

Satu percubaan yang baik(puji la skit) oleh Yana tapiii banyak kelemahan dalam cerita tersebut. Taktau sebab skrip, jalan cerita nye atau arahan beliau. Permulaan cerita yg baik dan seterusnya agak membosankan. Aku tak leh concentrate tgk cite nih sbb ade org kaco kt sebelah, baru nak feeling dah kena gelak. Adehhh! Kacoooooo btoiii..

Aku punya la EXCITED nak tgk cite nih sebab macam lain dari yang lain kan. Tapii bagi aku amat mengecewakan.




CUme aku cam heran kan nape la si suci (sharifah amani) mengamok sampai camtuh sekali bile azam (que haidar) tak dpt dtg. Aiseyy! Tanye la baik2 ni tak ko terus penampau azam tuh nape. Hahhaa. Cam kelakar pon ade jgk. =)

12 comments:

//J.i.J.i.E// said...

yeke kak? alorrr...bru nak tgook cite ni..huhu

maswani said...

salam misswawa..
tq coz sudi jd follower jgk..
x best ke citer tu? x jd tgk lah..

Nad Eusoff said...

lar..gini ke citernye..ingatkan nak gak tgk..seb baik tak p tgk..
ritu tukar ngk citer quarantine..lagi besh..

tp tajuk dia cam best giler saje..
selamat pagi cinta...
pasnih stick je la ngn selamat pagi malaysia..
ahahah

ku tak sempurna said...

naper la aku rasa tak teringin nak gi tgk citer ni w/pun aku suka ngan fazura tu...

mungkin sbb bila aku tgk trailer nye, aku nak muntah... tak meyakinkan aku tuk menonton...

megat said...

kau tak nagis ke tengok cerita ni,macam sedih je bunyinya

*ayu* said...

akak pulak, kalau org komen best akak nak g tengok... kalau org komen x best pun, akak nak g tengok.. hahahhaa...

thnks for the review wawa!
muah!

widydib said...

nak tgk jgk...hiks...

z@md0tc0m ^^ said...

waaah..
bestnya ^^

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Blog ni kemas!

Selamat menyambut hari raya 'Idul Adha

PENDEKAR said...

Selamat Pagi Cinta.....
hohohooo

best tajuk dier..

miss galaxy said...

cik anis layan cite nie kul 11.30 mlm
konon nak rase fell romantik la kan..hehehe



sgt kelakar cite nie
sggh lawak..hehehe

MamaSofif said...

alahai..dik wawa..buat org tgh bercinta sesuai la gi tgk cite cintan cintun gitu..tp cam tak berkenan sgt la tgk si suci tu berlakon..cam over plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998