Thursday, October 30, 2008

Zon baru larangan merokok

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.


Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok.

"Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedia membantu perokok untuk menghentikan tabiat itu.

Sumber: Berita Harian

**********************************************************

Mesti ade org yg suke, bengang, sedih, marah, kecewa, geram dan sebagainye baca akhbar hari ini. Bagi perokok mesti leceh ckit kot kan sbb byk tempat dh tak buleh nk melepaskan gian tuh.
huhuhu!!

Tapi pagi tadi aku dengar Hot.fm ade pemanggil dari mane ntah mencadangkan semua tempat patut dilarangkan merokok kecuali TANDAS.

Yela, kadang-kadang si perokok ini sesuka hati je nk merokok kan, tak pedulik kan org kat sekeliling. So, bagus juga kalau semua tempat dilarang kecuali tandas biarkan la dorang merokok kt situ, kalau bahaya pon kepada si perokok saje. Btoiii tak?? hiks!

Memang susah nk berhenti merokok tetapi HORMATI la orang sekeliling okiessss.. =)



22 comments:

PENDEKAR said...

heh.....

sebelum nie punya larangan pun diaorang buat dekk.. ajer, nanti tengoklah, barapa lama boleh tahan kalau nak kuat kauasakan pun....kalau dah ketagih rokok dieorang nie bukan kire ape...

manusia mana boleh ubah manusia

he he he

Sitinurgagah said...

setuju!!!!!!!!!
ekk setuju xdengan layout saya.
haha .saya nak tuka ke asal balik
ni kalau xberapa setuju dengan loyout saya huahauhaua~

Wawa_Nadwa said...

pendekar:

hehhehee..
btoi. btoi. btoi..
mesti dorng buat dekk je.
bkn heran pon.
=)

Wawa_Nadwa said...

sitinurgagah:

sy lebih suke layout yg lame.
HITAM lebih menawan.
hiks!

pemikir lapuk said...

smlm aku isap rokok kt kaki lima kdai mamak..tk da sapa pun tgkap aku

Nurmala said...

Aha kan wawa…
Akak tak suka bau rokok.. tapi kadang² bila diorg ni isap rokok, angin pulak menghala ke kita, rasa cam nak maki jer..hehehe~~

Wawa_Nadwa said...

pemikir lapuk:

owh.
mungkin nasib ko baik arituh.
=)

Wawa_Nadwa said...

kak nurmala:

hehe..
tu la akk.
bile asap tu kena kite rase nk lempang je sekor-sekor.
hiks!

Pujangga Asmara said...

Memang ok kalau nak melarang org dr hisap rokok...contoh macam pgln dr hot.fm tu..dia kata pasni semua tempat diharamkan merokok kecuali tandas???Xkan dalam umah pon xleh isap rokok...hahaha..nasib baik saya xisap rokok....emm..

Wawa_Nadwa said...

pujangga asmara:

tak kisah la dia nk merokok kt mane pon.
janji hormat ckit org sekeliling.

klu tak syg org2 dlm umah tuh merokok je lah.
ktorg di sini pedulik ape.
hehehhehe!
peace!!
=)

Pujangga Asmara said...

kalau da semua org bujang..haha...syg dorg tu da lain..wkaka...yela2 wawa..PA surrender..wawa menang...haha..

Diana-k said...

rules made by human.. boleh change nanti...huuhuh....

Mohd Kamal said...

aisey susah la mcm ni..
kawasan bebas merokok dh jadi kecik. merana la golongan seperti ku....

* ayu * said...

hahahaa..
bagus gak ek?
sudah nya toilet jadi tmpt berasap...
uhuks!

Wawa_Nadwa said...

pujangga asmara:

yeyyy!!
sonok nyerrr..
haha!
=)

Wawa_Nadwa said...

diana-k:

yup.
u rite!
=)

Wawa_Nadwa said...

mohd kamal:

hiks!
tp tandas kan ade..
huhuhu!
=)

Wawa_Nadwa said...

ayu:

yela kak ayu.
yg dpt sakit pon dorng je.
(^_*)

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

ini macam kompom cik abangku x nak p putrajaya..
sob..sek..sob..sek...

Wawa_Nadwa said...

fieza:

tak semestinya kt putrajaya la kak.
=)

ezo said...

betul tu..

kalau masuk tandas, boleh sesak nafas sebab berasap sangat..

tensi je..

Wawa_Nadwa said...

ezo:

tu tandas laki la kot.
tandas pon xde la bau asap sgt.
cume bau hancing je.
x reti bsuh agaknye.
hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998